50 Contoh Menu Hidangan Bilik Darjah Untuk Potluck Sekolah & Jamuan Akhir Tahun Yang Mudah Dan Sedap

undefined

Minggu akhir sekolah ini banyak pula jamuan sekolah. Ibu-ibu boleh pilih menu potluck di sini untuk anak bawa ke jamuan sekolah.

Berbaki seminggu lagi sekolah bagi sesi ini akan berakhir. Jadi minggu terakhir ini banyak sekolah yang akan mengadakan jamuan bagi meraikan setahun sesi persekolahan. Pastinya ibu menjadi individu paling risau memikirkan menu potluck yang bakal dibawa anak-anak.

Apa yang penting menu potluck simple akan menjadi pilihan dan mudah untuk disediakan. Paling penting ia habis dimakan. Lega rasanya bila anak bawa balik bekas kosong.

Kami kongsikan menu potluck sekolah yang bakal membantu ibu-ibu supaya anak tak datang dengan tangan kosong ke jamuan nanti. Potluck menu ini sangat simple, bahan-bahannya juga sangat mudah dicari.

50 Contoh Menu Hidangan Bilik Darjah Sekolah Kanak-Kanak

1. Makanan Berasaskan Roti

  1. Sandwich telur
  2. Roti sosej gulung
  3. Sandwich keju cair
  4. Roti lapis mentega kacang dan jem
  5. Mini pizza roti

2. Snek Ringkas

  1. Biskut gandum dengan susu
  2. Popcorn tanpa gula
  3. Muffin pisang
  4. Donut mini tanpa glaze
  5. Tart telur

3. Buah-Buahan Segar

  1. Potongan epal dengan celupan yogurt
  2. Anggur tanpa biji
  3. Pisang mini
  4. Salad buah berwarna-warni
  5. Tembikai potong

4. Hidangan Tradisional

  1. Kuih karipap
  2. Kuih seri muka
  3. Cekodok pisang
  4. Popiah goreng sayur
  5. Pulut panggang

5. Minuman Sihat

  1. Susu kotak rendah lemak
  2. Jus oren segar
  3. Smoothie strawberi
  4. Air kelapa muda
  5. Teh herba tanpa kafein

6. Hidangan Berasaskan Nasi dan Mi

  1. Nasi goreng telur
  2. Bihun goreng simple
  3. Mi sup ayam
  4. Onigiri (nasi Jepun) dengan isi ayam
  5. Bubur nasi dengan sayuran

7. Kudapan Kreatif

  1. Keropok ikan panggang
  2. Nugget ayam homemade
  3. Bebola ikan dengan sos pencicah
  4. Kentang goreng panggang
  5. Mini quiche sayur

8. Kek dan Pastri

  1. Kek marble mini
  2. Brownies potong kecil
  3. Kek keju bakar
  4. Kek cawan vanila dengan hiasan sederhana
  5. Danish pastry buah

9. Pilihan Sihat Berprotein

  1. Bebola daging kecil
  2. Ayam goreng tanpa minyak (air fryer)
  3. Telur rebus berinti
  4. Sate ayam tanpa kuah kacang
  5. Bebola tahu goreng

10. Pilihan Vegetarian

  1. Salad sayur dengan dressing ringan
  2. Jagung rebus
  3. Lempeng sayur dengan sos cili
  4. Tauhu bakar dengan sos kacang
  5. Lasagna sayur mini

Menu potluck sekolah simple & mudah disediakan

Simple dan mudah disediakan memang potluck menu yang menjadi pilihan. 

1.Spageti buttermilk chicken popcorn

menu potluck

Bahan-bahan:

  • 1 paket spageti
  • 1 tin susu cair
  • 10 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • 5 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • Air masak
  • Popcorn chicken (goreng guna airfryer/goreng biasa)

Cara penyediaan:

  1. Rebus spagheti hingga lembut.
  2. Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
  4. Masukkan 1 tin susu cair.
  5. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi dan taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.

Tips: Pek makanan ini ke dalam bekas-bekas kecil supaya mudah untuk anak-anak di sekolah makan. 

Menu potluck kanak-kanak suka  

2. Sosej roll

menu potluck

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia di gelek nipis (buang tepi)
  • Sosej yang direbus
  • Salad
  • Sos cili/tomato (tetapi jika kanak-kanak lebih kecil lebih baik sos tomato)
  • Keju
  • Mayonis
  • Biji selasih atau bijan hitam

Cara Penyediaannya:

  1. Gelek nipis roti.
  2. Masukkan sosej dan sayur.
  3. Gulungkan roti bersama inti.
  4. Pipekan sos dan mayonis.

3.Macaroni cup pizza

menu potluck

Bahan-bahan:

  • Makaroni
  • Bawang putih
  • Isi ayam
  • Sos Spagheti
  • Mix herbs
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam
  • Tortilla wrap
  • Cheese pizza/mozarella
  • Minyak

Cara penyediaan:

  1. Rebus makaroni sehingga masak dan toskan
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan isi ayam. Masak isi ayam sehingga masak
  3. Masuk makaroni yang telah direbus, sos spagheti, kalau nak masuk mix vege pun boleh, letak mix herbs dan sedikit garam
  4. Ambil tortilla wrap, potong bentuk tiga segi, letak dalam cup.
  5. Masukkan pula macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam cup.
  6. Pecah telur, letak garam dan sedikit lada hitam black pepper. Whisk.
  7. Tuang telur ke dalam cup agak-agak tenggelam
  8. Tabur cheese pizza dan sprinkle sedikit mix herbs
  9. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak

Baca juga: Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!

Baca juga: Cuti Sekolah Musim Anak Bersunat, Bolehlah Sedekah Pulut Kuning & Rendang Ayam!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!