X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Ayam Masak Kicap Tak Pedas Untuk Ibu Cuba, Anak-Anak Mesti Suka

3 min bacaan
Resepi Ayam Masak Kicap Tak Pedas Untuk Ibu Cuba, Anak-Anak Mesti Suka

Menu ayam masak kicap antara paling mudah disediakan. Ibu boleh cuba pelbagai resepi ayam masak kicap yang kami sediakan.

Ayam masak kicap antara menu makanan paling mudah untuk disediakan. Tapi untuk anak-anak mestilah ibu mencari resepi ayam masak kicap yang tak pedas kan?

Kali ini kami kongsikan resepi ayam masak kicap untuk ibu-ibu cuba di rumah. Mesti anak-anak suka kerana rasanya yang tidak pedas dan mesra kanak-kanak.

Bahan yang digunakan juga simple dan mudah didapati di maman-mana. Resepi yang ringkas ini mudah saja disediakan malah mengandungi protein yang cukup untuk tumbesaran anak-anak.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi ayam masak kicap tak pedas
  • Ayam masak kicap manis
  • Masak kicap cara orang lama

Resepi ayam masak kicap tak pedas

resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Minyak(untuk goreng dan tumis kuah)
  • Kunyit(untuk gaul ayam)
  • Garam(untuk gaul ayam)
  • Kicap lemak manis/manis
  • Kicap pekat
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 1/2 inci halia

Hiasan:

  • Bawang besar
  • Daun Sup(jika ada)

Bahan kisar:

  • Kisar hingga halus (bawang besar, bawang putih, halia)

Cara penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam,kemudian goreng jangan terlalu garing nanti keras. Kemudian ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan.
  3. Masukkan ayam digoreng tadi, sos tiram, kicap lemak manis.
  4. Gaul sekata, kemudian hiris bawang dan taburkan di atas ayam. 

Ayam masak kicap manis

resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 6 biji ubi kentang
  • sos tiram secukupnya
  • kicap manis kipas udang secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • garam
  • kunyit serbuk

Bahan-bahan ditumbuk lumat:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara penyediaan:

  1. Potong ayam menjadi 12 bahagian dan lumur ayan dengan garam dan kunyit
  2. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan
  3. Kupas ubi kentang dan goreng hingga masak. Ketepikan.
  4. Tumis bahan yang ditumbuk, apabila sudah naik minyak masukkan kicap dan ayam.

Masak kicap cara orang lama

resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan:

  • 5-6 ketul ayam segar 
  • 3 ulas bawang merah dan putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (separuh tumbuk, separuh hiris)
  • kicap lemak manis
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • bawang besar (dipotong labu)
  • lada besar (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk iaitu bawang dan halia
  2. Gaul rata hingga naik bau dan sedikit garing
  3. Masukkan kicap lemak manis dan sos tiram. Sukatan kicapnya ikut kuah banyak mana
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam segar dan biarkan hingga masak
  5. Garam secukup rasa
  6. Masukkan sekali bawang besar dan halia yang dihiris. Tak perlu hingga layu. Gaulkan rata dan hidang.

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Resepi Ayam Goreng Berempah Tak Pedas, Anak-Anak Mesti Suka

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai

Baca juga: Variasi Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Tahan Lama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Ayam Masak Kicap Tak Pedas Untuk Ibu Cuba, Anak-Anak Mesti Suka
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham