Suami Isteri Yang Tak Pernah Berasmara Ini Beli Patung Bayi Untuk Berlatih Jadi Ibu Bapa

Nekad mahu menjadi ibu bapa cemerlang walaupun tak pernah melakukan seks, Erica dan Gareth telah membeli "payung bayi" untuk berlatih jadi ibu bapa. Adakah mereka berjaya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu menjadi ibu bapa cemerlang

Anda mungkin akan menganggap mereka ini pasangan yang paling aneh. Tapi di balik sudut hati mereka, mereka hanya ingin menjadi ibu bapa cemerlang.

Erica dan Gareth Davies tidak pernah bersetubuh sejak mereka berkahwin. Malah, mereka juga tidur dalam 2 bilik yang berbeza.

Erica, 33 tahun menderita dengan masalah fobia terhadap seks. Maka, dia tidak dapat tidur dengan pasangannya walaupun dia cuba.

Namun, Gareth, 35 tahun masih mencintai Erica. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan Erica semata-mata kerana mereka tak melakukan seks.

Gareth memberitahu Mirror – 

Saya mencintai Erica sepenuh hati. Walaupun dia tak mahu melakukan seks, itu tidak mengganggu saya. Saya memang sedikit kecewa sebab siapa yang tak mahu meniduri isteri tercinta. Tapi, kami ada hubungan istimewa yang sungguh rapat. Ia lebih daripada seks semata-mata.”

Walaupun fobia, Erica mahu jadi seorang ibu

Erica mengaku dia hanya pernah bersetubuh sekali saja, sewaktu berusia 19 tahun. Sejak itu, dia tidak lagi pernah melakukannya sehingga berkahwin dengan Gareth.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali memikirkan tentang seks, saya akan rasa sakit dan terus fobia.”

Erica mengenali Gareth selama beberapa bulan saja sebelum mereka mengambil keputusan untuk bersama. 

Mereka terus berkahwin dan membeli rumah bersama-sama. Namun, Erica dan Gareth telah bersetuju untuk tidur dalam bilik yang berbeza. Ketika disoal tentang keterbukaan Gareth untuk tidak “menuntut” seks darinya, Erica berkata –

Gareth tak pernah memaksa saya. Kami lebih daripada itu. Gareth buat saya gembira. Dia juga seorang yang setia. Kami menyokong antara satu sama lain.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kini setelah sekian lama bersama, Erica dan Gareth ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang pula.

Nak menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak sendiri

Oleh sebab Erica tidak mampu menjadi ibu bapa dengan melakukan seks, maka dia akan menjalani sebuah proses saintifik yang dikenali sebagai “artificial insemination” iaitu melalui suntikan air mani ke dalam vagina.

Sebelum melalui proses tersebut, Erica dan Gareth telah membeli sebuah patung bayi silikon untuk berlatih menjadi ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pixabay

Patung bayi itu bernilai $230 (RM 966) dan sebijik menyerupai seorang bayi. Mereka menamakannya sebagai Joshua.

Setiap hari, Erica dan Gareth akan meluangkan masa untuk menjaga dan membawa Joshua pergi berjalan-jalan.

Malah, mereka juga menghabiskan duit dengan membeli barang keperluan bayi seperti lampin, pakaian, susu dan sebagainya. 

Patung bayi Joshua adalah satu hadiah dari Gareth kepada Erica kerana dia tahu betapa Erica teringin untuk menjadi seorang ibu. Erica sering bersedih melihat wanita lain mengandung dan melahirkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang menganggap kami pasangan pelik. Tapi itu tak bermaksud kami tak boleh menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak-anak kami nanti. 

Dengan bayi Joshua, saya sudah berlatih bagaimana nak jaga anak sendiri. Saya salin lampin dan beri dia minum susu seperti bayi biasa. 

Moga-moga dengan proses (itu) nanti, kami akan ada anak sendiri.”

Berlatih dengan patung bayi untuk menjadi ibu bapa cemerlang

Gareth ketika disoal pula mengatakan betapa dia gembira melihat Erica gembira. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Erica dan Gareth mahu menjadi ibu bapa cemerlang kelak

Memang mula-mula orang pandang kami pelik. Tapi, Joshua membahagiakan Erica. Itu yang saya nak. Saya akan jaga dan menyayangi Joshua sama macam anak kami sendiri.”

Hingga kini, Gareth masih bersabar dan amat memahami. Malah, dia juga tidak sabar untuk menjadi bapa sebenar kelak. 

Apa pandangan anda? Anda ada sebarang teknik khas untuk pasangan suami isteri berlatih menjadi ibu bapa cemerlang?

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comini-bukan-anak-patung-dia-bayi-8-bulan-dengan-rambut-ala-rapunzel/

Penulis

Ayu Idris