Anak Anda Berisiko Tulang Bermasalah, Lemah Jika Kekurangan Vitamin D!

Anak Anda Berisiko Tulang Bermasalah, Lemah Jika Kekurangan Vitamin D!

Untuk kekal sihat dan cergas kanak-kanak memerlukan vitamin. Jika mahu anak terus sihat, pastikan dia tidak kekurangan Vitamin D.

Badan kita memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa, ia termasuklah kanak-kanak. Jika mahu anak terus sihat, pastikan dia tidak mengalami kekurangan Vitamin D.

Kekurangan Vitamin D mungkin sering berlaku kepada diri sendiri atau anak kita, tetapi mungkin kita tidak sedar kerana ia tidak menunjukkan tanda yang ketara.

Disebabkan itu, adalah amat penting untuk memastikan anak anda tidak kekurangan vitamin D, yang sangat penting untuk tulang terutamanya.

Kekurangan vitamin D boleh buat lemah tulang

Perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari, mengenai kesan kekurangan vitamin D dalam badan anak boleh membuka mata kita semua bahawa pentingnya mendapatkan vitamin yang cukup dalam seharian.

Menerusi perkongsian doktor berkenaan katanya menurut kajian, kira-kira 80 peratus anak mudah di negara ini mengalami masalah kekurangan Vitamin D.

Katanya risiko tulang bermasalah, lemah dan mudah patah jadi meningkat bila vitamin D tidak cukup dalam badan anak kita.

Berikut adalah perkongsian doktor itu:

“Dah. Kita duduk je main kat sini kejap."

Kadang tu kalau sibuk sangat dan anak-anak duk terperap je kat dalam rumah, saya pulak jadi risau dan tak senang duduk.

Itu yang bila dah lapang je sikit, terus saya tarik dia orang keluar biar kena simbah dengan cahaya matahari.

Saya tak nak anak-anak saya jadi antara 80% anak muda kat negara ni yang ditemui mengalami masalah kekurangan vitamin D seperti yang didedahkan oleh pengkaji daripada UM.

Risiko tulang bermasalah, lemah dan mudah patah jadi meningkat bila vitamin ni tak cukup dalam badan anak kita.

Bukan tu je.

Baru-baru ni saya ada terbaca satu research yang diterbitkan oleh team Dr David Meltzer, dari Department of Medicine dekat University of Chicago.

Data yang  mereka kumpul rupa-rupanya menunjukkan bahawa sebahagian individu yang kurang terdedah pada cahaya matahari hingga mengalami masalah vitamin D deficiency ni lebih ramai yang terkena jangkitan Covid-19 dan jangkitan lain pada saluran pernafasan berbanding individu yang cukup vitamin D.

Sebab tu lah, ada masanya saya beria betul ‘paksa’ budak-budak ni pergi berlari dan melompat kat luar rumah.

Tak adalah lama mana pun sebenarnya.

Tempoh 5 - 10 minit pun dah cukup untuk kulit dia orang tu serap vitamin D daripada pancaran cahaya matahari.

Nanti tengok-tengokkan anak korang jugak ye. Kalau agak-agak dah lama terkurung dalam rumah, cepat-cepat terus ajak bawak anak-anak pergi berjemur kat luar.

Jangan biar anak terperap di rumah saja

Mereka yang terperap di rumah adalah antara golongan yang sering mengalami kekurangan Vitamin D. Justeru itu, rajin-rajinlah bawa anak anda keluar ya.

Bagi dia kena matahari yang sangat penting untuk kesihatan tulangnya. Menurut doktor berkenaan, tak lama mana pun sebenarnya. 5 hingga 10 minit pun cukup, asalkan dia tak terperuk saja di rumah.

#1. Ikan salmon, tuna

kekurangan vitamin D

Selain itu beberapa ikan juga menjadi sumber vitamin D yang sangat baik, diantaranya makarel, salmon, dan tuna.

100 gram salmon dan makarel mengandung 91 peratus  Vitamin D yang diperlukan tubuh.  dari vitamin D harian yang dibutuhkan tubuh.

#2. Cendawan

kekurangan vitamin D

Antara penyumbang sumber vitamin D yang terbaik adalah cendawan. Cendawan ketika terkena sinar matahari akan mudah tumbuh. Kemampuannya untuk proses sintesis vitamin itu dapat meningkatkan nilai Vitamin D yang terkandung di dalamnya.

Cendawan butang adalah yang paling banyak mengandungi sumber utama vitamin D.

#3. Susu

Susu mentah diperkara dengan vitamin D. Minum segelas susu akan membantu memberikan 24 peratus Vitamin D yang diperlukan tubuh badan.

#4. Telur

Sumber lain vitamin D adalah telur terutama telur kuning yang menjadi sumber utama Vitamin D.

#5. Jus oren

Jus oren juga mengandungi kandungan vitamin D yang baik untuk tubuh badan. Makan buah oren setiap pagi akan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin D.

#6. Oats

Oats adalah contoh makanan yang kaya dengan vitamin D. Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi antara makanan wajib bagi ramai orang terutama yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan.

#7. Udang

kekurangan vitamin D

Udang memiliki kandungan tinggi asid lemak omega 3 dan vitamin D. Makan udang baik untuk tulang sekaligus mengurangkan keradangan dan kolestrol dalam badan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: tribunnews, Ahmad Luqman Bukhari

Kredit foto : sumber

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner