Menyusukan Menyusukan Bayi, Ibu Perlu Kental

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat adek perempuan saya yang akan melahirkan bayi pertamanya tak lama lagi dijangka pada Januari 2023, setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga. Setelah pelbagai usaha dan ikhtiar. Doa juga tak pernah putus. Akhirnya usaha adek dan suaminya membuahkan hasil. Syukur Alhamdulillah.

Mahu menyusukan sepenuh masa katanya. Sebagai kakak dan ibu beranak 4 dan mempunyai anak berumur 2 tahun hingga 16 tahun, pastinya saya juga teruja untuk menyambut kelahiran anak saudara baru nanti. Lebih lebih lagi bila adek bersungguh sungguh ingin mendengar pengalaman saya sendiri menyusukan anak.

Perjalanan menyusukan bayi bermula sejak kehamilan lagi. Menitikberatkan penjagaan kebersihan dan membersihkan payudara dgn air suam setiap kali mandi supaya rongga rongga rongga mudah terbuka untuk penyusuan kali pertama nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan bermula sejak hari kelahiran bayi. Di sinilah bermulanya kesabaran dan semangat yang tinggi. Teringat ketika saya menyusukan anak yang pertama. Sangat memeritkan. Tiada pengalaman. Di usia muda, kurang kesabaran. Mudah saja nak putus asa. Oleh kerana alasan ingin menjimatkan perbelanjaan, saya tekadkan hati. Dua minggu pertama penyusuan, luka yang memeritkan ketika bayi menyusu kadangkala sehingga melecet dan berdarah.

Ketika bayi tidur, saya akan mulakan mengepam susu. Apabila bayi bangun dari tidur, saya boleh mengambil masa untuk berehat dan merehatkan diri. Memberi ruang untuk luka di payudara sembuh dan kering sedikit sebelum meneruskan penyusuan seterusnya. Krim luka penyusuan juga membantu melegakan pada waktu ini.Waktu ini memerlukan kerjasama suami yang akan mengambil alih tugas menyusukan bayi dengan susu yang telah dipam. Leganya bila dapat lelapkan mata sebentar. Tempoh 2 minggu pertama penyusuan ini sangat memerlukan kekuatan mental dan emosi bagi saya. Ramai yang beralih ke susu formula kerana luka di payudara yang sangat memeritkan. Saya masih menangis pada kelahiran bayi yang ke empat. Penyusuan susu formula adalah pilihan. Ia juga ada kebaikan tersendiri untuk menjamin pertumbuhan dan pembesaran bayi. Terpulang kepada ibu bapa untuk membuat pilihan terbaik untuk bayi tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya dalam tempoh dua minggu, luka di payudara telah kering dan ini lah waktunya seperti melepasi level sukar yang pertama. Waktu ini perjalan penyusuan saya mula berjalan dengan lancar sekali dan ia berterusan dengan proses penyimpanan stok susu yang dipam. Bakal ibu boleh rujuk teknik penyusuan dan cara penyimpanan susu dari KKM. Sangat membantu dan memudahkan urusan bagi surirumah dan ibu yang bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui proses penyusuan yang lancar umpama menerima trophi kemenangan bagi saya. Sangat berpuas hati dan bersyukur. Bermula dengan niat untuk mengurangkan perbelanjaan suami, ia menjadi hikmah terindah apabila melihat bayi membesar sihat dan aktif hasil dari kesabaran melalui keperitan pada awalnya. Doakan adek saya selamat melahirkan bayi yang sihat Januari 2023 nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan