Lahir 7 Anak Perempuan Berturut-Turut, Wanita Ini Dikatakan Tidak Pandai Buat Anak Lelaki

Menjaga anak perempuan bukan perkara mudah, lagi-lagi kalau ada anak istimewa, ibu ini berkongsi tips menguruskan anak-anak setiap hari. Penat? Semestinya, tapi pasti ada kemanisan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan semua orang diberi rezeki yang sama. Ada pasangan yang selepas kahwin terus dikurniakan anak, ada yang bertahun-tahun perlu menunggu, samalah ada keluarga yang dimeriahkan dengan anak perempuan dan lelaki berselang seli, dan ada juga keluarganya diserikan dengan semuanya putera atau puteri sahaja. Menjaga anak perempuan ataupun lelaki semuanya sama saja, yang pasti ia adalah amanah.

Seronok menjaga anak perempuan, tapi dikatakan tak pandai buat anak lelaki

Kisah seorang ibu bernama Shaeriani yang dikongsi di Facebook ini cukup menarik minat saya, selepas dikurniakan 7 orang puteri, dia sabar dan masih percaya akan ada rezeki untuk menimang anak lelaki. Walaupun pelbagai kata-kata orang yang tak enak untuk didengari seperti “tak pandai buat anak” dan sebagainya.

Kisah di sebalik semua 7 anak pompuan…
Ada yg cakap saya x pandai buat anak LELAKI …..hahahhaha saya gelak jer…
‘’ Aneyyy….order anak lelaki 1……..
Ingat jentina anak leh order kat kedai jer ke..???
Sebab tu saya suka post pasal anak lelaki, sebab x leh nk order kat kedai , tapi saya leh minta sahabat2 doakan sy moga dapat anak lelaki lepas ni…mana la tau ada doa diantara kita diperkenankan ….
Terima kasih semua sahabat alam maya yg mendoakan yg baik2 ….

Malah dalam 7 orang puteri kesayangannya itu, ada seorang anak istimewa yang dikurniakan sang Pencipta. Mencabar? Semestinya. Bak kata orang tua-tua, menjaga seorang anak perempuan ibarat membela 100 ekor lembu tau. Jadi pasangan ini ada 7 perempuan bersamaan 700 ekor lembu?

Hebat bukan? Jadi pasangan ini juga tak lokek untuk berkongsi tips dan ilmu bagaimana nak menjaga dan mendidik anak yang ramai, renyah itu semestinya dan yang panting anda punya planning yang bagus!

Tips menjaga anak perempuan ramai

#1. Sentiasa luangkan masa beribadat

Set masa untuk bangun awal sedikit agar kita dapat berduaan bersama Allah SWT (tahajudd).
Berdoalah agar Allah SWT permudahkan urusan kita untk uruskan anak-anak dan apa-apa yang kita inginkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Uruskan masa dengan baik

Bangun lambat, tak sempat masak, kerja tak sempat buat, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap adalah antara perkara biasa yang buat kita stress. Jadi susun semula kepentingan dalam jadual hari, dan ikut berdasarkan keutamaan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa  layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.

#3. Tangguhkan reaksi 

Tidak kira seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak ,janganlah terus bertindak. Tindakan serta merta dan melulu boleh mendatangkan stress kepada kita dan anak. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan. Kalau setakat kesalahan kecil, pejam mata saja. Yang penting, mereka perlu tahu apa yang salah dan betul. Tapi kadang-kadang tak boleh nak kawal emosi itu normal, cuma janganlah selalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Fokus dengan apa yang lebih penting

Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Jangan sampai isu kecil air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang kita ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah (jangan menyumpah kerana mulut ibu masin tau).

#5. Hujung minggu mesti ada aktiviti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita wanita perlu cuti rehat. Tapi tak bolehlah nak tinggalkan anak-anak semua. Seperti saya, saya suka bawa semua 7 anak-anak saya bersama ke mana saja. Memang hujung minggu saya akan bawa anak-anak makan di luar dan menikmati ais krim. Itu pun dah boleh buat saya tenang dan hilang semua stress! 

#6. Pastikan ada hobi

Cari semula minat yang telah ditinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Hobi apa pun tak kisahla, asalkan apa yg kita suka. Mesti stress tu kurang datang kalau kita ada spend time untuk hobi. 

#7. Ada masalah jangan pendam

Setiap manusia ada masalah masing-masing dan setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Jadi Kongsi masalah dan kongsi kejayaan. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak. Saya suka berkongsi dengan anak nombor 2 sebab pemikiran dia dah macam kawan kita dah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Didik dari kecil!

Kita sebagai ibu biasakan mendidik mereka dari kecil supaya senang bila dah besar mereka ikut saja landasan sejajar yg kita mahu. Apa jua aspek seperti kemas umah, betulkan tempat tidur, basuh pinggan, adab dengan orang, sembahyang, puasa dan amalan-amalan lain. Jadikan mereka lebih bertanggungjawab sebagai anak.

#9. Tiada ibu bapa yang sempurna

Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah. Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda. Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media.

Sebenarnya apa jua yg kita lakukan , semuanya kerana Allah SWT. Jika itu niat anda, inshaAllah Dia akan beri yang terbaik buat anda sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Shaeriani A Hamat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Ada Ramai Anak Perempuan? Banyak Kebaikannya!