X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pemuda Hidap Penyakit Arthritis Idiopatik Juvana, Hanya Setinggi 137 CM Dan Muka Keanak-Anakan

9 Nov, 2023
Pemuda Hidap Penyakit Arthritis Idiopatik Juvana, Hanya Setinggi 137 CM Dan Muka Keanak-Anakan

Disahkan menghidap penyakit autoimun sejak berusia lima tahun, seorang pemuda berkongsi pengalamannya menghidap penyakit arthritis kronik.

Pernah tak anda melihat seseorang yang dewasa mempunyai ketinggian yang rendah (bukan kerdil) dan muka seakan-akan kanak-kanak? Jika anda melihat, mungkin dia menghidap penyakit arthritis kronik iaitu artritis idiopatik juvana atau dikenali sebagai JIA.

Di Tiktok, seorang pemuda yang dikenali sebagai Mini Apih berkongsi pengalaman selepas 20 tahun menghidap penyakit Arthritis Idiopatik Juvana dan perkongsiannya ditonton lebih satu juta tontonan oleh netizen.

“Bagaimana saya hidup dengan JIA.

“Saya disahkan menghidap JIA semasa berumur lima tahun. Sebelum disahkan bermacam cara doktor buat untuk tahu penyakit apa kerana simptomnya agak pelik. Sampaikan doktor syorkan kepada ayah untuk ambil air tulang belakang,” kongsinya dalam Tiktok.

Ketika kanak-kanak lain aktif bermain, tubuh kecilnya itu mula mengalami gejala JIA. Menurut Apih, ekoran daripada JIA tangannya membengkok, leher senget hingga tidak mampu berjalan.

Keadaan itu menyebabkan pemuda ini terlantar sakit dan tidak mendapat pendidikan awal di tadika.

Ketika sekolah rendah, Apih mula mengetahui bahawa JIA menyebabkan tumbesarannya terbantut. Dalam foto yang dikongsi, mendedahkan adiknya mempunyai ukuran ketinggian lebih daripadanya.

Berulang-alik ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan daripada pakar, Apih akhirnya didiagnos sebagai penghidap JIA.

“Tambah sedih apabila dapat tahu penyakit saya buat tumbesaran terbantut. Bayangkan masa ini saya Tingkatan Tiga, rendah guys.

“Kemudian ketika di Tingkatan Lima, masih rendah. Ketika ini saya mula chubby,” ujar Apih.

Kesakitan yang dialami tidak mematahkan Apih. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, anak muda ini melanjutkan pelajaran di institusi pengajian swasta, Cosmopoint.

“Semasa mula-mula masuk ramai yang ingatkan saya anak pensyarah.

“Semua pandang saya atas bawah, mungkin tidak pernah nampak orang macam saya agaknya,” ujarnya yang mula mengalami simptom badan yang sembap ekoran pengambilan ubat-ubatan.

“Lama mengambil ubat-ubatan untuk penyakit, badan saya kelihatan berisi. Seperti dalam gambar ini, berat hanya 37kg sahaja.

“Makin membesar saya kerana steroid,” katanya.

Kekurangan yang ada pada dirinya tidak menjadi penghalang anak muda ini memajukan diri.

Selesai menjalani sesi praktikal di sebuah universiti pada tahun 2019, dia ditawarkan sebagai pekerja sambilan harian di IPT tersebut.

“Ketika itu tinggi saya setakat paras siku rakan-rakan sekerja.

“Akhirnya pada tahun 2020 hingga 2023, saya berjaya kurus dengan mengurangkan makan steroid. Yang ajaibnya, berat tetap sama 37kg, ajaib kan?

“Saya kurangkan dos daripada dua biji kepada satu setengah biji. Mula-mula badan memang akan sakit, tapi saya support dengan pain killer. Makan apabila perlu.

“Selepas satu tahap rasa sudah selesa dan tak sakit, saya kurangkan lagi dos kepada satu biji.

“Memang berbeza apabila kulit juga berubah dan saya tidak lagi buncit. Pengurangan dos akan menyebabkan rasa sakit tetapi saya ambil pain killer,” ujar Apih.

Berani mengambil risiko, pemuda ini mengurangkan dos sehingga suku biji tablet dengan perlahan-lahan dan tidak mendadak.

Apih mendakwa selepas suntikan vaksin Covid-19, beliau mula mengalami tanda-tanda akil baligh.

“Selepas turunkan dos sehingga suku biji, saya diwajibkan mengambil suntikan vaksin koronavirus’

Stories Rakan Kongsi
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

“Suntikan dos pertama tidak nampak, namun selepas dos kedua nampak kesan. Kawan saya menegur seluar semakin senteng, mak dan adik beradik perasan suara berubah.

“Tiba-tiba janggut dan misai tumbuh, atas izin ALLAH.

“Doktor yang merawat pun terkejut dengan apa yang terjadi. Kuasa ALLAH apa-apa pun boleh berlaku.

Pertambahan ketinggian itu menggembirakannya. Jika dahulu pada paras siku, kini Apih sudah paras dada rakan sekerja.

“Sampai sekarang saya masih bergayut dan nampak perubahan. Saya tidak ambil apa-apa suplemen untuk tinggi, hanya bergayut.

Perkongsian pemuda ini ternyata membuka mata dan kesedaran kepada masyarakat tentang JIA. Warga maya memberikan kata-kata semangat buat Apih dan berterima kasih atas perkongsiannya.

Apakah Penyakit JIA?

Di Malaysia, bilangan kanak-kanak yang menghidap penyakit Arthritis Idiopatik Juvana pada masa ini tidak diketahui tetapi di negara barat, ia secara amnya menjejaskan 1 dalam 1000 kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

Penyakit jenis arthritis kronik yang bermula pada usia kanak-kanak dan remaja di bawah umur 16 tahun ini seakan sama dengan arthritis rheumatoid pada orang dewasa tetapi bukan penyakit yang sama.

Dalam sistem imun yang sihat, badan kita melindungi kita daripada jangkitan (contohnya bakteria dan virus). Ia boleh membezakan antara bahagian badan kita yang tidak berbahaya, dan apa yang asing dan berpotensi berbahaya, yang kemudiannya akan dimusnahkan.

Bagi pesakit JIA, badan tersalah anggap bahawa sel sendi adalah asing dan oleh itu menyerangnya mengakibatkan keradangan sendi dan arthritis. Sebab itu JIA dianggap sebagai penyakit auto imun.

Punca sebenar tidak diketahui dan itulah sebabnya ia dipanggil ‘idiopatik’. Walau bagaimanapun, JIA :

  • Bukan disebabkan oleh jangkitan
  • Bukan disebabkan oleh makan makanan tertentu
  • Tidak berkaitan dengan peristiwa yang berlaku semasa kehamilan ibu
  • Tidak diwarisi

Penyakit Arthritis Idiopatik Juvana boleh menyebabkan sakit sendi atau kejang, mengganggu pertumbuhan, kecacatan sendi, radang mata dan boleh mengancam nyawa.

Sesetengah pesakitnya memerlukan alat bantuan khas seperti splin atau kerusi roda untuk bergerak. Selain itu, penyakit kronik ini juga mampu mengganggu persekolahan atau kehidupan sosial.

70 peratus daripada pesakit dapat mengawal penyakit berkenaan dalam tempoh dua tahun manakala 30 hingga 50 peratus pula boleh sembuh selepas lima tahun jika mendapatkan rawatan yang betul.

Tiktok Mini Apih

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kekurangan Vitamin D Punca Masalah Tulang Pada Anak. Ini Kepentingan Vitamin D Yang Ibu Ayah Patut Tahu!

Baca juga : Banyak Mitos Tentang Air Tulang Belakang Yang Ibu Ayah Takuti. Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Lumbar Puncture

Baca juga : Meletup-Letupkan Tulang Belakang Bahaya Untuk Kesihatan, Ini Kata Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pemuda Hidap Penyakit Arthritis Idiopatik Juvana, Hanya Setinggi 137 CM Dan Muka Keanak-Anakan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham