Lepas Bersalin, Ibu Ini Jilat Bayinya! Apa Kebaikan Perbuatan Aneh Ini?
Sungguh tak sangka ada seorang ibu ini menjilat bayi baru lahirnya yang masih penuh darah dan lendir. Apa manfaatnya ya?
Menjilat bayi sebagai tips merawat bayi baru lahir – Benarkan ada kebaikan?
Pernah tak anda dengan satu tip merawat bayi baru lahir dengan menjilat wajah si kecil itu? Ha… dengar macam aneh, kan?
Tapi ya! Perbuatan ini ada di mana ibu yang baru bersalin akan menjilat bayi yang masih penuh lendir. Kenapa berbuat demikian? Apakah ini sebahagian dari merawat bayi baru lahir yang terbukti berkesan?
Kebiasaannya, ibu yang baru melalui proses bersalin hanya sekadar mencium dan mendakap mesra tubuh si kecil itu. Namun ia berbeza dengan ibu yang satu ini.
“Kenapa dia menjilat bayinya? Boleh ke jilat bayi baru lahir? Apa manfaat menjilat bayi baru lahir?”
Ibu tersebut bernama Catia dari Salvador, Brazil. Dia memiliki naluri ibu yang berbeza dengan ibu lain kerana setelah melahirkan bayi lelakinya yang diberi nama Kirone, dia terus menjilat bayinya itu.
Apa yang dilakukan ini viral dan peristiwa itu diabadikan oleh juru gambar Lady Siqueira yang berjaya merakam momen indah itu.
Melihat perilaku ini ia seolah-olah mengingatkan kita bagaimana perbuatan ibu haiwan kerana sebahagian besar haiwan suka menjilat anaknya. Contohnya kucing.
Bagaimana pula dengan manusia? Adakah menjilat itu salah satu cara merawat bayi baru lahir?
Budaya Tibet dan Eskimo (Inuit) masih mengikuti tradisi menjilat bayi ini.
Pakar Kesihatan Ibu Bersalin, Flor Cruz mengatakan menjilat anak sebenarnya respon semula jadi yang dapat bantu ibu menjalin ikatan batin dengan bayi baru lahir untuk pertama kali.
Dia menambah, haiwan sering kali menjilat dan membersihkan anak mereka setelah dilahirkan. Ini dilakukan kerana beberapa alasan:
- Menghilangkan bau pada tubuh anak, mengusir pemangsa dan mencerna bakteria supaya dapat meningkatkan antibodi anaknya ketika menyusu.
- Alasan lain adalah ikatan atau bonding dengan bayi dalam proses menuju kehidupan luar rahim.
Bahkan, sebahagian manusia turut terdorong untuk menjilat tapi menahan perasaan itu dan meluahkannya dengan cara mencium dan mendakap si kecil saja.
Namun, tak mustahil jika ada ibu memiliki dorongan kuat untuk menjilat bayi mereka yang baru lahir dan ia adalah kemahuan fisiologi, perasaan cinta dan kasih serta memastikan bayi selamat.
Kenapa kebanyakan ibu tak menjilat bayi baru lahir?
Ketika Flor Cruz mengemukakan pandangan di laman sosial, ramai ibu yang memberi respon turut memiliki naluri sama untuk “menjilat bayi” selepas bersalin.
Menurut ahli saraf Alex Korb, menjilat bayi baru lahir adalah umum dan menawarkan banyak manfaat.
Tulisannya dalam Psychology Today mengatakan, ibu menjilat bayi dapat melepaskan neurotransmitter yang disebut oksitosin yang memperkuatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Selain itu, ia juga akan mengurangkan stres.
Manakala Ahli Biologi di Universiti Louisville pula menjelaskan, kelakuan itu berhubung dengan kesihatan seperti menyingkirkan bakteria atau virus di permukaan kulit.
Malah, boleh jadi ia adalah sistem pengenalan antara ibu dan anak. Selain itu, ia mungkin berkait dengan perkembangan fizikal tubuh manusia sebab itu ada ibu yang melahirkan berbuat sedemikian pada bayi mereka.
Namun begitu, kita ada banyak cara lain untuk mendapatkan manfaat yang sama selain menjilat bayi.
Info extra: 9 cara menyambut baru baru lahir secara Islam
- Mengazankan bayi (biasanya dilakukan ayah atau datuk/saudara lelaki)
- Sujud syukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana isteri selamat bersalin
- Hebahkan berita gembira itu kepada keluarga, saudara mara dan sahabat baik.
- Melakukan tahnik dengan memasukkan makanan manis seperti kurma ke dalam mulut bayi.
- Memberi nama anak dengan maksud yang baik
- Sunat mencukur rambut bayi setelah tujuh hari kelahirannya.
- Melaksanakan ibadah akikah iaitu dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan.
- Berkhatan untuk anak lelaki namun terpulang pada anda untuk melakukannya pada bila-bila masa yang sesuai.
- Berdoa untuk perlindungan anak supaya jauh dari godaan syaitan dan lain-lain.
Untuk itu, apakah pandangan anda tentang menjilat bayi baru lahir ini? Relevan ke untuk masyarakat di Asia? Kongsikan pandangan anda di ruangan bawah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ibu Doakan & Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga: Cara Menjadikan Bayi Baru Lahir Cepat Gemuk