5 Cara Meningkatkan Tumpuan Kanak-Kanak Dalam Kelas

Anak yang sukar memberi tumpuan di sekolah seringkali jadi persoalan yang serius antara ibu bapa dan guru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang susah memberi tumpuan di sekolah lebih berkemungkinan untuk mengalami kesukaran mengikuti pelajaran dengan baik.

Namun, ia bukanlah bererti yang anak tersebut tidak bijak. Boleh jadi, mereka memang memiliki kecerdasan lain yang tidak terasah di kelas.

Anak yang tidak dapat fokus di sekolah adalah cabaran bagi ibu bapa dan guru.

Bahkan, perasaan “gagal mendidik anak” seringkali merendahkan kepercayaan diri ibu bapa dan guru.

Sebelum kita marah terhadap anak, ada baiknya kita selidik dulu cara mendidik anak dan ketahui di mana minat dan bakat mereka.

Beberapa cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang sukar memberi tumpuan di kelas.

1. Ajak berbual

Berapa rapatkah anda dengan anak-anak anda? Adakah anda sering mengajak mereka untuk berbual setiap hari? Semasa berbual dengan anak, adakah anda mendengar kata-kata mereka?

Jika belum, inilah saatnya untuk memulakan perbualan dengan si kecil. Tanyakan padanya dengan lembut, apa yang menyebabkan mereka susah untuk berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka fikirkan ketika sedang berada di kelas?

Boleh jadi mereka akan menolak untuk menjawab pertanyaan atau lalu memberikan jawapan yang membuat anda makin menyesal. Jika perkara tersebut itu terjadi, anda harus bersikap tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemarahan akan membuat anak makin menjauh. Ingatlah, bahawa misi utama anda adalah untuk membantu anak yang tidak fokus di sekolah, bukan menambah masalah baru pada anak.

2. Ketahui punca masalah

Tak semua anak memiliki kemampuan untuk mengekspresikan apa yang mereka rasakan, fikirkan, dan lakukan. Jika hal ini terjadi pada anak anda, lakukan kajian tentangnya.

Seorang ibu bernama Monica Leftwich berkongsi pengalaman di the Washington Post tentang anaknya yang sukar memberi tumpuan di sekolah. Setelah dia mencari sebabnya, dia menemukan fakta bahawa anaknya mengalami beberapa masalah.

Dia ada kawan yang sering mengganggu tumpuannya, dia rasa topik pembelajaran di sekolah itu agak membosankan, dia hanya ingin mencuri perhatian, dan bersikap drama.

Jika masalah ini juga terjadi pada anak anda, maka anda harus menghentikan tabiat buruk si kecil anda itu sekarang juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Belajar mendengar dan memahami

Cubalah untuk belajar mendengar. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan masa agak lama untuk melibatkan diri sendiri dalam interaksi bersama keluarganya.

Melakukan kebiasaan dan rutin yang baru perlu dijalani dengan masa yang tepat dan konsisten. Jadi, biasakan diri anda sehinggalah anda dapat hafal untuk bagaimana mengajak si kecil berbual.

Dari sini, anak akan mula memahami bahawa apapun yang mereka katakan, mereka akan didengari dan difahami oleh ibu bapanya. Lakukan dialog dua arah dan pertimbangkan pendapatnya.

4. Bekerjasama dengan guru di sekolah

Bekerjasama dengan guru adalah perkara tepat yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekalian. Apalagi jika masalah anak adalah kawan yang suka mengganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita boleh memulakan dengan memindahkan tempat duduk anak anda di kelas. Jangan lupa untuk meminta pertimbangan anak sebelum melakukannya.

Jangan sampai anak merasa dipaksa untuk duduk di tempat yang membuatnya tak selesa. Kerana, jika itu terjadi, maka anak akan membuat masalah baru.

Jika masalah yang dihadapi oleh anak adalah topik pelajaran yang membosankan, maka variasikan pelajaran dengan perkara yang dia suka.

Misalnya, bantu dia memahami masalah belajar dengan cara mengaitkan antara mata pelajaran dengan watak kartun kegemarannya.

5. Berunding dengan pakar psikologi

Jika berbagai cara sudah dilakukan dan anda masih lagi menghadapi masalah untuk membuat anak fokus di kelas, cubalah bertemu dengan pakar psikologi. Barangkali, anak anda memang mengalami permasalahan psikologi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh masalah yang mungkin dideritai oleh anak adalah ADHD dan disleksia. Jika bukan masalah psikologi, boleh jadi juga masalah kesihatan mata anak.

Barangkali dia tidak boleh nampak ketika belajar di kelas; dia sukar untuk membaca apa yang tertulis di papan putih.

Siapa tahu, yang anak anda perlukan hanyalah sepasang cermin mata baru!

ADHD adalah  gangguan perkembangan dalam peningkatan aktiviti motor anak-anak.

Kecenderungan ini menyebabkan aktiviti anak-anak yang terganggu. Terapi dan rawatan dari segi psikologi mahupun psikiatri dapat membantu anak untuk mengatasi masalahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, pakar psikologi dapat membantu kita untuk menemui potensi terbesar anak kita.

Boleh jadi, kecerdasan yang dimiliki oleh anak anda lebih jelas di kategori sukan berbanding daripada di dalam kelas.

Begitulah caranya untuk mengatasi anak yang tidak fokus di sekolah.

Sebelum anda bersedih tentang tingkah laku anak di sekolah, ada baiknya untuk kita mencari potensi anak dan mengembangkan kemampuan potensinya sebagai bekal hidupnya di masa depan!