5 jenis penipuan yang selalu dibuat suami isteri hingga jadi penceraian

Tak bestkan kalau menipu dalam rumah tangga, kan lagi bagus bercakap benar dari berbohong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menipu dalam rumah tangga? Baca dan dengar pun rasa macam nak marah, kan? Mana boleh suami isteri menipu, ia seolah-olah macam tak jujur dengan pasangan.

Tambahan pula, apa yang ditipu itu benda yang tak baik, lagi hanginlah, kan! Tapi benda apa yang dikira sebagai penipuan dalam rumah tangga?

Satu kajian telah dilakukan daripada Dana Weiser iaitu pembantu profesor di Texas Tech University. Beliau bertanya kepada 10 orang berkaitan apa itu menipu dalam rumah tangga.

Kemudian, beliau mendapat 100 jawapan yang berbeza-beza. Menarik… Adakah anda sedang tertipu sekarang ini? 

Menipu dalam rumah tangga membabitkan 3 elemen iaitu kerahsiaan, penglibatan emosi atau seksual

Menipu dalam rumah tangga: 5 jenis penipuan yang boleh meruntuhkan rumah tangga

kredit: research digest

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Jadi intim secara fizikal di luar rumah

Tak baiklah bila sudah berkahwin, anda masih lagi cuba-cuba pasang skandal di luar. Untuk poin pertama menipu dalam rumah tangga ini, ia dapat dilihat apabila berlakunya sentuhan kulit ke kulit antara lelaki dan perempuan yang kita panggil hubungan terlarang.

Dari situ akan timbulnya penipuan. Maksudnya, mencari hubungan intim secara fizikal di luar dan cuba-cuba untuk curang. 

2. Timbul perasaan sayang pada orang lain 

Menipu dalam rumah tangga juga muncul bila timbul perasaan sayang atau suka pada orang lain selain daripada pasangan halal. Misalnya, individu tersebut mempunyai perasaan pada orang lain.

Secara jujurnya, tak ada salah pun kalau timbul minat terhadap orang lain selain dari pasangan tapi menipu dalam rumah tangga ini mula terjadi apabila anda tidak menghormati pasangan oleh kerana cintakan orang lain. Ini yang tak patut! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ada kecurangan dalam perkahwinan, salah seorang akan rasa sakit, ini membabitkan emosi dalaman. 

3. Berfantasi tentang orang lain 

Normal bila lelaki berfantasi tentang orang lain walaupun sudah berkahwin. Terutama bila anda berkongsi cerita fantasi itu dengan isteri.

Tapi kalau isteri sporting tak apelah, kalau yang tak. Faham-faham lah ye. Seperti yang kita tahu, biasanya lelaki berfantasi pada perempuan lain bila adanya mimpi nakal ketika tidur.

Dari situlah, mereka boleh berfantasi yang bukan-bukan berkaitan dengan seksual. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Sembunyikan tabiat wang anda 

kredit: zeenews.India

Menipu dalam rumah tangga juga boleh terjadi apabila anda sembunyikan tentang hal kewangan daripada diketahui isteri.

Mungkin anda rahsiakan sebab tidak mahu isteri marah atau tak mahu dia habiskan wang dengan membeli-belah. Ini adalah salah satu penipuan dalam rumah tangga yang wajar. 

Tapi jika tak boleh nak dibendung, ceritakan saja pada isteri. Mungkin dia boleh bantu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 5. Sembunyikan password sosial media 

Sebenarnya, merahsiakan password sosial media adalah perkara biasa yang kerap berlaku dan ia merupakan satu cara menipu dalam rumah tangga.

Terdapat 2 bentuk penipuan: pertama, mungkin anda suka stalk gadis-gadis dalam FB atau ada terlike post gambar wanita. Itu boleh jadi gaduh besar. 

Keduanya, menipu apabila anda melihat telefon untuk bermesej dengan perempuan lain. Bila ditanya mesej dengan siapa anda berbohong dan mengatakan anda sedang membalas mesej rakan sekerja.

Walaubagaimanapun, ia dapat diselesaikan dengan berbincang dengan pasangan secara baik. Kalau dari mula anda mudah beri dia tengok telefon tapi tiba-tiba tak boleh pegang apatah lagi tengok. Tentu dia akan syak sesuatu yang tak baik. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Men Health 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compenipuan-dalam-perkahwinan