Ada yang berpendapat bahawa ia tidak wajib untuk ibu yang sedang menyusukan bayi untuk berpuasa. Sebenarnya, ibu menyusu (begitu juga dengan ibu hamil) mempunyai kelonggaran untuk berbuka jika keadaan memaksa. Tapi perlukah ganti puasa bagi ibu menyusu?
Ia dipanggil ruksah puasa, dimana jika kesihatan anak atau kesihatan ibu itu sendiri mungkin terjejas, maka ibu tersebut tidak perlu berpuasa. Tetapi ibu tersebut perlulah ganti puasa kemudian hari.
- Ibu yang memberi susu tambahan, kerana anaknya memang sudah minum susu formula.
- Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
Perlu atau tidak untuk ganti puasa ibu menyusu?
Jika bayi itu masih kecil (kurang daripada 6 bulan) dan masih bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, maka ibu itu tidak perlu berpuasa. Namun perlu ganti puasa bagi ibu menyusu.
Jika bayi tersebut sudah mencapai usia lebih daripada 1 tahun, sudah makan makanan pejal dan cuma minum susu ibunya beberapa kali sehari, maka ibu itu mungkin tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk berpuasa.
Bolehkah berpuasa membahayakan bayi saya?
Badan ibu menyusu akan menyesuaikan diri mengikut perubahan dalam diet agar lebih cekap menggunakan kalori dan mengekalkan pengeluaran susu badan.
Kajian ke atas susu ibu yang berpuasa menunjukkan perubahan yang sedikit saja dari segi jumlah dan komposisi. Tetapi perubahan ini hanya berlaku apabilia ibu itu telah berpuasa lebih daripada 24 jam. Ini adalah mengapa ia adalah penting bagi ibu menyusu untuk bersahur.
Kandungan lemak susu ibu tidak akan berubah semasa berpuasa kerana badan ibu akan menggunakan lemak simpanan ibu itu sendiri. Ibu bapa perlulah peka dan memberi perhatian kepada sebarang tanda-tanda atau perubahan dalam kesihatan bayi mereka.
Tanda-tanda bayi yang tidak mendapatkan susu yang mencukupi termasuk: menangis dengan berterusan, lampin basah yang kurang, najis kehijauan, dan penurunan berat badan bayi.
Bolehkah ia membahayakan ibu menyusu?
Ibu menyusu boleh berpuasa semasa Ramadhan, tetapi pastikan diri sihat dan bayi mendapatkan bekalan susu yang mencukupi. Walaubagaimanapun, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, mereka perlu peka kepada tanda-tanda di bawah kerana mereka mungkin boleh dehidrasi. Dan jika tertinggal puasa, maka perlulah ganti puasa bagi ibu menyusu.
- berat badan menurun > 1kg seminggu
- rasa sangat dahaga
- air kencing yang berbau atau berwarna gelap
- rasa pitam atau pening atau mengantuk walaupun anda telah tidur
- sering sakit kepala
Jika ibu menyusu mengalami tanda-tanda ini, kemungkinan besar ibu itu perlu berhenti berpuasa.
Kebanyakan ibu menyusu berasa letih dan lesu ketika berpuasa bukan kerana kurang makan tapi kurang air dalam badan. Minum air di waktu malam, letakkan satu botol air 1.5L di sebelah tempat tidur dan ingat untuk minum semasa menyusukan anak.
Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5 liter hingga 2 liter. Kurangkan air bergula dan elakkan air yang bercaffeine, air kelapa pilihan yang lebih baik untuk badan.
Tips-tips untuk ibu menyusu pada bulan Ramadhan
Ibu menyusu boleh mengambil multivitamin dan makanan tambahan pelbagai mineral. Elakkan diri dari tekanan dan berbuka puasa dengan makanan yang sihat. Pastikan anda mendapatkan protein yang mencukupi untuk kesihatan bayi anda.
Makan makanan karbohidrat yang melepaskan tenaga secara perlahan-lahan seperti bijirin, tepung merah, beras GI rendah dan buah-buahan kering yang lain. Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya apabila anda tidak berpuasa dan jangan terlepas sahur.
Setiap kali sahur, pastikan anda minum segelas susu dan beberapa biji buah kurma. Percayalah ia dapat menyumbangkan tenaga sepanjang hari.
Malah lebih elok jika kurma direndam dalam air semalaman, dan minum airnya keesokan pagi ketika sahur. Ia juga dikatakan mampu memberi tenaga untuk ibu hamil.
Makanan lain seperti oat juga berupaya membuatkan tubuh anda lebih sihat dan cergas. Jauh perbandingannya dengan nasi yang bagi sesetengah orang boleh jadi senang lapar bila sahur nasi.
Sumber: Dr. Naomi Mirza, Pakar Perubatan di maya.com.bd, Diari Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu