Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Jadikan kisah bapa ini sebagai teladan untuk kita sama-sama menjaga kurniaan dan rezeki yang satu ini iaitu 'anak'. Bahkan, tiada apa yang lebih berharga melainkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi lumrah ibu bapa menyesal marah anak kerana tak dapat mengawal emosi ketika itu. Inilah yang diluahkan oleh seorang bapa yang menyesal marah anak sulungnya. 

Anda pernah tak menyesal marah anak? Bila kali terakhir anda marah anak dan kemudian anak menyesal? Selepas memarahi anak, adakah dia menangis, berwajah masam atau merajuk?

Pelbagai sebab seorang bapa atau ibu memarahi anaknya. Terutama bila anak semakin meningkat dewasa, pasti pelbagai karenah dan ragam mereka harus ditempuhi. Kenakalan anak-anak juga membuatkan ibu bapa hilang sabar, kemudian mulalah tangan dan mulut bergerak seiring. Tapi selepas itu, timbul rasa menyesal marah anak! 

Namun begitu, apabila anda terlalu kerap memarahi anak, emosi dan tingkah laku mereka akan terganggu. Bahkan ia boleh dibawa hingga ke besar. Mereka tak akan lupa apa yang anda marahkan.

Sebab itu, dalam menjaga anak kecil ini, ibu bapa harus meningkatkan ilmu keibubapaan dan perlu banyak bersabar ketika melayan kerenah anak. Tidaklah nanti anda akan menyesal marah anak. 

Hayati apa yang terjadi pada seorang bapa bernama Fitrah Ilhami ini. Dia menyesal marah anak sulungnya. Ikuti luahan rasa kecewa dan sedihnya itu dalam entri kali ini. 

Kredit: Pexels

Ada satu saat, aku dan isteri mula rasa hilang sabar menguruskan anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semalam, anak sulung aku buat hal tak mahu tidur hingga pukul 11 malam. Sedangkan badanku terlalu letih kerana seharian bekerja dan perlu mendapatkan rehat yang cukup. Tambah pula esok ada hal penting yang harus aku buat. 

Apatah lagi sekarang ini, air selalu saja tak ada. Ini membuatkan isteriku bertambah kerja kerana perlu menadah air hingga lewat malam.

Bahkan pada hari ketiga, kami terpaksa ke rumah orang tua kami untuk mandi dan basuh pakaian. 

Sesudah bangun untuk bersolat subuh. Menjadi rutinku untuk menguruskan dua orang anak. Itu tak termasuk lagi bab-bab urusan kerja. Sebab itu aku semakin penat dan perlukan rehat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyesal marah anak yang menguji kesabaran 

Kredit: Pixabay

Ketika sedang beristirehat, anak sulung aku seolah-olah ingin menguji kesabaran. Ada saja yang dia minta. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula-mula dia nak susu. Kemudian, dia minta untuk buang air kecil. Aku fikir mungkin dia akan tidur selepas itu. Tapi jangkaan aku meleset! Bahkan dia lagi sibuk bermain di ruang tamu. Selepas beberapa minit, dia datang ke bilik tidurku dan membentak. 

“Nak kencing!” 

Lantas aku bangun dan bawanya ke tandas. Isteriku pula sibuk menidurkan si kecil kerana kerap terbangun apabila terdengar suara kakaknya. 

Selepas buang air kecil, aku dukungkan anak sulungku dan berusaha untuk buat dia tidur. Tapi sekali lagi, ketika adiknya ingin terlelap, si kakak teriak minta susu. Pastinya, si kecil terbangun dan menangis sekali lagi. 

“Awak tidur di luar sajalah abang, nanti adik bangun lagi. Kakak, janganlah bising, adik nak tidur,” kata isteriku. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nak susu,” katanya lagi.

Nantilah, tunggu adik tidur. Penatlah ibu kalau macam ini. Kemudian, aku bangun membuat susu untuk anak sulungku. 

Aku berpesan kepadanya, ini susu yang terakhir, kemudian tidur. Aku pun sudah penat dan sangat perlukan rehat. 

Menyesal marah anak yang sering berteriak hingga ganggu tidur adik 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Namun selepas beberapa minit, ketika aku hampir terlelap, aku terdengar anakku kembali menjerit “Ibu, cicak, ibu cicak”.

Mendengar saja suara itu, si kecil terus terbangun dan menangis. Isteriku bangun dengan wajah marah lantas membawa si kakak keluar dari bilik. Aku mengikutnya dari belakang. 

“Kakak tidur di luar, bising saja dari tadi sampai adik susah nak tidur dengar suara kakak,” Aku faham, isteriku sudah semakin penat layan karenah anak kami. 

Selepas dimarahi oleh ibunya, aku lihat dia bergenang air mata, bibir pula bergetar menahan tangis. Kemudian dia melihatku semacam ingin mengadu. Namun, akibat terlalu letih, aku turut memarahi si kakak. 

“Kan ayah cakap tidur, tapi kakak degilkan? Pastu terjerit-jerit sampai adik pun susah nak tidur. Minum susu sudah, buang air kecil sudah. Jadi nak apa lagi??”

Air mata kakak semakin bertakung. 

Kemudian, dia masuk ke dalam bilik sambil berkata, “itu ayah ada cicak dekat dinding, dia macam merayap!” 

Anakku yang sulung memang begitu, bila nampak cicak dia akan tunjukkan pada kami sambil bernyanyi dan mengira. 

Dia mula mengira berapa ekor cicak yang ada, “satu, dua, tiga” 

Mungkin ketika tadi dia nak cakap ada cicak dan dia nak kira berapa ekor cicak supaya kami memujinya yang sudah pandai mengira. Tapi akibat terlalu letih, kami tak sedar malah memarahinya pula. 

Seketika, ku peluk si kakak dan dukungnya. Dia terus menangis di bajuku. Ayah…cicak..cicak di dinding, dia merayap. Dia bernyanyi sambil menangis. 

Lantas ku usap-usap rambut lembutnya dan menepuk punggungnya supaya mudah tertidur. 

Kini, aku rasa menyesal marah anak sulungku. Terasa diri ini tidak pandai menangani sikap si kakak.

Sepatutnya pada usianya itu, dia memerlukan perhatian dari kami. Malah dia terpaska membahagi kasih sayang dengan adiknya. 

Ketika di usianya, sepatutnya kami yang lebih memahami tindakannya itu, bukan marah-marah padanya. 

Timbul rasa menyesal marah anak 

Kredit: Pexels

Menurut isteriku, anak sulung kami sering bertanya di mana aku berada. Dia faham aku sibuk bekerja untuk mencari wang dan rezeki buat keluarga. 

Apabila dia mendengar bunyi motorku masuk ke halaman rumah, dia akan berlari ke luar rumah untuk menyambut kepulanganku. Kini aku rasa menyesal marah anak kami. 

Lantas ku cium pipi dan meminta maaf daripadanya. Isteriku juga bangun dan memeluk puteri sulung kami. 

****

Bagaimana dengan anda? Pernah tak rasa menyesal marah anak? 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Baca juga: Anak Tak Henti Menangis, Ibu Ini Hilang Sabar & Mengaku Lekatkan Pita Pada Mulutnya