TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Resepi Pisang Goreng Rangup Tahan Lama, Guna 3 Jenis Pisang Yang Sedap Dibuat Goreng

5 min bacaan
Resepi Pisang Goreng Rangup Tahan Lama, Guna 3 Jenis Pisang Yang Sedap Dibuat Goreng

Pisang goreng rangup sedap dimakan panas-panas, tetapi ada cara membuat bancuhan tepung yang betul supaya kekal rangup walaupun sejuk

Selalu kalau beli pisang goreng di gerai tepi jalanan, mesti rasa goreng pisang rangup dan sedap, tetapi kenapa kalau buat sendiri selalu tak menjadi?

Sebenarnya, kerangupan pisang goreng bergantung kepada bancuhan tepungnya. Jika dibancuh dengan betul, hasilnya sedap dan rangup ditambah pulak dengan lambakan serdak yang kruk-kruk sehingga tak berhenti makan dibuatnya. 

Nak makan begitu sahaja tanpa cicah sambal kicap pun sedap.

Isi Kandungan

  • Jenis-jenis pisang 
  • Cara buat tepung goreng pisang
  • Resepi pisang goreng yang rangup dan sedap

Jenis-jenis pisang 

Pisang adalah antara buah-buahan yang paling digemari ramai termasuklah kanak-kanak. Bukan sahaja murah, malah ia senang didapati di mana-mana tempat.

Terdapat banyak jenis pisang yang boleh ditemui di pasaran, tetapi tidak semua sesuai untuk dibuat goreng. 

Berikut merupakan jenis-jenis pisang yang sesuai untuk goreng:

1. Pisang abu atau nipah

Pisang nipah atau pisang abu merupakan jenis pisang yang paling banyak digunakan peniaga. Rasanya yang tidak kelat dan manis berlemak menjadikan ia sedap dimakan tanpa jemu.

Tidak hairanlah rata-rata peniaga lebih memilih jenis pisang ini berbanding dengan yang lain. 

2. Pisang awak

Pisang awak merupakan jenis pisang yang berbiji. Ia mempunyai rasa kelat dan tidak sesuai dibuat untuk dimakan mentah. Sebab itu, ia biasanya dibuat goreng apabila ia sudah masak sepenuhnya. 

3. Pisang tanduk

Satu lagi jenis pisang pilihan peniaga adalah pisang tanduk. Ia memiliki saiz yang besar dan isinya lebih padat. Jika anda perasan, pisang tanduk mempunyai bentuk seakan-akan tanduk sebab itulah namanya sedemikian.

Pisang jenis ini lebih sesuai dimasak berbanding makan begitu sahaja. Untuk dibuat goreng, pisang tanduk perlu dipotong serong sebelum dimasak kerana lebih cepat masak dan sedap.

Cara buat tepung goreng pisang

Sebelum mula menggoreng, kami kongsikan sedikit tips supaya cantik warnanya dan rangup berjam-jam serta tak liat dimakan walaupun dah sejuk.

Bancuhan tepung goreng pisang pula biasanya diperbuat dari campuran pelbagai jenis tepung seperti tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. Malah ada juga campuran serbuk kunyit, air kapur dan majerin untuk menjadikan goreng pisang rangup dari biasa. 

Antara tips yang boleh diguna pakai:

  • Untuk bancuhan tepung goreng pisang, boleh ganti pewarna kuning dengan serbuk kunyit, tapi kunyit akan bertukar merah kalau campur dengan kapur makan.
  • Bancuhan perlu cair tapi masih melekat jika dicelup dengan senduk atau jari.
  • Jika bancuhan agak cair, tambah sedikit tepung untuk bagi adunan jadi pekat. Namun jika sebaliknya, tambahkan sedikit air supaya bancuhan sekata elok.
  • Semasa goreng pisang, kawal api supaya tidak terlalu panas takut pisang perang dan tak sempat garing. Jangan pula terlalu perlahan takut minyak tak sempat panas dan minyak serap ke dalam tepung.
  • Jangan kerap mengalihkan masa awal menggoreng, takut salutan tepung goreng pisang tertanggal dan tidak melekat. Biarkan seketika sebelum diterbalikkan.

Asalnya, goreng pisang rangup hanya dimakan begitu sahaja tanpa sebarang ‘topping’ istimewa. Namun, kini kudapan ringan ‘favourite’ ramai telah divariasikan dengan pelbagai tambahan perisa baru seperti pisang goreng cheese, susu, coklat dan sebagainya. 

Resepi pisang goreng yang rangup dan sedap

pisang goreng

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil air kapur
  • 1-2 sudu besar majerin panas
  • Atau ¼ cawan minyak masak panas
  • Air secukupnya
  • Pisang secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1½ sudu besar bijan (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian. Boleh guna jenis pisang Abu atau pisang Awak. Untuk pisang tanduk, potong menyerong. Ketepikan. 
  2. Masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning ikut pilihan dalam satu mangkuk besar.
  3. Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul rata.
  4. Panaskan dan cairkan majerin. Majerin boleh diganti dengan minyak masak tapi panaskan terlebih dahulu.
  5. Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.
  6. Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.
  7. Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.
  8. Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng pisang.
  9. Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan.
  10. Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak.

Goreng pisang bukanlah hidangan yang biasa-biasa sahaja. Memakan dua pisang sahaja boleh menambahkan tenaga dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Selain kaya dengan pelbagai sumber seperti vitamin C, protein dan kalium, sesiapa yang mengalami masalah sembelit atau sedang berdiet pun boleh mengambil pisang dalam diet pemakanan harian untuk melawaskan sistem penghadaman dan menurunkan berat badan.

Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Pisang Goreng Rangup Tahan Lama, Guna 3 Jenis Pisang Yang Sedap Dibuat Goreng
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham