4 mitos yang ibu bapa selalu sangat percaya apabila merawat luka anak

Adakah anda salah satu ibu bapa yang percaya sangat 4 mitos ini ketika ingin merawat luka anak? Mari ubah ia sebelum terlambat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain ahli perubatan, merawat luka kanak kanak adalah kemahiran yang penting untuk ibu bapa juga. Ini kerana kanak-kanak normal yang aktif dan dengan sifat ingin tahu kadang-kadang senang cedera kerana masih tidak faham konsep bahaya

Sakit hati melihat mereka menangis teruk kerana sakit, tapi nak buat macam mana? Semua luka perlu dibersihkan terlebih dulu dan cara merawat perlu betul supaya luka tersebut tidak senang mendapat jangkitan.

theAsianparent sempat membuat lawatan ke Pusat Inovasi 3M di Singapura baru-baru ini untuk mengetahui 4 mitos merawat luka kanak kanak dan kesannya kepada tempoh penyembuhan luka.

Rupa-rupanya, soalan seperti adakah lebih baik untuk mendedahkan luka kepada udara dan adakah luka yang keluar nanah tanda jangkitan selalu menjadi persoalan ibu bapa.

Malah, ibu bapa juga selalu sangat 4 mitos merawat luka kanak kanak yang terbukti salah ini! Antara mitos yang ibu bapa percaya ialah:

Mitos merawat luka kanak kanak #1: Luka cepat sembuh jika didedahkan pada udara

Ini sebenarnya mitos yang paling ramai ibu bapa percaya. Zaman kita kanak-kanak dulu pun, ibu bapa selalu menasihatkan kita untuk biarkan saja luka-luka kecil selepas ia sudah dibersihkan.

Tak payah guna plaster kerana luka itu perlu “bernafas”. Memang benar luka itu akan cepat kering. Tapi tahu tak ibu bapa yang ini hanya akan menyebabkan kulit berkuping dan melambatkan proses penyembuhan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara yang betul apabila merawat luka kanak kanak ialah memastikan luka itu bersih, bebas kuman dan dilindungi.

Maka balutan luka dan plaster bukan hanya melindungi luka dari kuman, ia juga memastikan kawasan luka dalam keadaan lembap untuk menggalakkan penyembuhan yang lebih baik.

Balutan luka juga boleh menghalang kanak-kanak dari mengacau dan menggaru kawasan luka sehingga ia pulih sepenuhnya. Jadi jangan percaya lagi mitos ini, ya!

Mitos merawat luka kanak kanak #2: Kalau nak tanggalkan plaster, tarik cepat-cepat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ibu bapa menanggalkan balutan luka atau plaster dengan cepat, luka anak boleh terkoyak lagi. Cara yang betul apabila menanggalkan balutan ialah dengan perlahan-lahan dan ke arah pertumbuhan rambut.

Jika balutan luka susah untuk ditanggalkan, gosokkan sedikit minyak bayi atau minyak kelapa dara, sebelum mencuba lagi.

Balutan luka 3M Nexcare™ untuk kulit sensitif direka khas untuk mengurangkan kesakitan apabila ditanggalkan. Tekanan semasa menanggalkan pelekat balutan luka biasa selalu dapat dirasakan pada permukaan kulit.

Tetapi dengan pelekat silikon 3M Nexcare, tekanan ini diresap oleh peletak silikon itu sendiri dan langsung tidak sakit dan sesuai untuk kulit bayi, kanak-kanak, orang tua serta mereka yang mempunyai masalah kulit kronik.

Mitos merawat luka kanak kanak #3: Nanah adalah tanda jangkitan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan bimbang kalau terdapat nanah ketika merawat luka kanak kanak kerana ini adalah proses penyembuhan yang normal. Ini adalah reaksi badan apabila membentuk kuping pada permukaan luka untuk melindunginya.

Namun, jika nanah pada luka kelihatan bertambah dan semakin hijau, pekat, melekit dan berbau busuk, ini boleh menandakan jangkitan.

Semasa lawatan itu, theAsianparent sempat melihat keberkesanan balutan luka 3M Nexcare™ apabila menyerap nanah dan rembesan.

Sebuah demo telah dilakukan di mana sebatang timun telah dilekat dengan plaster 3M 3M Nexcare™ bersama beberapa jenis plaster berjenama lain di pasaran.

Berbanding dengan semua plaster berjenama lain, kami mendapati plaster 3M Nexcare™ Hydrocolloid mempunyai penyerapan yang paling baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Balutan 3M yang dibuat dari bahan poliuretana dapat melekat dengan baik pada bentuk badan dan menghalang bakteria dari masuk ke dalam luka.

Mitos merawat luka kanak kanak #4: Kawasan luka mesti kering ketika memberi rawatan

Luka tidak sepatutnya dalam keadaan kering. Tisu luka juga memerlukan kelembapan seperti bahagian tubuh badan yang lain.

Sel kulit tidak dapat sembuh dalam keadaan yang kering. Kajian menunjukkan, apabila luka dalam keadaan lembap dan dilindungi dari kuman, saluran darah akan tumbuh semula dengan lebih cepat.

Bilangan sel-sel yang menyebabkan radangan akan berkurang dengan lebih cepat berbanding dengan luka yang terdedah kepada udara.

Cara betul apabila merawat luka kanak kanak ialah untuk menutup kawasan luka dengan balutan berkualiti untuk sekurang-kurangnya 5 hari.

Tanpa balutan, luka itu akan cepat kering menjadi kuping. Pembentukkan kuping biasanya akan menyebabkan bekas luka yang tidak diingini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami berharap selepas membaca artikel ini ibu bapa akan lebih tahu tentang cara menjaga luka kanak kanak. Segera berjumpa doktor jika luka anak parah, tidak berhenti berdarah ataupun bengkak dan radang.

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Penulis

Rosanna Chio