9 kecederaan masa menyusu anak, no #9 tu sakitnya... hanya ibu akan faham!
Menyusukan anak adalah masa untuk merapatkan diri dengan anak, tapi ada juga masa yang menyakitkan hingga mendatangkan kecederaan semasa menyusukan anak.
Menyusukan anak sudah tentu merupakan saat yang membahagiakan, lebih-lebih lagi saat memeluk si kecil ini semasa menyusu. Tapi, ada juga masanya menyusu anak ini menyakitkan.
Apabila menyusu badan, kita terdedah untuk mendapat mastitis dan saluran susu tersumbat.
Tapi, bukan itu saja, anda pasti pernah mengalami beberapa kecederaan lain semasa menyusukan anak seperti 9 kecederaan ini.
9 kecederaan semasa menyusukan anak – hanya ibu akan faham
1. Anak gigit puting
Bila si kecil gatal gusi masa nak tumbuh gigi, puting kita pula jadi mangsanya nak legakan rasa gatal tu.
Kalau dah tumbuh gigi pula, dia gigit dan tarik puting macam makan pizza! Ya Tuhan…. Nasib baiklah sayang…
2. Puting rasa terbakar
Kalau masa anak baru lahir, memang sakit betul rasa puting ni sebab asyik menyusu je setiap dua jam. Itu belum lagi kalau puting luka atau berdarah.
3. Pukul muka semasa menyusu
Tak cukup tangan main gosok puting sampai melecet, dia pukul pula muka kita! Lagi-lagi kalau dia gengam tangan masa memukul. Sakitnya Ya Allah…
4. Tangan masuk dalam mulut
Tangan pun dia nak masukkan dalam mulut kita. Bukan setakat masuk siap nak jolok-jolok gusi kita. Memang sakit betul. Kalau tak bagi, nangis pula!
5. Sakit mata
Mana tak sakitnya, sebab si kecil ni baru nak belajar gunakan jari mereka, habis mata kita dicucuknya. Tak cukup dengan itu, mata kita pun nak dicakarnya (nasib dah potong kuku)!
6. Sakit tangan
Hisap susu sampai tertidur, tangan kita ni dah jadi macam bantal mereka pula. Kalau gerak nanti nangis, terpaksalah tahan lenguh tangan.
7. Sandwich payudara
Ini pula bila mereka cuba rapatkan payudara kita sebab nak hisap kedua-dua puting serentak. Kalau orang lain nampak rasa comel je. Tapi, sakit dia!
8. Tak menyempat
Bila anak kita hisap puting sebelum kita sempat buka baju. Sakitnya! Pakar sendiri belum tahu lagi kenapa payudara rasa sakit bila anak buat macam ni.
9. Puting melecet
Bila anak asyik gosok puting sampai melecet. Nak tegah pun dah tak larat.
Macam-macam kerenah bila kita menyusukan anak kan? Tapi dia bukan faham kalau kita sakit, nak marah pun tak boleh. Anda pernah rasa yang mana satu? Jom kongsi pengalaman menyusukan anak.
Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia
Baca juga:
6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama