Tak Hanya Bijak Mengatur Rumah, Ini Rupanya Cara Marie Kondo Sediakan Menu Harian Pula!

Tahukah anda, Marie Kondo bukan sahaja bijak dalam mengatur barangan dalam rumah, tetapi dia juga sangat kreatif dalam penyediaan menu seharian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda sudah pasti mengenali si cantik dan popular, Marie Kondo ini. Wanita berketurunan Jepun ini ternyata bukan sahaja bijak dalam merapikan rumah, tetapi juga kreatif dalam penyediaan menu kanak-kanak!

Agaknya apakah pilihan menu Marie Kondo ya? Jom baca artikel untuk info lanjut!

Marie Kondo, Pakar Hiasan Rumah Kaedah KonMari

Wanita cantik ini mula menjadi perhatian setelah rancangannya, Tidying Up With Marie Kondo mula ditayangkan di saluran Netflix pada awal Januari lalu.

Ramai orang terinspirasi untuk mengikut cara beliau dalam menata dan menghias rumah dengan kaedah KonMari yang direkanya.

Beberapa tahun lepas sebelum penayangannya rancangan TV itu, sebenarnya Marie sudah terkenal sebagai tidying queen kerana bukunya yang bertajuk “The Life Changing Magic of Tidying Up

Marie Kondo mula memperkenalkan kaedah KonMari melalui buku tersebut, di mana dia menyebut yang barang-barang yang terlalu banyak di rumah boleh menyebabkan stress.

Sebaliknya, rumah yang rapi dan bebas dari pengumpulan barang boleh memberikan kebahagiaan dan membuat hidup lebih bermakna.

Proses menata dan merapikan rumah dimulakan dari kelompok pakaian, buku, kertas dan dokumen, barang nostalgia, hinggalah ke barangan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap barangan perlu dikategorikan kepada yang masih digunakan, yang memiliki nilai sentimental atau yang perlu diberikan kepada orang lain.

Sememangnya proses menghias dan mengemas rumah ini tidaklah dilakukan dengan segera, malah mengambil kira-kira 1 bulan untuk menampak hasil yang sebaiknya.

Namun yang pasti hasil dari menjayakan pembersihan rumah ini tenyata boleh memberi kebahagian dalam diri bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu Seharian Mengikut Cara Marie Kondo

Marie Kondo telah banyak membantu di seluruh dunia untuk mencari pemicu kegembiraan hidup melalui kaedah merias dan mengemas rumah.

Namun siapa sangka bila Marie Kondo bukan hanya bijak dalam menata dan merapikan rumah, tetapi juga memilih menu makanan sehariannya!

Menurut TODAY, ibu 2 anak ini mengaku terbiasa memilih menu yang unik ketika memilih menu makanan, dan cara penyajiannya juga. Sifat semula jadinya yang teliti tidak hanya pada pengurusan rumah, malah dalam hal pemakanan.

Malah aturan pinggannya juga berseni, dan haruslah sesuai dengan masakannya pada ketika itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Marie memilih menu makanan yang sederhana dan teratur, sama seperti pilihannya dalam kehidupannya. Contohnya, setiap hari Marie akan memulakan pagi dengan secawan teh hijau, air putih atau teh herba sebelum membuat sarapan sup miso yang dimakan bersama nasi.

Manakala untuk makan tengahari dan malam pula, hidangan kegemaran Marie Kondo adalah sup ayam ala jepun dengan nasi putih dan ikan sea bream. Masakan ini menggunakan mangkuk tanah liat tradisional yang disebut donabe, dengan suhu yang tinggi.

Selepas makan malam, biasanya ia diakhiri dengan segelas amazake, yang merupakan sejenis minuman beras. Ia diperbuat daripada sake yang mengandungi alkohol, dan rasanya manis.

Mengatur Menu Makanan Untuk Si Kecil

Bagi menu anak-anaknya pula, Marie Kondo memilih makanan yang sederhana dan penuh warna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia gemar menyediakan puding raspberry yang mesra untuk kanak-kanak dan telur dadar ala jepun dengan hidangan salmon untuk membuat anaknya makan dengan gembira di sekolah.

Marie ingin memastikan sistem pencernaan dan imun anaknya berfungsi pada kapasiti sepenuhnya. Apa kata anda cuba menu yang sesuai dengan anak anda, dan lakukannya dengan cermat seperti Marie Kondo?

Selamat mencuba!

Tolong beri cadangan menu bayi 9 bulan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya Owey dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.commakanan-diet/

Penulis

Beto Rahman