X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Serunding Halia Ikan Bilis, Bagus Untuk Ibu Berpantang & Bantu Banyakkan Susu Badan

4 min bacaan
Serunding Halia Ikan Bilis, Bagus Untuk Ibu Berpantang & Bantu Banyakkan Susu Badan

Serunding halia yang dijual dalam pasaran dengan harga berbeza. Bagi menjimatkan poket para ibu dan dapat lebih banyak, apa kata anda buat sendiri di rumah

Kebanyakan ibu sering mengadu tidak berselera untuk makan selepas bersalin. Namun jika anda atau pasangan kreatif mempelbagaikan hidangan, pastinya perkara ini tidak akan berlaku. Justeru, kami berkongsikan resepi mudah iaitu serunding halia kerana ia mampu membantu menaikkan selera dan mempunyai pelbagai khasiat ketika berpantang.

Kebosanan melalui proses berpantang adalah mungkin kerana menu terlalu simple dan ada segelintir ibu sudah berani melanggar pantang walaupun baru memasuki hari ke-20. 

Resipi serunding halia ikan bilis mudah dan sedap

resipi serunding halia

Tidak dinafikan, pelbagai makanan dalam pantang sudah dijual dalam pasaran. Namun apa yang membezakannya adalah rasa dan kuantiti dalam setiap botol. Jika ibu semak, harganya pula agak mahal mencecah RM15 untuk saiz yang kecil.

Untuk menjimatkan poket, ikuti sahaja resipi serunding halia ini kerana buat sendiri lebih sedap dan kebersihan terjamin!

Serunding halia ikan bilis ini adalah memang lain daripada yang lain. Proses memasaknya juga amat mudah. Perkara paling penting adalah anda boleh meletakkan kuantiti halia sebanyak mana dimahukan supaya dapat memanaskan tubuh badan dan mengeluarkan angin.

Bahan-bahan

  • Halia tua ditumbuk halus atau disagat
  • Sedikit bawang putih (ditumbuk bersama halia atau dihiris)
  • Ikan bilis (dibersihkan)
  • Sedikit garam dan perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

  1. Perah halia yang ditumbuk untuk mengeluarkan air. Anda perlu mengambil hampasnya sahaja.

serunding halia ikan bilis

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak dengan api yang besar. Masukkan halia dan goreng sehingga garing.

cara mudah serunding halia

  1. Angkat dan toskan minyak.
  2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Tumbuk ikan bilis sehingga hancur atau separuh hancur mengikut citarasa anda.

serunding halia untuk berpantang

  1. Tabur garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng. Masukkan ikan bilis tumbuk dan gaul sehingga ia rata.
  2. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap udara untuk jadikannya lebih tahan lama.

Info chef:

  • Kuantiti sukatan bagi setiap bahan bergantung kemahuan masing-masing.
  • Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, anda boleh tambahkan sedikit bawang putih goreng.

Khasiat halia untuk ibu berpantang

Halia adalah rempah berakar yang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Ia memiliki rasa yang sedikit pedas, ‘letar’ dan membangkitkan aura lebih segar. Jika makan secara terus, ibu mungkin rasa kurang selesa.

Namun jangan pandang rendah khasiat halia ini, kerana ia memiliki pelbagai khasiat kepada ibu berpantang iaitu:

#1. Meningkatkan sistem ketahanan tubuh

Halia membantu memperbaiki sistem imunisasi dalam tubuh badan. Sekiranya anda mengamalkan hirisan halia setiap hari, ia membantu melindungi diri daripada pelbagai penyakit.

Bukan itu sahaja, ia turut berkesan untuk menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri dengan baik.

#2. Mengurangkan sakit kepala

Kebiasaannya, kepala jadi mudah sakit kerana kehadiran angin yang banyak di dalam tubuh. Justeru, untuk melegakannya anda boleh mengunyah sedikit halia mentah atau rebus di dalam air dan kemudian hidup wap yang terhasil.

Selain itu, ibu boleh cuba menggunakan halia kering dalam bentuk serbuk yang dicampurkan sedikit air dan sapukan ke bahagian dahi bagi membantu menghilangkan rasa sakit kepala.

#3. Melancarkan proses pencernaan

Pengambilan halia menggalakkan pundi hempu untuk merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’ yang merangsang penghadaman.

Bukan itu sahaja, ia turut dipercayai dapat melegakan kekejangan perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastristis. Selain makan halia segar, ibu boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

Sebenarnya bukan ibu berpantang sahaja disarankan untuk mengamalkan makan halia, seisi keluarga juga sesuai kerana ia amat baik untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit. 

Ia turut membantu menjadi penyedap makanan. Anda boleh cuba makan halia yang dimasak bersama nasi panas atau hidang sup.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Kredit foto: Ceritera Ibu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Baca juga: Resepi Berpantang 44 Hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Selain Haruan, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Serunding Halia Ikan Bilis, Bagus Untuk Ibu Berpantang & Bantu Banyakkan Susu Badan
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham