Setiap ibu bapa pasti ingin membesarkan anak-anak yang yakin, penuh rasa ingin tahu dan sentiasa bersedia untuk berdepan cabaran harian dengan bersemangat dan bertenaga. Zaman kanak-kanak sememangnya tempoh anak-anak meneroka pelbagai kebolehan baharu dan bertanya pelbagai soalan, dan momen-momen ini dibina berasaskan penjagaan harian, rutin dan nutrisi.
Sepanjang kanak-kanak membesar, badan mereka menjadi semakin aktif dan minda pula semakin peka. Jadi, menyokong kekuatan fizikal dan daya fokus mental mereka memainkan peranan dalam membantu mereka melalui hari-hari yang menyeronokkan, dan membesar dengan penuh keyakinan.
Kepentingan Nutrisi Harian Dalam Fasa Tumbesaran
Kanak-kanak melalui proses perkembangan fizikal dan mental yang pantas di peringkat prasekolah dan awal persekolahan. Mereka memerlukan sokongan nutrisi harian yang konsisten untuk membantu mereka mengekalkan tenaga, fokus dan kesediaan untuk belajar.
Nutrisi utama seperti kalsium, fosforus, dan vitamin D membantu menyokong tulang dan gigi yang kuat. DHA, ARA, dan inositol bekerjasama sebagai sebahagian daripada sokongan nutrisi harian untuk perkembangan otak, prestasi pembelajaran, dan hubungan saraf otak yang sihat.
Kolina, nutrisi penting yang sering diabaikan, menyokong fungsi kognitif dan daya fokus mental semasa kanak-kanak meneroka, belajar, dan membesar. Sementara itu, GOS dan 5 nukleotida menyokong pencernaan harian dan keseimbangan nutrisi secara keseluruhan, di mana nukleotida juga membantu menyokong imuniti, bersama-sama dengan 21 vitamin dan mineral penting.
Membekalkan nutrisi ini sebagai sebahagian daripada rutin harian anak adalah pilihan mudah yang menyokong tubuh dan minda mereka.
Menyokong Tubuh yang Aktif Untuk Keyakinan Setiap Hari
Kanak-kanak suka bergerak. Berlari, melompat, dan bermain adalah sebahagian daripada proses pembesaran. Kanak-kanak memerlukan nutrisi yang membantu mengekalkan kekuatan dan stamina sepanjang hari untuk menyokong aktiviti-aktiviti ini.
Kalsium dan fosforus bekerjasama untuk menyokong struktur tulang, sementara vitamin D membantu penyerapan kalsium. Dengan pengambilan harian yang konsisten, anak-anak mendapat sokongan yang lebih baik untuk kekal aktif, yakin, dan lebih giat melakukan pelbagai aktiviti harian.
Sokongan Harian Untuk Menggalakkan Perkembangan Minda yang Ingin Tahu
Rasa ingin tahu adalah cara kanak-kanak belajar tentang dunia di sekeliling mereka. Sama ada fokus di dalam kelas, mempelajari perkataan baharu, atau menemui minat baharu, penglibatan mental adalah sebahagian daripada pertumbuhan harian.
DHA, ARA, Inositol, dan kolina termasuk dalam nutrien yang diperlukan untuk menyokong nutrisi harian bagi fungsi otak, fokus, serta mengawal kognisi, tingkah laku, mood, dan prestasi pembelajaran. Apabila nutrien ini disertakan secara konsisten dalam pemakanan harian, ia membantu menyokong kanak-kanak untuk kekal ingin tahu, memberikan perhatian, dan bersemangat untuk belajar.
Komitmen Morinaga Terhadap Nutrisi yang Diyakini
Dengan lebih 100 tahun kepakaran nutrisi dari Jepun, Morinaga dikenali dengan ketepatan, penjagaan, dan komitmen terhadap kualiti. Produknya dihasilkan mengikut standard kualiti Kesatuan Eropah (EU) dan melalui Proses Pemeriksaan Berganda yang ketat. Produknya dihasilkan dan dibungkus di Belanda di bawah piawaian EU yang ketat, diperiksa sepenuhnya di Belanda semasa pengeluaran, kemudian menjalani pemeriksaan kedua di Jepun sebelum sampai ke Malaysia – bagi memastikan tahap keselamatan dan nutrisi yang tinggi. Ini melambangkan dedikasi Morinaga terhadap keselamatan, konsistensi dan keyakinan. Morinaga telah menjadi nama yang dipercayai di pasaran Malaysia sejak tahun 1968.
Morinaga terus membantu keluarga-keluarga dengan nutrisi yang dirumus khas untuk tahap-tahap tumbesaran kanak-kanak yang berbeza, berpandukan nilai-nilai keikhlasan, kejujuran dan kebaikan menyeluruh. Inilah sebabnya Morinaga dikenali sebagai Nutrisi yang Dipercayai Untuk Kanak-Kanak Membesar.
Layari https://morinagamilk.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan standard kualiti Morinaga.
Daripada Membina Asas Yang Kukuh Kepada Menyokong “Tahun Keemasan” Tumbesaran
Setiap kanak-kanak melalui fasa tumbesaran yang berbeza-beza, dan setiap fasa ini memerlukan nutrisi yang berlainan.
Morinaga Chil-kid Step-3 dirumus untuk kanak-kanak lebih kecil yang masih membina asas yang kukuh. Fasa ini lebih fokus kepada menyokong pembinaan imuniti, otak, mata dan perkembangan usus, bagi membantu mereka melangkah ke fasa seterusnya. Ianya menyokong pembelajaran awal, pencernaan dan ketahanan harian ketika kanak-kanak bergerak lebih aktif dan bersifat ingin tahu.
Keperluan nutrisi kanak-kanak berubah mengikut fasa tumbesaran mereka. Di sinilah Morinaga Chil-kid Step 4 mampu melengkapkan nutrisi yang diperlukan.
Memperkenalkan Morinaga Chil-kid Step 4
Dirumuskan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 9 tahun, Morinaga Chil-kid Step 4 dibangunkan berdasarkan formula Chil-kid Step 3, namun dipertingkatkan lagi untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang sedang membesar.
Ia menyokong kanak-kanak semasa “tahun keemasan” mereka untuk pembinaan tulang, pembelajaran, dan pertumbuhan keseluruhan. Di fasa inilah kanak-kanak lebih aktif secara fizikal, lebih terlibat secara mental, dan lebih berdikari, sama ada di prasekolah atau di awal alam persekolahan.
Ringkasan Morinaga Chil-kid Step 4:
- Sasaran: Kanak-kanak berumur 3 hingga 9 tahun.
- Fokus: Tenaga aktif dan stamina berterusan untuk kanak-kanak yang membesar.
Diformulasi tinggi dengan
-
- Kalsium dan Fosforus – menyokong tulang dan gigi yang kuat
- Vitamin D – membantu penyerapan kalsium
- DHA dan ARA – menyokong perkembangan otak dan prestasi pembelajaran
- Kolina – menyokong fungsi kognitif dan daya fokus
- Protein – menyokong tumbesaran dan aktiviti harian
Saranan Pengambilan
Dua gelas sehari untuk memenuhi keperluan harian anak anda.
Pilihan Harian yang Mudah Untuk Seisi Keluarga
Rutin harian keluarga yang sibuk boleh merumitkan pengambilan nutrisi yang lengkap. Memilih nutrisi yang dipercayai dan sesuai dengan umur anak membantu ibu bapa berasa yakin bahawa anak-anak mendapat nutrisi yang secukupnya setiap hari.
Berbekalkan nutrisi harian yang konsisten, kanak-kanak mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk membesar dengan lebih kuat di samping membina minda dengan rasa ingin tahu yang tinggi, lantas lebih yakin untuk berdepan apa jua cabaran setiap hari.
Cara Mudah Untuk Menyokong Tumbesaran Anak Anda Setiap Hari
Morinaga Chil-kid Step 4 menjadikan pengambilan nutrisi harian si manja anda lebih mudah. Hanya dua gelas sehari membantu memberikan nutrisi penting untuk menyokong badan yang kuat dan minda yang penuh rasa ingin tahu.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan pek percubaan Morinaga Chil-kid Step 4 (700g) dengan harga RM20 sahaja di https://trial-pack.morinagamilk.com.my/ atau beli di mana-mana farmasi,pasar raya, atau kedai bayi berhampiran anda, dan juga di laman web Mori2u : https://www.mori2u.com/
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon pek percubaan Morinaga Chil-kid Langkah 4 (700g) pada harga RM20 sahaja, layari laman web rasmi mereka.