Kering idea untuk menu bayi 10 bulan anda? Jangan risau. Berikut adalah beberapa idea yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Norlaini Mohamad untuk bekalan anaknya ke taska.
Dia telah menyenaraikan idea menu bayi 10 bulan mengikut hari.
Perkongsiannya seperti di bawah:
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Idea-idea menu bayi 10 buln yang mudah disediakan untuk si manja
Idea-idea menu bayi 10 buln yang mudah disediakan untuk si manja
#1. Isnin- Ayam masak kurma versi baby
1. Tumiskan empat sekawan dengan minyak zaitun. Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar halus.
2. Tunggu hingga bawang masak selepas itu masukkan puri kurma (kisar buah kurma dengan sedikit air).
3. Letak sedikit rempah gulai atau kari untuk memberikan sedikit perisa kepada masakan.
4. Masukkan air dan tunggu hingga menggelegak.
5. Masukkan ayam dan brokoli (sayur ikut kesukaan ibu-ibu).
6. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih hingga ayam dan sayur empuk.
7. Siap untuk dimakan
Resepi Prego Buddies untuk menu bayi 10 bulan
1. Rebus prego buddies itu smpai empuk.
2. Tumis bawang holland dan bawang putih kisar dengan UB.
3. Masukkan kiub bilis sudah dibekukan atau ikan bilis kidar (saya tidak gunakan serbuk bilis sebab kurang rasa bilis kerana anak sudah besar. Semasa kecil hari itu guna serbuk bilis sahaja)
4. Masukkan brokoli dan air.
5. Tunggu menggelegak masukkan prego buddies dan susu full cream.
6. Sebelum tutup api, masukkan cream cheese dan mix herb untuk penambah perasa.
7. Sedia untuk dimakan.
#2. Selasa- Menu makan bayi 10 bulan: Mee goreng udang cheese dan udang masak merah
Resepi mee goreng udang cheese
1. Celur mee (baby noodle) hingga empuk (patahkan siap-siap sebelum celur supaya senang hendak masak).
2. Tumiskan bawang holland kisar dengan mentega unsalted.
3. Masukkan udang segar yang telah dicincang halus (andai anak sudah ada banyak gigi tidak perlu potong halus).
4. Masukkan sayur kegemaran (brokoli/carrot/bunga kobis).
5. Masukkan sedikit air dan susu full cream.
6. Letakkan mi yang telah dicelur tadi.
7. Tunggu hingga mendidih dan masukkan cream cheese dan mix herb untuk rasa yang lebih berkrim 😆
8. Sedia untuk dimakan
Resepi udang masak merah
1. Tumis bawang holland dan bawang putih kisar dengan minyak zaitun.
2. Masukkan satu kiub pes tomato dan satu kiub puri carrot.
3. Masukkan air dan masukkan udang.
4. Tambahkan perisa dengan sedikit serbuk bilis.
5. Tunggu hingga menggelegak selepas itu siap
#3. Rabu
Resepi waffle kentang
1. Stimkan satu biji kentang.
2. Lenyekkan kentang (guna garfu lagi mudah) dan masukkan bilis yang telah dikisar.
3. Masukkan gandum dan air panas.
4. Racikkan lobak merah untuk tekstur yang lebih kasar.
5. Masukkan adunan dalam waffle machine itu. Pastikan adunan tidak terlalu lembik ya takut terlekat . Sebelum bakar letak sedikit UB utk elakkan adunan melekat.
6. Sedia untuk dimakan
Resepi ayam masak lemak kubis bunga
1. Masukkan santan, ayam, bawang merah kisar dan kubis bunga dalam periuk. Masukkan sedikit serbuk kunyit.
2. Masak dan kacau hingga menggelegak dan masak.
3. Tambahkan sedikit serbuk lada hitam sebagai penambah perisa.
4. Siap
#4. Khamis
Resepi shell pasta
1. Celurkan pasta shell hingga empuk.
2. Tumiskan bawang holland dengan mentega unsalted.
3. Masukkan labu yang telah distimkan.
4. Masukkan satu kiub ikan bilis kisar yang telah dibekukan.
5. Campurkan air. Biarkan menggelegak.
6. Masukkan pasta dan susu full cream.
7. Tambahkan sedikit mix herb untuk perisa tambahan.
8. Akhiri dengan masukkan cream cheese dan siap untuk dihidang
Resepi sup ikan untuk makanan bayi 10 bulan
1. Tumiskan empat sekawan, bawang holland dan halia yang dimayang halus dengan minyak zaitun.
2. Masukkan serai dan air.
3. Biarkan seketika dan masukkan bunga kubis.
4. Setelah agak-agak sudah empuk, masukkan ikan (saya guna ikan kembung).
5. Biarkan menggelegak dan perisakan dengan sedikit serbuk bawang putih dan serbuk lada hitam.
6. Siap
Berikut adalah lain-lain idea untuk menu bayi 10 bulan:
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Bayi 6 Bulan: Resepi Bubur, Stok Ayam & Makanan Puri Yang Bagus
Baca juga: Resepi Bubur Nasi & Pasta Berkhasiat Untuk Bayi 7 Bulan Dan Ke Atas
Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!