Tiada ibu bapa yang sempurna. Kita semua pasti akan melakukan kesalahan semasa berinteraksi dengan anak-anak, tetapi kebanyakan dari kita juga sentiasa mencuba memastikan ikatan dengan anak-anak kita sekuat yang mungkin.
Walaubagaimanapun, ada perkara yang kita buat mungkin kelihatan tidak bahaya atau normal tetapi sebenarnya boleh merosakan hubungan kita dengan anak-anak. Berikut adalah beberapacara yang mungkin merosakan hubungan anda dan anak anda, seperti yang digabungkan oleh FamilyShare dan Quora.
1. Kritikan yang berterusan
Kita semua mahu anak kita menjadi yang terbaik, tetapi sentiasa menunjukan kesalahan mereka boleh menyebabkan mereka rasa anda kecewa dengan mereka. Bukan sahaja itu, kritikan juga akan membuatkan mereka hilang keyakinan diri.
Walaupun penting untuk kita membetulkan kesalahan perangai anak-anak, anda harus fokus untuk mengajar bukan mengkritik. Ajar anak anda apa yang betul dan fokus dengan perkara betul yang mereka lakukan. Cuba yang terbaik untuk memastikan maklum balas anda pada kadar 4:1 positif:negatif.
2. Terlampau menjaga (mengongkong)
Dunia luar yang bahaya menjadikan ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Namun, ramai ibu bapa yang berniat baik tetapi telah melampaui batas. Jadi anak mereka umpama duduk di dalam kepompong, terhidar dari dunia luar. Lantas menjadikan mereka tidak dapat belajar berdikari dan tidak mempunyai keyakinan diri.
3. Sentiasa mengutamakan benda lain
Kita pasti akan sentiasa ada perkara lain yang perlu di lakukan-kerja rumah, kerja sendiri, tugasan… dan senarai terus bersambung. Jika anda tidak meluangkan masa untuk anak anda dan sentiasa mengutamakan perkara lain dahulu, ini akan melukakan hubungan anda.
Letakan telefon anda, tutup televisyen dan luangkan masa berkualiti bersama anak anda kerap-berdua jika boleh.
4. Tidak mendengar anak anda bercakap
Memang bukan semua perkara yang anak anda cakapkan akan menarik perhatian anda, tetapi ini tidak bermakna anda hanya perlu berpura-pura mendengar. Kanak-kanak boleh tahu lebih dari yang anda fikir.
Jika anda betul-betul sibuk, anda boleh meminta anak anda untuk tunggu sebentar, sehingga anda boleh memberi perhatian sepenuhnya. Berbincang pelbagai topik yang berbeza merupakan cara yang menarik untuk menguatkan lagi hubungan serta membuatkan anak anda selesa berinteraksi dengan anda pada masa hadapan.
5. Melepaskan perasan terhadap anak anda
Ia adalah normal untuk menjadi marah, tetapi untuk lepeaskan terhadap anak anda adalah cara yang sangat tidak sihat untuk berdepan dengan perasaan ini. Meninggi suara, memanggil panggilan buruk dan sebagainya memberi contoh yang buruk tentang cara menangani marah, serta membangkitkan rasa takut bukan sayang.
Jika anda hilang kawalan dan bertindak mengikut rasa marah, minta maaf kepada anak anda dan beritahu apakah tindakan yang anda patut lakukan.