Kuih talam adalah salah satu jenis kuih tradisional kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kalau nama lainnya, ia dipanggil talam gula merah. Ia mempunyai dua bahagian penyediaan untuk menghasilnya iaitu lapisan gula merah di bahagian bawah dan atasnya lapisan santan dengan rasa lemak masin sedikit.
Untuk mereka yang mengidam atau menginginkan kuih tepung talam untuk hidangan minum petang di rumah, mungkin boleh cuba resepi mudah dan sedap daripada Che Nom ini.
Yang menariknya, hanya guna sukatan cawan sahaja!
Bahan-bahan Kuih Talam:
- Bahan-bahan lapisan gula merah:
- 3 cawan / 710 ml air
- 1 cawan / 240g gula merah
- 1/2 cawan / 100g gula pasir
- 2 cawan / 240g tepung gandum
- 2 sb / 16g tepung ubi
- 1 sudu besar air kapur
- Bahan-bahan lapisan santan:
- 3 cawan / 710ml santan
- 1 cawan / 115g tepung beras
- 2 1/2 sudu besar / 20g tepung gandum
- 1-2 sudu teh garam
- 1 sudu besar / 16g gula pasir
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk lapisan gula merah:
- Bancuh gula merah dan gula putih dengan air panas. Kacau sehingga larut.
- Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Kacau sebati.
- Dalam mangkuk yang berasingan (kecil) bancuh kapur makan dengan sedikit air dan kacau sebati.
- Masukkan air kapur ke dalam adunan gula merah. Kacau sampai semua larut.
- Gris loyang (9 x 9 inci) dengan minyak dan alas dengan plastik.
- Tapis dan tuang masuk adunan kedalam loyang.
- Tutup loyang dengan aluminium foil (untuk elak wap menitik) dan kukus 20-30 minit.
- Cara-cara untuk lapisan santan:
- Masukkan santan, tapung beras, tepung gandum dan gula pasir dalam mangkuk. Kacau sebati.
- Masukkan garam untuk naikkan rasa lemak (boleh tambah kalau kurang masin).
- Tapis adunan santan.
- Bila lapisan gula merah dan masak, keluarkan loyang dan lorek sikit permukaan lapisan gula merah dengan garfu.
- Tuang adunan santan atas lapisan gula merah.
- Sambung kukus 30 minit.
- Tunggu biar wap naik dan permukaan kering anggaran 10 minit.
- Sejukkan tepung talam sebelum potong.
Tip tambahan untuk penyediaan kuih talam:
- Untuk yang sukat tepung dengan sukatan cawan, pastikan gembur dulu tepung sebelum sukat untuk dapatkan berat yang tepat. Kalau tak adunan akan padat sangat sebab terlebih tepung.
- Kacau dulu adunan adunan gula merah sebelum tuang kedalam loyang takut tepung mendap.
- Semasa kukus, tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak wap menitik kedalam loyang.
- Boleh jugak masak (sampai naik wap) dulu adunan santan sebelum kukus untuk dapatkan permukaan yang lincin di bahagian atas (cara peniaga).
- Untuk senang potong, gunakan pisau plastik dan sapu sedikit minyak untuk elakkan pisau melekat.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Dalam Pantang, Ibu Tidak Rasa Sakit Atau Gatal
Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan
Baca juga: Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!