Setelah menjadi ibu ayah, anda akan melalui setiap fasa perkembangan anak yang hadir bersama cabaran. Antara salah satu cabaran yang biasa dihadapi adalah anak enggan makan, cerewet makan atau picky eater. Sebenarnya ada beberapa resepi untuk anak picky eater yang boleh ibu cuba.
Tidak dinafikan bahawa menghadapi anak yang tidak menunjukkan minat terhadap makanan boleh menguji kesabaran. Namun jangan risau, dengan resipi dan strategi yang betul, anda boleh menjadikan waktu makan adalah pengalaman menggembirakan buat si manja.
Dalam artikel ini kami kongsikan beberapa resepi anak picky eater yang berkhasiat dan menarik untuk memikat selera si manja.
Resepi Untuk Anak Picky Eater
Apa Itu Picky Eater
Picky eater atau cerewet makan adalah merujuk pada kanak-kanak yang mempunyai pilihan makanan yang sangat terhad atau sukar untuk menerima pelbagai makanan.
Biasanya anak picky eater juga enggan mencuba makanan baharu atau hanya menerima sejumlah kecil jenis makanan tertentu. Keadaan ini boleh menjadi punca kekecewaan ibu ayah yang cuba memberikan makanan seimbang dan berkhasiat kepada anak-anak mereka.
Masalah picky eater ini sering terjadi pada kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun. Tingkah laku anak memilih makanan hanya bersifat sementara dan boleh berubah dari semasa ke semasa apabila kanak-kanak membesar.
Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa bukan tugas ibu ayah untuk menentukan anak picky eater ataupun tidak. Ia memerlukan diagnosis pakar dan bukan self diagnose terutamanya bagi anak berusia 2 tahun ke bawah. Kerana kebanyakan anak hanyalah moody eater.
Berikut beberapa idea resepi untuk anak picky eater yang boleh ibu cuba:
#1. Spagheti Aglio Olio
Bahan-bahan:
- Spageti
- Bawang Putih- potong dadu, halus
- Bawang Merah-potong dadu, halus
- Udang, Sotong
- Chicken Feet Stock
- Cendawan
Cara Memasak:
- Rebus spageti sehingga lembut.
- Tumis bawang putih dan merah . Masukkan udang, sotong dan chicken feet stock. Tambahkan cendawan.
- Kacau sebati dan letak sesudu susu full cream / fresh milk. Masukkan spageti dan kacau. Siap!
#2. Keropok Lekor Spagheti
- Spageti
- 1 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- 1 biji telur
- Tepung Ubi
- Tepung Gandum
Cara Memasak:
- Rebus spageti hingga lembut.
- Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, telur dan spageti hingga halus. Jangan tambah air nanti lembik.
- Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambah sedikit tepung ubi dan gandum supaya kenyal.
- Uli dan bentukkan. Rebus dalam air yang menggelegak sehingga masak. Toskan
- Dah sejuk boleh goreng. Rasanya sedap dan lebih kurang keropok lekor ikan juga.
#3. Chicken Chop
Cara penyediaan:
- Ayam: Perap ayam dengan bawang putih, bawang besar, mixed herbs dan serbuk ikan bilis. Kemudian salut ayam dengan tepung jagung dan jagung kisar. Goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
- Sayur: Kukus macam biasa. Taburkan sedikit lada hitam dan serbuk bawang putih
- Kentang putar: Rebus hingga empuk. Lenyekkan dan tambah unsalted butter, susu segar atau susu formula, sedikit lada hitam dan siap.
#4. Cekodok Nasi Berkeju
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Satukan kesemua bahan. Tambah tepung gandum unbleache dan air.
- Gaul sebati dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.
#5. Fish Rice Ball
Bahan-bahan:
- Nasi
- Labu
- Isi ikan goreng
- Sayur sawi
- Daun sup
- Telur
Cara memasak:
- Satukan kesemua bahan kecuali telur dan bulat-bulatkan.
- Bila nak goreng, celur dalam telur. Jika anak alergik telur, ibu boleh guna bancuhan tepung sebagai salutan
- Simpan dalam peti sejuk sekejap sebelum digoreng bagi memastikan rice ball tidak berderai bila digoreng.
Tips: Masukkan sama ada kentang, keledek, zucchini ataupun labu dalam adunan. Ia bertindak sebagai ejen pelekat supaya rice ball cantik bila bentuk bulat dan tak berderai masa digoreng.
#6. Potato Fries Homemade
Bahan-bahan:
- kentang
- tepung jagung
- tepung beras
- serbuk kari
- serbuk lada sulah ( jika nak letak)
Cara memasak
- Rebus kentang hingga separa empuk. Angkat dan toskan.
- Apabila telah tos, letak tepung, serbuk kari dan lada sulah. Gaul-gaul manja tanpa perlu letak air.
- Goreng dengan minyak yang banyak hingga masak kekuningan.
#7. Scones Kranberi, Kurma dan Kismis
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum unbleached *
- 1 kiub unsalted butter *
- 1 sudu teh baking powder *
- 2 biji kurma (potong kecil) *
- Dried cranberry (potong kecil) *
- kismis (potong kecil) *
- 1 sudu susu tepung full cream fernleaf *
- +-70ml air (suhu biasa)
- kuning telur (untuk salutan)
Cara memasak:
- Satukan kesemua bahan yang bertanda. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga mendapat tekstur tidak melekat di tangan.
- Bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
- Panaskan ketuhar 10 minit awal dahulu. Kemudian baru bakar scones dengan suhu 190 selama 10 minit.
- Keluarkan. Sapu kuning telur di atas permukaan scones.
- Bakar lagi dengan suhu 5 minit dan siap!
#8. Pizza Roti Meatball
Bahan-bahan:
- Roti
- Pes tomato (dicairkan)
- Meatball
- Slice cheese beqa
- Parmesan cheese
Cara memasak:
- Gril homemade meatball hingga masak. Ketepikan
- Susu roti di atas tray. Sapu dengan pes tomato yang terlebih dahulu dicairkan.
- Susun meatball. Letak slice cheese dan parmesan.
- Bakar dengan suhu 180 sehingga 15 minit.
#9. Cheesy Beef Egg Tart
Bahan-bahan:
- bebawang
- daging kisar (brand gold saudi)
- pes tomato
- tomato cincang kasar
- bunga kubis
- telur
- roti
- serbuk lada putih
- mixed herbs
- slice cheese beqa
- parmesan cheese
Cara memasak:
- Tumis bebawang bersama pes tomato hingga kekuningan. masukkan daging kisar, bunga kubis dan masukkan air. apabila daging mulai masak, masukkan tomato. Gaul-gaul lebih kurang, tabur mixed herbs dan matikan api. Ketepikan. (sos ala-ala bolognese)
- Lenyekkan roti dan potong bahagian tepi. Tekapkan ke dalam muffin tray.
- Pukul telur bersama lada putih. Masukkan daging kisar yang telah ditumis tadi, diikuti dengan telur.
- Tabur slice cheese, parmesan dan mixed herbs.
- Bakar dengan suhu 180 selama 25 minit atau mengikut kesesuai oven masing-masing.
#10. Crunchy Garlic Bread Bites
Bahan-bahan:
- Roti
- Bawang putih (sagat halus) *
- unsalted butted (defrostkan tanpa ada ketul²) *
- mixed herbs *
- serbuk lada sulah *
Cara memasal:
- Satukan bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati.
- Ssetelah itu sapukan di atas roti secara sekata.
- Bakar dengan suhu 150 selama 10minit.
- Setelah itu keluarkan roti dan potong² ikut saiz yang anda gemari. Siap!
#11. Roti Telur Cheese Bungkus
Bahan-bahan:
- Roti
- Beqa slice cheese
- Telur
- Mixed herbs
- Serbuk bawang putih
- Serbuk lada hitam
Cara memasak:
- Panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak atau unsalted butter.
- Masukkan telur dan ratakan seperti membuat telur dada
- Letak roti dan tambahkan beqa cheese slice
- Tindankan lagi dengan sekeping roti di atas slice cheese tersebut
- Bungkus roti dan siap.
#12. Roti Poket Doraemon
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Untuk roti: Lenyekkan roti. Tindankan dua keping roti dan tekap dengan kuat hingga dapat bentuk bulat.
- Gorengkan roti hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Apabila telah sejuk, boleh potong di tengah-tengah untuk jadikan poket.
- Untuk inti: Tumiskan bebawang hingga naik bau. Masukkan CFS dan carrot. Tunggu hingga carrot lembut. Masukkan tomato dan telur.
- Kacau seperti nak buat telur hancur. Masukkan pula sawi dan daun sup. Tambah sedikit serbuk lada hitam dan matikan api.
- Ambil semula roti yang terbentuk menjadi poket tadi dan sumbatkan inti ke dalam roti tersebut. Siap!
#13. Potato Fritters
Bahan-bahan:
- 1 biji kentang besar (sagat atau potong²)
- 3 sudu makan tepung gandum unbleached
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 biji telur
- ikan bilis (tumbuk halus)
- lada sulah
- daun bawang
- air secukupnya
Cara memasak:
- Satukan kesemua bahan. Tuang air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair
- Goreng dengan minyak banyak hingga kekuningan.
#14. Oat Banana Cupcake
Bahan-bahan:
- 2 cawan oat
- 1 cawan fresh milk
- 5 biji buah pisang lemak manis dilenyek
- 3 biji pisang dipotong bulat comel
- Beberapa biji kismis ikut suka hati
- Cheese parut
- Bekas untuk cupcake
Cara memasak:
- Lenyek pisang, masukkan oat dan gaul. Kemudian masukkan fresh milk gaul sebentar. Biarkan dalam 2-5minit. Last sekali taburkan kismis dan gaul rata
- Masukkan adunan sesudu besar ke dalam cupcake, ratakan dan letakkan pisang yang dipotong tadi atasnya. Jangan lupa tabur cheese.
#15. Salmon Nugget
Cara penyediaan:
- Rebus sekejap salmon bersama halia. Tujuan untuk hilangkan hanyir.
- Kukus sekejap jagung dan carrot.
- Masukkan ikan, jagung, carrot dan cheddar cheese blend sebati.
- Tambah unbleached flour sedikit sahaja dan gaul rata.sedia untuk digoreng.siap!
Nota: Jika nak simpan untuk frozen, kukus sekejap dan potong ikut citarasa. Nak makan tinggal goreng sahaja
#16. Sup Ayam
Cara penyediaan:
- Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan air, cbs dan carrot. Didihkan sekejap.
- Masukkan ayam, labu dan kale. Tunggu sehingga masak. Siap!
#17. Sup Tofu Jagung
Cara memasak:
- Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan air dan CFS (chicken feet stock).
- Masukkan jagung dan saleri.Masak sekejap. Masukkan pak choy dan telur yang dikacau hancur ke dalam sup.
- Akhir sekali masukkan tofu (kakak goreng sekejap tofu before letak dalam sup). Siap!
Tips Naikkan Selera Makan Anak
1. Waktu Minum Susu
- Pastikan (jika anak masih minum susu botol) minum susu 2 jam sebelum/selepas makan
- Jika waktu minum susu terlalu dekat dengan waktu makan anak akan masih penuh dengan susu dan tidak akan ada selera untuk makan
2. Berikan Buah Sebagai Pembuka Selera
- Pembuka selera adalah makanan yang diambil awal awal untuk membantu naikkam selera makan. Ia selalu dalam bentuk sesuatu yang manis tapi bagi anak anak elok bagi buah, sesuatu yang manis tapi berkhasiat.
- Tak perlu banyak, hanya sepotong kecil sudah mencukupi.
3. Sediakan Menu Banyak Warna Dan Bentuk
- Kalau atas pinggan nasi putih sup kosong anak anak akan kurang excited untuk makan. Cuba letak atas pinggan ada nasi, ada oren dari lobak merah, ada kuning dari kentang dan merah dari ayam masak merah. Wow banyak warna anak pun menarik
- Jika makanan dibuat pelbagai bentuk pun bagus juga. Contoh sandwhich potong segi empat/segi tiga atau kalau ada pembentuk biskut (cookie cutter) boleh buat pelbagai bentuk lain
4. Guna Pinggan Saiz Kecil (Lagi Baik Jika Ada Kartun Dan Warna)
- Jika guna pinggan saiz dewasa, anak akan melihat banyaknya makanan yang perlu dihabiskan. Tapi bila tukar ke pinggan yang kecil dan menarik kepada mereka, ini kuantiti yang boleh dihabiskan dan lebih bersemangat untuk makan.
5. Tiada Gajet Ketika Makan
- No Ipad, no phone, no tv
- Bercakap dengan anak, gelak dengan anak jangan biar anak makan seorang seorang di meja. Lagi ramai lagi best anak. Sedar tak sedar dah habis makan, mungkin akan bertambah lagi.
6. Cuba Jenis Karbo Yang Lain
- Kalau anak kurang makan nasi, offer carbs lain. Contohnya kentang, oats, gandum buat cucur, roti buatkan sandwich dengan pelbagai sayuran warna warni dan sebagainya.
Kesimpulannya apabila mencuba resepi untuk anak picky eater, adalah penting untuk memberi perhatian kepada pelbagai makanan yang menarik dan berkhasiat, sambil mempertimbangkan pilihan kanak-kanak itu.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Kesilapan Ibu Ayah Yang Mungkin Buat Anak Jadi Memilih Makanan Atau Picky Eater!
Baca juga: Kembar Eusoff & Emelia Suka Makan, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 10 Tips Elak Anak Picky Eater
Baca juga: Anak Makan Ikut Mood Bukannya Picky Eater, Ibu Wajib Tahu Bezakan Perkara Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!