Keluar Cairan Lendir Daripada Telinga Bayi, Ibu Tersedar Rupanya Salah Posisi Menyusu

Menyusui anak hendaklah mengikut posisi betul. Seorang ibu berkongsi kisah bayinya mengalami jangkitan telinga selepas menyusu secara baring

Menyusui anak ada teknik dan posisi yang betul. Tersalah cara, boleh mengundang kejadian tidak diingini.  Itu yang dialami oleh seorang ibu.

Dia menceritakan detik keluarnya cairan lendir daripada telinga anak selepas memberikan susu badan dengan kedudukan yang salah. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tersalah posisi menyusui anak hingga berlaku jangkitan dalam telinga
  • Doktor nasihatkan kedudukan menyusukan anak yang betul, ibu kena pastikan kepala bayi lebih tinggi

Perkongsian ini dimuat naik menerusi video oleh ibu berasal dari Indonesia pada akaun TikTok @jennyferonica 21. 

Tersalah posisi menyusui anak hingga berlaku jangkitan dalam telinga

menyusukan bayi

Memulakan kisahnya, ibu tersebut memberitahu, badan anaknya terlalu panas dan keesokan harinya, suhu kemudian menurun.

Bagaimanapun lain pula berlaku apabila keluar cairan seperti lendiran hingus daripada telinga anaknya.

Sambil menunjukkan gambar putik kapas, wanita itu memaklumkan dia menggunakannya bagi membersihkan cairan yang keluar di bahagian telinga bayi tersebut.

Wanita itu juga menjelaskan, dia dan suami telah membawa anak mereka berjumpa doktor serta diberikan ubat. Cairan yang keluar daripada telinga bayi itu berlaku sewaktu suhu badannya panas.

Doktor nasihatkan kedudukan menyusukan anak yang betul, ibu kena pastikan kepala bayi lebih tinggi

menyusukan bayi

Menyambung kisahnya, ibu tersebut dan suaminya berasa bimbang sekiranya keadaan anak mereka bertambah parah. Akhirnya, mereka berdua membawa bayi tersebut bertemu doktor yang lain.

Doktor tersebut kemudian bertanya kepada ibu itu tentang posisi menyusukan anak sewaktu malam dan dimaklumkan, dia hanya menyusu sambil berguling.

Susulan itu, doktor itu memberitahu posisi itu penyebab kepada cairan lendiran yang keluar daripada telinga anaknya.

“Ini penyebabnya, seharusnya kalau mahu memberikan susu sambil baring, posisi kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badan dan boleh menggunakan bantal.

“Boleh jadi dia tersedak seterusnya, air susu masuk ke telinga dan jadi jangkitan kepada telinga,” jelas doktor tersebut seperti diceritakan wanita ini.

Kisah diceritakan ibu ini boleh diambil iktibar kepada ibu-ibu yang lain terutama baru pertama kali dikurniakan zuriat. Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu dalam penyusuan bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

Baca juga: Sakitnya Bengkak Susu! Tips Untuk Ibu Yang Ingin Menyusukan Bayi

Baca juga: Bolehkah Saya Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam? Bagaimana Caranya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!