Menyusu Badan Sangat Susah - Apa Perlu Saya Buat?

Menyusu badan sangat susah, sampaikan saya rasa mahu berputus asa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi susu badan pada si manja 

Ada sesetengah ibu dapat menyesuaikan diri mereka dengan baik untuk menyusukan anak, tanpa mengalami sebarang masalah.

Tetapi ada juga di kalangan mereka yang terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat menguasai teknik menyusu badan yang betul.

Dan, ada juga yang berterusan mengalami masalah dan kesukaran untuk menyusukan si kecil mereka.

Jika anda berasa seperti putus harapan, ketahuilah anda tidak berseorangan!

Kaitan:

8 Cara Untuk Meningkatkan Susu Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa perlu saya buat jika saya mengalami masalah menyusukan bayi

Jangan berputus asa sehinggalah anda telah mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi atau penyokong amalan penyusuan di luar sana.

Source: Beautifulbreastfeeding.com

Pakar-pakar ini boleh melihat dan memantau cara anda menyusukan bayi dan membuat beberapa saranan untuk anda memperbaiki keadaan atau cara penyusuan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan penyusuan badan memerlukan sedikit latihan. Berikan diri anda tempoh masa selama mungkin untuk terus berlatih dan menguasai teknik menyusukan bayi.

Teruskan mencuba dan yakinkan diri sendiri yang kemahiran penyusuan anda akan bertambah baik.

Kami pasti, sebaik sahaja bayi anda mula masuk enam minggu, anda tidak akan lagi mengalami masalah menyusukan bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda seorang ibu baru, ketahui juga tip dan panduan penyusuan yang kami ada kongsikan dalam artikel di bawah ini. Sabar. Mari kita belajar sama-sama, okay?

Kaitan:

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan ini telah dibawakan oleh The Breastfeeding Experts Website, disokong oleh Philips AVENT.

Sumber: The Asian Parent Singapore

Baca juga:

24 Sebab Kenapa Anda Patut Menyusukan Bayi Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor