Bila Dah Cuba Menstrual Cup, Tak Pandang Dah Tuala Wanita, Memang Selesa!

Penggunaan menstrual cup masih belum dikenali dan digunakan secara luas di Malaysia. Nak tahu dengan lebih lanjut? Mari belajar mengenai menstrual cup!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mendengar mengenai menstrual cup? Jika ya, anda pasti tahu apakah fungsinya. Namun, bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai penggunaan menstrual cup di Malaysia, kami akan kongsikan sesuatu yang menarik untuk anda kali ini. 

Mungkin ramai wanita yang sudah mula menyedari kehadiran menstrual cup di  Malaysia sebagai satu satu produk kebersihan dalaman wanita. Umum kita ketahui bahawa penggunaan pad atau tuala wanita merupakan produk pilihan utama kebanyakan wanita di Malaysia. Penggunaan pad biasa digunakan oleh wanita pada hari mereka datang haid. Ianya digunakan sebanyak 2 hingga 5 jumlah pad sehari, ini bergantung kepada kadar aliran setiap wanita yang berbeza.

Malah, tahukah anda setiap wanita akan mengalami menstruasi selama 30 tahun dan lebih. Agaknya dah berapa banyak pad yang akan digunakan itu? Menstrual cup mempunyai fungsi yang sama seperti tuala wanita tetapi dari segi bentuk dan cara penggunaannya, memang jauh berbeza. Malah, penggunaannya dikatakan lebih menyenangkan berbanding dengan penggunaan pad. Betul ke tidak tu? Apa kata kita baca dengan lebih lanjut mengenai menstrual cup.

Apa itu menstrual cup?

Kredit: Pexels

Menstrual cup merupakan sebuah produk kebersihan dalaman untuk wanita yang boleh digunakan semula. Ianya berbentuk seperti corong yang kecil dan diperbuat daripada bahan silikon agar ia mudah lentur. Ini membolehkan anda untuk memasukkannya ke dalam lubang faraj untuk menangkap dan mengumpul darah haid. Anggap ia seperti cawan.

Yang paling menarik sekali ialah anda boleh gunakan menstrual cup ini sehingga 12 jam sehari. Malah, ianya juga boleh menampung jumlah darah haid yang banyak berbanding penggunaan pad yang biasa. Ha, menarik kan?  Yang seronoknya itu, ia juga dikatakan boleh bertahan sampai 10 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan menstrual cup yang anda tidak tahu

Kredit: Pexels

Terdapat banyak kelebihan menstrual cup sebenarnya. Salah satu kelebihan yang anda sudah tahu adalah ianya boleh digunakan semula dengan mudah. Anda hanya perlu basuh bersih sahaja. Mari kita lihat apakah kelebihan menstrual cup yang anda tidak tahu!

  • Pad boleh mengeringkan faraj anda tetapi menstrual cup tidak akan mengeringkan alat kemaluan anda. Jadi, anda tidak akan mendapat jangkitan pada faraj kerana ia mengekalkan bakteria sihat yang menghalang sebarang jangkitan.
  • Menghalang pembentukan bau berbanding penggunaan pad.
  • Selesa digunakan. Ramai wanita mengatakan bahawa penggunaan menstrual cup tidak menyakitkan dan akan buat anda tidak rasa apa-apa. 
  • Tidak mengandungi bahan kimia seperti penggunaan pad ataupun tampon.
  • Mesra alam dan boleh digunakan semula
  • Mengurangkan kejang perut atau cramp sewaktu haid (tiada kajian yang menyokong perkara ini) tetapi ramai wanita yang mengatakan perkara berikut

Anda berminat untuk bertukar ke menstrual cup? Menstrual cup mudah sebenarnya didapati di Malaysia. Sebelum itu, anda juga perlu tahu cara yang betul untuk memakai menstrual cup dan menstrual cup yang terbaik untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara nak pilih menstrual cup

Kredit: Pexels

Penting ke untuk pilih menstrual cup yang betul? Mestilah! Terdapat bermacam-macam saiz tau. Ada yang kecil dan ada yang besar. Tak bolehlah kalau main beli sahaja kan? Jadi anda kenalah pilih saiz yang betul untuk anda. Apa-apa pun, anda kenalah merujuk doktor terlebih dahulu. 

Kebiasaannya, jika anda berumur 30 tahun ke bawah atau tidak mempunyai aliran haid yang banyak, anda akan disarankan untuk membeli menstrual cup yang kecil. Jika anda berumur 30 tahun ke atas, mempunyai aliran haid yang banyak atau telah melahirkan anak secara normal, saiz yang besar adalah lebih sesuai untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut heathline.com, ini adalah beberapa perkara yang anda dan doktor anda perlu pertimbangkan apabila anda nak memilih menstrual cup. Antaranya ialah:

  • Aliran haid anda banyak atau sedikit
  • Panjang serviks anda
  • Umur
  • Kapasiti cup
  • Fleksibiliti cup

Cara nak pakai menstrual cup

Bila anda dah beli menstrual cup, anda juga harus tahu bagaimana cara nak pakai menstrual cup dengan betul. Jom semak!

#1 Basuh tangan terlebih dahulu

Anda perlu memastikan tangan anda bersih sebelum memegang menstrual cup dan memasukkannya ke dalam faraj anda. Basuh tangan dengan sabun dan air untuk mengelakkan bakteria.

#2 Steril 

Sterilkan menstrual cup dengan air panas selama 15 hingga ke 20 minit. 

#3 Cari posisi selesa

Anda kena pastikan anda berada di posisi selesa terlebih dahulu. Sama ada anda nak mencangkung ke, duduk atas kerusi sambil satu kaki diangkat ke atas, atau nak pasang cup sewaktu duduk di mangkuk tandas.

#4 Lipat menjadi bentuk U

Lipat menstrual cup anda kepada bentuk muncung segitiga atau bentuk U.

#5 Pastikan menstrual cup basah sebelum masukkan ke dalam faraj

Anda boleh basahkan menstrual cup terlebih dahulu atau gunakan bahan pelincir agar ia senang masuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Buat secara perlahan-lahan

Bagi mereka yang baru kali pertama menggunakan menstrual cup, memang akan ada rasa pelik sedikit. Yelah, tak ada pengalaman kan? Yang penting, adan kena buat secara perlahan-lahan.

Bagaimana pula kalau nak keluarkan?

#1 Cuci tangan bersih-bersih terlebih dahulu.

#2 Anda kena capai tangkainya atau pun stem.

#3 Tarik perlahan-lahan secara memusing. Jangan terus tarik! Sakit nanti.

#4 Bersihkan cup. Tidak perlu steril untuk penggunaan kali kedua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: nhazlafikri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ini Fakta & Mitos Tentang Haid Yang Anda Perlu Tahu Serta Ciri Darah Haid!

Penulis

Nina Osman