X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

5 min bacaan
8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

Resepi sambal menjadi hidangan 'favourite' kalau makan dengan nasi putih panas-panas. Jika tiada idea untuk sahur, cuba buat salah satu!

Memandangkan raya dah nak dekat sampai golongan ibu-ibu pun dah buntu tak tahu nak masak apa, apa kata tiru sahaja resepi sambal ini. Resepi sambal ini sangat mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar dapur sahaja. 

Jika resepi sambal yang dikongsikan menerusi posting Dapur KakZu tidak menepati citarasa anda, ambil salah satu resepi yang di senaraikan dibawah ini dan variasikan ikut tahap kepedasan anda.

Kesemuanya mudah dan tengok sahaja pun dah bikin kecur air liur, ya!

Resepi sambal yang mudah & lazat

Sambal Tempoyak

resepi sambal

Bahan-bahan

  • Sambal Tempoyak
  • 1 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api siam merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • kalau tempoyak dah manis tak letak gula pun takpa
  • 1/2 cawan ikan bilis di basuh

Cara memasak

  1. Tumbuk atau kisar dalam pencincang kesemua bahan
  2. Dah hancur masukkan ikan bilis
  3. Kisar lagi separuh hancur
  4. Campurkan dengan tempoyak manis

Sambal Belacan Siam

resepi sambal

Bahan-bahan

  • Sambal Belacan Siam
  • 2 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api merah siam
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil ajinomoto
  • Air asam secukupnya
  • 5 sudu cuka makan
  • 1/2 biji bawang holland

Cara memasak

  1. Kisarkan kesemua bahan dalam blender
  2. Jangan hancur sangat tau
  3. Sukatan air asam agak-agak
  4. Kalau nak cair pekat sambal

Rasanya sama seperti di kedai tomyam.

Sambal Gesek N9

 

resepi sambalBahan-bahan

  • 30 biji cili burung kampung
  • 4 biji cili api merah
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula jika suka
  • 1 biji perahan limau nipis     

Cara memasak

  1. Tumbuk / chopper cili api dengan garam dan gula
  2. Tumbuk kasar ye
  3. Jangan lumat sangat
  4. Kemudian masukkan ikan bilis , tumbuk lagi hingga separuh hancur
  5. Last perahkan air limau nipis

Ni la sambal paling pedas dalam semua jenis sambal kat malaysia ni. Tak percaya try la

Sambal Nyor

resepi sambal

Kalau anda orang Perak mesti tahu sambal nyor, yang baru pertama kali dengar boleh cuba resepi dibawah. Lawan dengan ulam pegaga di simpul simpul memang ngam

Bahan-bahan

  • 20 biji cili api
  • 20 gm belacan (dibakar dulu baru sedap)
  • 1/2 cawan ikan bilis (ikan bilis dibasuh dan direndam sehingga lembut)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji perahan limau kasturi
  • 1 1/2 cawan kelapa parut putih

Cara memasak

  1. Tumbuk @ kisar cili api, belacan , gula dan garam hingga halus
  2.  Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi
  3.  Masukkan kelapa dan tumbuk hingga kelapa tu nampak basah
  4. Akhir sekali, perahkan limau kasturi dan gaul semua bahan hingga digaul rata

Sambal Totok Jawa

resepi sambal

Bahan-bahan

  • 1 cawan ikan bilis siap kopek
  • 25 biji cili api
  • 4 biji cili merah ( potong 4 )
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci belacan
  • Minyak
  • Gula & garam secukup rasa
  • Perahan limau nipis ( jika suka ya )

Cara memasak

  1.  Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
  2. Goreng bawang,bawang putih , cili api, cili masak sekali semua dalam kuali
  3. Goreng belacan
  4. Tumbuk / blend kesemua bahan kecuali ikan bilis
  5. Dah agak hancur baru masukkan ikan bilis (ikan bilis biar kasar kasar baru sedap)
  6.  Masukkan perahan limau jika suka

Cuba resepi sambal totok jawa, makan dengan nasi panas baru masak , pasti menambah-nambah!

Sambal Hijau

resepi sambal

Bahan-bahan

  • 25 biji cili hijau ( 300 gm )
  • 70 gm cili akar
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji buah tomato muda
  • 1 cawan minyak

Cara memasak

  1. Kukuskan cili hijau, cili api , bawang besar dan buah tomato hingga layu sahaja
  2.  Kesemua bahan di atas di blend kasar atau di gesek dalam lesung batu
  3.  Panaskan minyak
  4. Tumiskan bahan sambal sehingga naik minyak
  5. Perisakan dengan garam, sedikit gula dan ajinomoto

Sambal Mangga

resepi sambal

Bahan-bahan

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • 1 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api siam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • Belacan
  • Buah mangga / bacang / kuinin yang di racik racik

Cara memasak

  1. Tumbuk / chopper kesemua bahan kecuali mangga
  2. Jangan masuk air tau
  3. Dah hancur baru baru masukkan mangga dan tumbuk lagi sekali

Sambal Limau Thai

resepi sambal

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api merah
  • 2 biji perahan air limau nipis
  • Kulit limau di potong dadu
  • 2 tbsp besar sos ikan
  • 2 tbsp gula apung/ gula pasir
  • 1 biji tomato ( potong dadu )
  • Daun ketumbar

Cara memasak

  1. Tumbuk / blender cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga hancur dan halus
  2. Kemudian masukkan gula , sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan tomato dan daun ketumbar.
  4. Masukkan sedikit air jika perlu
  5. Gaul sebati

Sambal thai biasanya sedap di makan dengan kerang/ udang / sotong yang direbus atau grill. Nak buat kerabu maggi pun sedap!

Apa-apa pun, kalau anda membuat resepi sambal di rumah, pastikan anda sesuaikan dengan cara tersendiri yang anda boleh terima. Jangan terbiasa makan makanan yang terlalu pedas kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, lagi-lagi jika dimakan untuk sahur. 

Selamat mencuba!

Facebook: Dapur KakZu 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: 7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Baca juga: Jenis Kuih Raya Yang Paling Popular & Digemari Ramai, Anda Gemar Yang Mana?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!
Kongsikan:
  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.