TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Banyak Mitos Tentang Air Tulang Belakang Yang Ibu Ayah Takuti. Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Lumbar Puncture

4 min bacaan
Banyak Mitos Tentang Air Tulang Belakang Yang Ibu Ayah Takuti. Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Lumbar Puncture

Ramai ibu ayah yang risau bila doktor nak ambil air tulang belakang anak untuk pemeriksaan. Ini yang ibu ayah patut tahu.

Boleh kata ramai sebenarnya ibu bapa yang takut bila doktor kata nak ambil air tulang belakang atau lumbar puncture pada anak kerana mendengar banyak mitos yang tidak baik berkenaan dengan proses ini pada kesihatan. Tapi adakah benar mitos yang diperkata-katakan itu?

Menurut sebuah entri yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Bel Nawhen yang mana seorang pelajar PhD dalam jurusan kejururawatan, menyatakan yang mana ramai ibu bapa yang percaya akan mitos tentang lumbar puncture.

Antara kata-kata yang sering menakut-nakutkan ibu bapa tentang perkara ini adalah “Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang, nanti anak lumpuh”, “jiran saya anak demam, ambil air tulang belakang, terus kaki lembik, jalan tempang”, “jangan bagi ambil air tulang belakang, air tulang belakang ini tiada ganti”.

Kata-kata inilah yang sering memomok-momokkan ibu bapa di luar sana. Boleh kata kebanyakkan mitos ini mengatakan yang prosedur lumbar puncture menjadi punca lumpuh dan kecacatan pada sesetengah individu atau kanak-kanak.

Pengambilan air tulang belakang atau lumbar puncture dilakukan bagi mengenal pasti penyakit pada otak dalam kalangan pesakit semua peringkat usia. Lumbar puncture juga mengambil kira untuk memilih bahagian hujung tulang belakang kerana di situ kawasan yang paling selamat dan jauh dari saraf tunjang. Kaedah tersebut adalah selamat untuk bayi baru lahir hinggalah kepada individu berusia.

Jadi, apakah sebenarnya air tulang belakang? Nama medikalnya adalah cerebro spinal fluid, merupakan cecair yang mengalir sepanjang sistem otak dan saraf tunjang. Jangan risau kerana pengambilan cecair ini tidak mengurangkan kandungannya di dalam otak atau badan pesakit kerana cecair berkenaan sentiasa dihasilkan secara semula jadi.

Jika seseorang itu mempunyai penyakit berkenaan dengan otak atau saraf tunjang, keadaan cecair ini adalah tidak normal. Bahkan, ibu ayah juga patut tahu yang mana doktor tidak akan membuat keputusan lumbar puncture dengan sewenang-wenangnya. Prosedur ini hanya akan dilakukan kepada pesakit tertentu selepas menimbangkan risiko serta kepentingannya.

Berikut adalah tujuan utama pengambilan air tulang belakang yang ibu ayah patut tahu:

  1. Untuk mengenal pasti jangkitan kuman di dalam otak yang dikenali sebagai meningitis atau encephalitis.
  2. Kedua-dua jangkitan di dalam otak ini adalah sangat bahaya dan harus dikenal pasti menerusi prosedur LP secepat mungkin.
  3. Jika jangkitan berada pada tahap serius dan lambat diberi rawatan, jangkitan boleh merebak dengan cepat dan berisiko meragut nyawa.
  4. Prosedur LP ini juga dilakukan bertujuan mengenal pasti sel barah di otak serta penyakit saraf seperti `Multiple Sclerosis’ atau `Guillain-Barre Syndrome’.

Melalui prosedur ini, doktor dapat mengenal pasti jenis kuman serta apakah penyakit serta antibiotik paling sesuai untuk melawan kuman berkenaan. Kaedah ini memudahkan doktor mengenal pasti jangkitan kuman dalam otak pesakit.

Menerusi perkongsian Bel Nawhen ini juga doktor atau pakar dalam bidang ini tidak akan membuat prosedur itu dengan sambil lewa. Jelasnya, kebiasaannya pesakit akan diberi ubat pelali bagi mengelak sebarang kesakitan dan pergerakan. Malah ia juga seperti prosedur pengambilan darah menggunakan jarum halus tanpa meninggalkan sebarang parut atau lubang sekalipun.

Banyak Mitos Tentang Air Tulang Belakang Yang Ibu Ayah Takuti. Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Lumbar Puncture

Bahkan, prosedur ini juga tidak mengambil masa yang lama. Sebelum prosedur ini berlangsung, pesakit akan dibaringkan secara mengiring, manakala kaki dan badannya akan dibengkokkan sedikit. Prosedur ini hanya dibenarkan untuk dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih atau pakar perubatan kerana ia membabitkan prosedur suntikan dengan memasukkan satu jarum halus di hujung tulang belakang.

Jarum tersebut juga tidak akan terkena pada tulang belakang mahupun saraf tunjang, hanya berada di kawasan cecair pada saraf tunjang sahaja. Pokok pangkalnya, segalanya, dari sebelum prosedur lagi ibu ayah akan diberikan pilihan di mana doktor akan menyarankan cara-cara untuk mengenal pasti penyakit yang dialami anak tersebut jika ada kebarangkalian tinggi yang ia berkenaan dengan penyakit otak atau saraf tunjang.

Bel Nawhen juga menegaskan yang mana tiada sebarang komplikasi dengan prosedur lumbar puncture seperti mana yang sesetengah orang perkatakan. Malah kesannya juga sangat minimum seperti kesan lebam pada tempat disuntik, sakit kepala sederhana, sakit pada tempat suntikan dan sedikit pendarahan.

Kecacatan atau lumpuh kekal yang didakwa ramai ibu bapa katakan adalah sebenarnya disebabkan penyakit serangan jangkitan otak yang serius dan lambat dirawat. Kalau nak tahu, prosedur ini kalau di sesetengah negara ia tidak memerlukan kebenaran waris pun kerana ia diperakui selamat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan kepada ibu ayah di luar sana berkenaan prosedur ini.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Facebook Bel Nawhen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Meletup-Letupkan Tulang Belakang Bahaya Untuk Kesihatan, Ini Kata Doktor

Baca juga: Lepas Bersalin Rasa Sakit Bila Bangun? Mungkin Anda Alami Patah Tulang Ekor!

Baca juga: Sakit Belakang Badan Selepas Bersalin/ Ketika Menyusu Jangan Dibiarkan, Ibu Cuba 8 Tips Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Banyak Mitos Tentang Air Tulang Belakang Yang Ibu Ayah Takuti. Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Lumbar Puncture
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham