X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Tak Perasan Tulang Ekor Patah Ketika Bersalin, Sebab Itulah Sakit Sampai Berminggu

4 min bacaan
Ramai Tak Perasan Tulang Ekor Patah Ketika Bersalin, Sebab Itulah Sakit Sampai BermingguRamai Tak Perasan Tulang Ekor Patah Ketika Bersalin, Sebab Itulah Sakit Sampai Berminggu

Bahaya sakit tulang ekor kesan selepas melahirkan bayi. Kebanyakan ibu mengaku berasa menderita kesakitan teramat sehingga memakan tempoh masa yang lama

Seorang wanita telah bertanyakan bahaya sakit tulang ekor kerana masalah yang dialaminya bermula setelah melahirkan anak secara normal. Kemudian, ia berlarutan sehingga beberapa minggu dan mengakibatkan ketidakselesaan untuk melakukan urusan seharian.

Sebenarnya kehamilan dan bersalin merupakan proses fisiologi normal. Wanita hamil serta melahirkan bayi tidak dianggap sebagai pesakit. Namun sekiranya dibiarkan, ia mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan diri.

Bahaya sakit tulang ekor bagi wanita bersalin 

sakit tulang ekor

credit to sources

Salah satu penyebab berlakunya sakit pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan zuriat. Ia dipanggil sebagai coccydynia dan kerap berlaku pada kelahiran normal melalui saluran faraj.

Tulang ekor terdiri daripada 5 tulang berbeza yang bercantum menjadi 2 atau 3 segmen. Ketika bersalin, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan dan memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling.

Tekanan ini turut boleh menyebabkan berlakunya pembengkakan serta koyakan tisu-tisu berkenaan. Jika tekanan terlalu kuat, ia juga mengakibatkan tulang coccyx menjadi terseliuh (dislocate) atau patah.

Kebanyakan wanita sedang menahan sakit kontraksi tidak akan perasan bahawa tulang coccyxnya patah. Hal ini kerana kesakitan ketika melahirkan adalah lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang ini.

Setelah beberapa hari, barulah anda merasai sakit bahagian hujung tulang belakang. Walau bagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx ini dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting patah.

Sekiranya anda mengandung anak bersaiz besar atau songsang, adalah lebih selamat menjalani pembedahan Caeserean kerana ia berpotensi menyebabkan tulang coccyx tercedera.

Adakalanya wanita hamil itu sendiri sudah memiliki keadaan tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh bergerak bagi memberikan laluan ketika bayi dilahirkan. 

Kesannya, tulang jadi mudah patah dan terseliuh apabila ibu meneran bayi keluar.

Tips bagi mengelakkan bahaya sakit tulang ekor

kesan sakit tulang belakang

credit to sources

Bagi wanita yang pernah mengalami pengalami tulang coccyx cedera hendaklah memaklumkannya kepada doktor menyambut kelahiran bayi agar masalah tidak bertambah teruk.

Kecederaan ini biasanya berlaku pada wanita berlebihan berat badan yang pernah jatuh dengan posisi duduk. Hentakan kuat menyebabkan tulang ini mengalami cedera. Kesakitan ini akan paling dirasai ketika anda ingin mengubah posisi, misalnya dari duduk dan bangun berdiri. 

Bagi merawat masalah ini, anda hendaklah:

#1. Berjumpa doktor

Dr. Zubaidi turut menasihatkan para wanita yang mengalami kesakitan tulang belakang akibat melahirkan anak segera berjumpa doktor. Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan bagi mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx.

Tidak ada banyak boleh dilakukan kecuali doktor memberikan ubat penahan sakit berbentuk tablet atau suntikan. Ibu hamil juga dinasihat untuk banyakkan berdoa supaya proses kehamilan berjalan dengan mudah.

#2. Berehat secukupnya

Selain mengambil ubat tahan sakit, anda juga perlu banyakkan berehat dan menuam ice pack pada kawasan belakang beberapa kali bagi mengurangkan sakit dan bengkak.

#3. Posisi ketika tidur

sakit tulang belakang

credit to sources

Ketika anda ingin melelapkan mata, posisi tidur yang sesuai ialah berbaring mengiring untuk mengurangkan tekanan pada punggung dan tulang coccyx. Jika anda berasa sakit ketika posisi duduk, boleh gunakan bantal berbentuk donut agar tulang ini tidak menekan lantai.

#4. Berendam dalam kolam atau tab mandi

Merendamkan tubuh badan dalam kolam air panas atau tab mandi boleh merehatkan bahagian otot pelvis yang melekat pada tulang coccyx. Sekiranya tidak ada, anda boleh sahaja berendam dalam besen (warm sitz bath) bagi memperoleh manfaat ini.

#5. Menjaga pemakanan

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Pesakit harus menjaga pemakanan bagi mengelakkan sembelit. Sembelit akan menyebabkan kesakitan lebih teruk pada tulang coccyx yang tercedera. Pastikan anda mengambil air dan makanan yang tinggi serat bagi mengelakkan masalah sukar membuang air besar.

Bagi kehamilan seterusnya, pesakit harus memberitahu doktor masalah yang dihadapi. Saya percaya doktor akan mencadangkan pembedahan Caeserean bagi mengelakkan kecederaan tulang coccyx berulang. Namun haruslah berbincang pro dan kontra sebelum memilih cara kelahiran berkenaan.

Sumber: Dr. Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ramai Tak Perasan Tulang Ekor Patah Ketika Bersalin, Sebab Itulah Sakit Sampai Berminggu
Kongsikan:
  • Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

    Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

  • Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

    Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

    Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

  • Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

    Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.