X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Paling Berapi

3 min bacaan
Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Paling Berapi

Hidangan yang berasal dari Indonesia ini terkenal di Malaysia, ini resepi sambal ayam penyet yang mudah untuk anda cuba di rumah.

Resepi sambal ayam penyet ini khas untuk semua penggemar nasi ayam penyet. Kalau makan di kedai belum tentu puas hati. Buat sendiri di rumah kan lebih bagus, dijamin jimat dan sedap!

Walaupun namanya sambal ayam penyet tak semestinya kena makan dengan menu penyet sahaja. Keunikan rasa yang masam, pedas dan manis membuatkan sambal penyet sentiasa dijadikan pilihan sebagai pelengkap rasa. Kalau makan dengan apa-apa hidangan atau nasi putih pun dah cukup ‘perfect’. 

Untuk itu, kami kongsikan resepi sambal ayam penyet yang lengkap dan paling mudah disediakan.

Sebelum membuat sambal, berikut merupakan tips untuk mendapatkan hasil rasa sambal ayam penyet yang sempurna. 

resepi sambal ayam penyet

Tips:

  • Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair.
  • Lebih sedap bahan ditumbuk berbanding dikisar kerana menghasilkan tesktur sambal yang berlainan.
  • Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
  • Pastikan masak sambal dengan minyak yang banyak sebab minyak akan bantu sambal tahan lama.
  • Untuk disimpan sebagai stok, petua untuk matikan kuman, selepas masukkan sambal ke dalam balang tutup balang tapi jangan ketatkan lagi, biar wap naik baru ditutup rapat.

Cara buat sambal ayam penyet berapi ala Che Nom

resepi sambal ayam penyet

Bahan-bahan:

  • 25-30 biji / 500g cili merah besar
  • 60 biji / 300g cili padi merah
  • 4-5 biji bawang merah
  • 4 biji tomato
  • 1 labu / 12 ulas bawang putih
  • 3 inci belacan
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk seasoning

Cara Penyediaan:

  1. Cili merah dan cili padi, basuh bersih dan tos kering kemudian buang tangkai dan potong kasar supaya cili tak meletup bila digoreng.
  2. Potong kasar bawang merah dan tomato untuk pekatkan sambal dan kurangkan kepedasan sambal.
  3. Cincang kasar bawang putih.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai bawang lembut. Kemudian angkat dan toskan minyak.
  5. Goreng pulak cili merah dan cili padi. Goreng sampai cili lembut dan layu. Angkat dan toskan. Boleh goreng cili sekali dengan bawang tapi diseebabkan terlampau banyak jadi Che Nom goreng asing nak bagi cepat masak.
  6. Goreng tomato. Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair. Bila tomato lembut, angkat dan toskan.
  7. Kisar kesemua bahan dalam chopper. Kalau nak guna blender tambah sikit minyak sebelum kisar. Boleh jugak tumbuk sampai lumat.
  8. Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
  9. Panaskan minyak dan goreng belacan sampai garing . Boleh ganti dengan kiub ikan bilis atau ikan bilis goreng.
  10. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak.
  11. Tambah gula, garam dan serbuk seasoning. Kacau sebati.
  12. Tutup api dan masukkan ke dalam balang kaca.
  13. Tutup balang kaca tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal sejuk dulu baru tutup rapat (biar wap naik dan kena penutup).

 

Resepi Che Nom

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat

Baca juga: 8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

Baca juga: Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Paling Berapi
Kongsikan:
  • Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

    Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

  • Suka Makan Kacang Kuda? Selain Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaatnya Untuk Ibu Hamil

    Suka Makan Kacang Kuda? Selain Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaatnya Untuk Ibu Hamil

  • Jangan Keliru Daun Ketumbar Dengan Daun Sup. Ini Khasiat Daun Wangi Dalam Masakan Ini Untuk Kesihatan

    Jangan Keliru Daun Ketumbar Dengan Daun Sup. Ini Khasiat Daun Wangi Dalam Masakan Ini Untuk Kesihatan

  • Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

    Rindu Nak Makan Lauk Kenduri? Ini Resepi Nasi Tomato Yang Sedap & Mudah , Makan Bersama Acar Jelatah Dan Papadom!

  • Suka Makan Kacang Kuda? Selain Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaatnya Untuk Ibu Hamil

    Suka Makan Kacang Kuda? Selain Baik Untuk Kesihatan, Ini Manfaatnya Untuk Ibu Hamil

  • Jangan Keliru Daun Ketumbar Dengan Daun Sup. Ini Khasiat Daun Wangi Dalam Masakan Ini Untuk Kesihatan

    Jangan Keliru Daun Ketumbar Dengan Daun Sup. Ini Khasiat Daun Wangi Dalam Masakan Ini Untuk Kesihatan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham