Membesarkan anak perempuan bukan sekadar memastikan mereka beradab. Malah kita harus pastikan mereka membesar jadi seorang yang berkeyakinan diri. Terutamanya untuk berhadapan dengan dunia. Jadi, apakah cara tingkatkan keyakinan diri anak anda itu?
Kita mahu mereka membesar dan yakin untuk menjadi siapa yang mereka mahu. Kita mahu mereka sentiasa cekal dan penuh berwibawa dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira apa sahaja cabang yang mereka pilih. Kita mahu mereka sentiasa gembira dan berani menyuarakan sesuatu jika tidak sesuai dengan pendapat mereka.
Sebenarnya, cara tingkatkan keyakinan diri anak sama ada anak lelaki mahupun perempuan haruslah sama. Minda itu usahlah terlalu mengikut peraturan yang lama. Jika anak perempuan mahu lebih aktif dan lakukan aktiviti lasak, sokong minat mereka. Malah jika anda lelaki ingin bercerita tentang emosinya, dengar luahan hati.
Anak-anak mempunyai perasan sama seperti kita. Mereka rasa sedih, gembira, marah, takut dan sebagainya. Bahkan mereka rasa setiap gerak geri mereka salah jika kita sentiasa menunding jari mencari kesempurnaan.
Cara Tingkatkan Keyakinan Anak Perempuan
Jika anda sudah bersedia, berikut adalah 13 cara tingkatkan keyakinan anak yang anda boleh cuba hari ini.
1# Hargai diri anda dulu, ibu-ibu
Impak seorang ibu terhadap anak perempuan sangatlah besar. Jadi, jika anda menghargai diri anda, anak anda juga akan menerima diri mereka seperti anda menerima diri anda.
Gunakan bahasa yang positif tentang diri sendiri. Jangan asyik bercakap negatif tentang diri. Contohnya “Saya nampak gemuk berpakaian seperti ini.”
2# Banyak bercakap dengan anak
Dekati diri mereka, libatkan diri mereka dengan perbualan harian anda.
Cerita tentang semua perkara, tentang fesyen, tentang makanan, tentang buli. Bina suasana di mana dia senang hendak berkongsi dengan anda
3# Minta pendapat anak
Mereka perlu tahu yang pendapat mereka sebenarnya diperlukan. Jadi, galakkan mereka bersuara memberi pendapat. Ajak dia berbincang tentang isu semasa dan minta pendapatnya.
Dengan cara ini, anda mampu meningkatkan keyakinan diri anak dan membuatkan dia rasa pendapat dan pandangannya bernilai untuk anda.
4# Dedahkan anak kepada ikon wanita
Selain dari ibu mereka, adalah penting untuk memberi anak anda ikon untuk dicontohi.
Ini akan memperkasakan lagi wanita muda serta memberi mereka idea secara positif yang wanita juga boleh jadi hebat.
Barulah anda mampu meningkatkan keyakinan diri anak!
5# Hormati pilihan anak
Hormati anak anda seadanya, siapa diri mereka, apa minat mereka dan apa pilihan mereka.
Jangan terus terang-terangan menolak apa pilihan mereka. Berikan ruang mereka untuk merasai pilihan mereka sendiri.
6# Bersorak untuknya
Anak anda perlu tahu yang anda akan sentiasa untuknya. Tidak kira sama ada waktu berduka atau waktu suka. Jadi penyorak terbesarnya dan ini akan menjadikan mereka lebih berani dan yakin kelak.
7# Ajar anak untuk jadi berdikari dan berani
Berikan mereka peluang untuk berdikari dan berani. Sama ada dalam membuat pilihan atau mencuba perkara baru.
Galakkan dia untuk keluar dari zon selesanya dan ingatkannya tentang belajar sesuatu yang baru.
8# Ajar keyakinan bersosial dan nilai persahabatan yang baik
Ajari mereka kepentingan berkawan dan mempunyai hubungan yang berkualiti.
Galakan mereka melibatkan diri dengan sukan kerana ia salah satu cara yang baik untuk menggalakkan mereka bergaul.
9# Puji usaha anak lebih dari pencapaiannya
Jangan terlalu fokus dengan hanya pencapaian, tapi lebih fokus dengan perkembangan skilnya.
Biarkan mereka turut serta dengan pelbagai aktiviti. Ini akan membantu mereka memperluaskan lagi skil yang dipelajarinya dan meningkatkan keyakinan diri anak.
10# Memilih mainan yang mendorong fikiran
Galakkan mereka bermain mainan yang mendorong mereka berfikir. Contohnya permainan eksperimen di rumah.
Ini akan membantu perkembangan skil dan daya fikir mereka.
11# Puji selain dari rupa paras anak
Lebihkan fokus pada sifatnya. Berikan pujian tentang perilakunya yang baik. Atau sesuatu yang mereka dapat capai.
12# Pupuk skil pengurusan duit
Ramai yang menganggap wanita lebih lemah menguruskan duit berbanding lelaki. Sediakan anak anda untuk masa depan.
Biar mereka lebih bijak di dalam pengurusan duit.
13# Ajar dia untuk bercita-cita
Galakkan mereka untuk bercita-cita tinggi. Biarpun cita-cita tersebut kedengaran mustahil. Namun galakkan mereka berusaha ke arah cita-citanya itu.
Dan yang paling penting, biar mereka tahu, apa pun yang terjadi, kasih sayang anda terhadap mereka tidak berubah. Biar mereka tahu yang anda menyayangi mereka tanpa syarat.
Semoga berjaya!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Sebab Anak Sulung Perempuan Adalah Calon Isteri Idaman Ramai Jejaka, No 4 Paling Betul!