Ibu Ini Masih Menyusu Walaupun Terlantar Di ICU Dengan Kegagalan Hati

Betapa mulia pengorbanan ibu ini yang masih menyusu badan anak kembar pramatangnya walaupun diri beliau sendiri terlantar parah di ICU. Bolehkah ibu menyusu ketika sakit?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar ibu yang sedang mengepam susu badan walaupun terlantar parah di ICU ini telah viral di kalangan ibu-ibu menyusu baru-baru ini.

Gambar ini dimuat naik ke Breast Feeding Mama Talk oleh abang wanita tersebut.

Ia bertujuan untuk memuji dan memberi semangat kepada adiknya.

Ikuti kisah menyayat hati ini.

Menyusu walaupun ketika sakit di ICU

Gambar seorang ibu yang masih menyusu walaupun sakit terlantar di ICU telah tular di Facebook selepas ia dimuat naik. Sumber: The Breast Feeding Mama Talk

Abang wanita terbabit dalam sebak menceritakan pengorbanan adiknya seperti di bawah:

“Saya ingin menceritakan pengorbanan adik perempuan saya yang sedang berada di ICU selepas melahirkan anak kembar pramatang 26 minggu disebabkan sindrom HELLP.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun hatinya telah gagal hingga perlukan pemindahan, dia masih tekad untuk menyusukan kedua-dua anaknya dengan mengepam susu ibu.

Salah satu daripada bayinya kini berada dalam keadaan kritikal.

Saya berdoa semoga ketiga-tiga mereka akan selamat.”

“Saya tahu menyusu tak mudah baginya lepas semua yang berlaku.”

Ibu ini tekad untuk menyusu walaupun ketika sakit

“Walaupun secara fizikal ia sangat sukar, tapi dia masih bertekad untuk mengepam dan akan melakukannya dengan bantuan orang lain.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Inilah adik saya yang sedang mengepam dengan pertolongan saya. Terdapat 4 tiub IV pada badannya dengan ubat yang berbeza, serta tiub-tiub lain.

Dia juga telah menolak ubat tahan sakit untuk mencuba memastikan susu yang dipam tak terjejas dan selamat untuk kembar micropremienya.

Dia sungguh mengagumkan. Tolong doakan keselamatan adik saya dan kedua-dua anak kembar lelakinya sambil mereka berjuang keras untuk hidup!”

Anda boleh melihat original post tersebut seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

www.facebook.com/bfmamatalk/photos/a.471668436214912.96317.411182815596808/1487641794617566/?type=3

Bolehkah ibu sakit menyusu?

Ibu jarang perlu berhenti menyusu apabila mereka sakit.

Anda hanya akan disarankan untuk berhenti menyusu apabila menghidap penyakit yang sangat serius dan berjangkit seperti HIV dan HTLV-1 (Lawrence & Lawrence 2001).

Apabila ibu sakit biasa seperti selesema, sakit tekak, sakit perut, demam, mastitis, dan sebagainya, ibu tersebut masih digalakkan untuk terus menyusukan anak. 

Ibu menyusu cuma perlu mengingatkan doktor untuk memberi ubat-ubatan yang tak akan menjejaskan susu badan dan selamat untuk bayi.

Susu ibu tidak akan menyebarkan penyakit kepada bayi. Sebaliknya ia mempunyai antibodi khusus untuk penyakit yang dialami oleh ibu tersebut dan boleh membantu mencegah bayi dari sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang berhenti menyusu hanya akan meningkatkan kemungkinan bayi untuk jatuh sakit, dan menghalang bayi itu dari mendapatkan nutrien serta antibodi yang terbaik untuknya. Sumber gambar: Pixabay

Bahkan ibu dengan keracunan makanan juga masih boleh menyusu!

Selagi gejala keracunan makanan hanya menjejaskan sistem pencernaan ibu (muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut), dan ia tak akan membahayakan bayi.

Tapi, jika keracunan makanan itu melibatkan bakteria yang telah masuk ke dalam aliran darah ibu, maka penyusuan bayi perlu dihentikan

Bolehkah ibu dengan sindrom HELLP masih menyusu?

Sudah tentu boleh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sindrom HELLP adalah sejenis komplikasi kehamilan yang boleh mengancam nyawa dan biasanya dianggap sebagai variasi preeklamsia. 

Sindrom ini biasanya berlaku semasa kehamilan, atau kadang-kadang selepas melahirkan anak. 

Ia bukan penyakit berjangkit, maka adalah selamat untuk menyusukan anak, terutamanya jika anak dilahirkan pra-matang. 

Ibu yang berhenti menyusu hanya akan meningkatkan kemungkinan bayi untuk jatuh sakit dan menghalang bayi itu dari mendapatkan nutrien serta antibodi yang terbaik untuknya.

Betapa mulianya pengorbanan seorang ibu…

Kami di theAsianparent mendoakan yang terbaik untuk ibu mulia ini. Semoga beliau kembali pulih dengan segera dan Tuhan melindungi ketiga-tiga nyawa insan ini.

Sumber: Breast Feeding Mama Talk dan Kelly Mom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius

Penulis

Rosanna Chio