X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!

3 min bacaan
Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!

Kami kongsikan resepi bihun goreng singapore yang sesuai untuk anda bekalkan kepada anak yang ada jamuan di sekolah.

Hampir tamat sesi persekolah penggal ini pasti banyak sekolah yang buat jamuan dan sebagainya. Buntu memikirkna menu apa yang disukai kanak-kanak? Apa kata anda cuba resepi bihun goreng Singapore yang kami kongsikan ini.

Ia tidak pedas dan biasanya kena dengan selera kanak-kanak yang kurang gemar pedas. Bukan saja kena dengan selera anak-anak, guru-guru juga mesti suka.

Bahannya juga senang, malah bihun yang sinonim berwarna putih ini amat mudah disediakan. Masak pagi-pagi sebelum anak ke sekolah pun sempat.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi bihun goreng Singapore, confirm budak-budak suka!
  • Tips resepi bihun goreng Singapore tidak keras

Resepi bihun goreng Singapore, confirm budak-budak suka!

Resepi bihun goreng Singapore

Advertisement

Semua resepi ini hanya memerlukan bahan yang mudah. Jadi usah risau. 

1.Bihun Singapore seafood

resepi bihun goreng singapore

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (400g)
  • sedikit minyak, untuk menumis
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 mangkuk kecil sotong
  • 3 batang fish cake, potong dadu
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji telur
  • kobis, cincang kasar
  • lobak merah potong mancis
  • sawi
  • taugeh
    lada sulah (jika suka)
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk halus/ kisar

  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan isi udang, sotong dan fish cake.
  4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  6. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  7. Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

Tips resepi bihun goreng Singapore tidak keras

Resepi bihun goreng Singapore

Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.

2. Bihun goreng Singapore ayam

Bahan-bahan

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • 350g bihun, direndam
  • ½ cawan minyak masak
  • 7 biji bawang merah, dikisar
  • 5 ulas bawang putih, dikisar
  • 150g isi ayam, dipotong kecil
  • 15 ekor udang, dibersihkan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu kecil lada hitam berperisa
  • ½ sudu kecil kicap masin
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 100g sawi, dipotong
  • 100g Lobak merah, dipotong memanjang 3 cm
  • ½ cawan Air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau sehingga masak.
  3. Tepikan isi ayam dan udang di dalam kuali, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
  4. Perasakan dengan lada hitam tetapi tak perlu banyak jika tidak mahu pedas, kicap masin dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan air. Kacau sehingga bihun lembut.
  6. Sedia untuk dihidang.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Bihun Goreng Singapore, Tak Pedas Sesuai Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham