Hari-Hari Hujan, Baju Tak Sempat Nak Kering? 8 Mesin Pengering Baju Terbaik Ini Penyelamat Anda!

Tak sempat nak keringkan baju? Jangan risau, mesin pengering baju boleh membantu mengeringkan pakaian dalam masa kurang dari satu jam.

Keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini menyebabkan pakaian yang dibasuh lambat kering lalu berbau hapak. Jangan risau, mesin pengering baju atau dryer boleh membantu mengeringkan pakaian dalam masa kurang dari satu jam!

Mesin pengering baju kini menjadi peralatan penting yang perlu ada di setiap rumah di samping mesin basuh automatik lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di apartment atau kondominium yang mempunyai tempat jemuran yang sangat terhad.

Walaupun ia memudahkan anda,  harganya mungkin sedikit lebih mahal daripada mesin basuh yang mempunyai pengering baju tetapi, tidak semua fungsi mesin basuh dapat menandingi pada fungsi mesin pengering baju.

Mesin pengering baju biasanya mengeluarkan lembapan lebih baik daripada pengering mesin basuh. Ia sangat berbeza dalam bilangan kuantiti yang boleh dikeringkan dan tempoh masa yang diperlukan untuk proses pengeringan.

Bagaimana Mesin Pengering Baju Berfungsi?

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mesin pengering baju berfungsi kan?

Dryer berfungsi dengan menarik udara dari luar dengan memindahkan ke drum melalui penapis longgokan yang berfungsi untuk membersihkannya.

Kemudian, terus ke proses pemanasan dimana mesin akan berpusing sehingga suhu mencecah kepada 60-70 darjah celcius, sebelum dikipaskan di dalam mesin untuk mengeringkan baju.

Dari sana, selepas penyejatan, masuk pula proses penukar haba di mana kelembapan dikeluarkan dari situ.Pada akhir prosedur ini, sekali lagi diarahkan ke pemanas untuk proses seterusnya.

Cara penggunaan dryer pun sangat senang, masukkan baju, pastikan tahap haba yang betul dan guna setting yang betul untuk jenis fabrik pakaian.

Tips Pemilihan Mesin Pengering Baju

Terdapat tiga jenis mesin pengering baju yang utama di Malaysia, iaitu:

  • Vented dryers – Jenis dryer asas dan lebih murah biasanya boleh dimiliki pada harga bawah RM1,000. Ia menyedut udara dari sekeliling dan memanaskannya untuk mengeringkan baju. Selepas itu, udara yang panas dan basah akan dikeluarkan melalui saluran. Saluran atau corong tersebut perlu dihalakan keluar.
  • Condenser dryers – Jenis dryer yang memanaskan udara seperti vented dryer tetapi udara panas akan ditukarkan menjadi air melalui proses kondensasi jadi ia tidak mengeluarkan udara panas. Anggaran harga adalah RM2,000 ke RM3,000.
  • Heat pump dryers – Ia mengitar semula udara panas di dalam pengering dan bukannya membuangkan udara lembap. Dengan cara ini, ia dikatakan boleh menjimatkan 63 peratus tenaga kurang berbanding dengan vented dryer yang bersaiz sama. Ia juga lebih senyap dan juga lembut pada pakaian. Namun harganya lebih mahal anggaran RM3,000 ke atas.

Pemilihan ketiga-tiga jenis dryer ini akan menentukan bajet dan penjimatan elektrik. Faktor lain yang perlu anda pertimbangkan adalah ruang letak mesin.

Anda digalakkan membeli mesin basuh dan dryer machine Malaysia secara berasingan dan hanya membeli all-in-one washer dryer sekiranya rumah anda tidak mempunyai ruang yang mencukupi, ini adalah kerana washer-dryer adalah antara peralatan elektrik rumah yang paling kerap rosak.

Jika mempunyai ruang yang besar, boleh beli dryer yang asing dari washer. Semua faktor ini adalah subjektif untuk kita semua kerana masing-masing mempunyai keperluan berbeza.

8 Mesin Pengering Baju Terbaik Di Pasaran

Mesin Pengering Baju Terbaik
Electrolux UltimateCare 300 Venting Dryer with Hygienic Care EDV854J3WB
Dryer Terbaik Dengan Penjagaan Kebersihan
Beli di Shopee
Toshiba Sense Dry Tumble Dryer TD-H80SEM
Dryer Terbaik Jimat Tenaga
Beli di Shopee
Midea Dryer MD-100A70
Dryer Terbaik Tanpa Merosakkan Fabrik
Beli di Shopee
LG Dual Inverter Heat Pump Dryer with Auto Cleaning Condenser VD-H9066WS
Dryer Terbaik Dengan Sistem Smart Diagnosis
Beli di Shopee
Samsung Dryer Crystal Optimal Dry Heat Pump Dryer DV80TA220AE/FQ
Dryer Terbaik Dengan Penapis 2 Dalam 1
Beli di Shopee
Khind Vented Tumble Clothes Dryer CD819
Dryer Terbaik Harga Murah
Beli di Shopee
Haier Dryer Series Vented Dryer HDV70E1
Dryer Terbaik Mudah Digunakan
Beli di Shopee
Beko Dryer AquaWave Drum Anti-Crease OptiSense Sensor Condenser Dryer DTLCE70051W
Dryer Terbaik Dengan Sistem Melembutkan Pakaian
Beli di Shopee

Electrolux UltimateCare 300 Venting Dryer with Hygienic Care EDV854J3WB

Dryer Terbaik Dengan Penjagaan Kebersihan

Electrolux dryer EDV805JQWA dapat mengekalkan kualiti pakaian, menyediakan penjagaan warna yang unggul dan melindungi kualiti fabrik tanpa pengeringan berlebihan menerusi sensor pintarnya.

Ini kerana mempunyai smart sensor mesin ini dapat mengesan tahap kelembapan cucian di mana mesin secara automatik akan berhenti berpusing sebaik sahaja cucian kering sekaligus anda dapat mengurangkan 6 peratus penggunaan elektrik berbanding dryer biasa.

Penggunaan sensor ini juga dapat mengekalkan kualiti fabrik lebih lama yang bemaksud pakaian anda tidak cepat rosak serta dapat mengekalkan 80 peratus warna baju walaupun terkena suhu panas.

Mesin Electrolux dryer ini juga mempunyai ciri penjagaan kebersihan terbaik dengan mengeluarkan sehingga 99.9 peratus kuman pada kain kapas seperti pada pakaian bayi, lampin, serta kapas putih kering.

Dengan pergerakan dram bergantian mengikut arah jam dan lawan jam dalam proses pengeringan, ianya mengurangkan kedutan sebanyak 32%.

Apa yang kami suka :

  • Anda boleh memilih jenis pengeringan kerana mesin ini mempunyai 3 jenis pengeringan berbeza iaitu Extra Dry, Normal Dry dan Iron Dry.
  • Suhu juga anda boleh pilih mengikut kesesuaian jenis pakaian iaitu Boost, Low Heat dan Airing.
  • Mempunyai 12 pilihan program iaitu Cottons, Mixed, Delicates, Bedding, Refresh, Energy Saver, Hygiene Care, Denim, Wool, Shirts, Synthetics, dan Fast 40 .
  • Jenis vented dryer
  • Electronic Control Panel dengan LED
  • Menggunakan Reverse Tumbling Technology dan SensorDry

Toshiba Sense Dry Tumble Dryer TD-H80SEM

Dryer Terbaik Jimat Tenaga

Dilengkapi dengan teknologi Sense Dry, mesin pengering baju Toshiba ini dapat memastikan perbelanjaan bil elektrik lebih rendah dan jimat kerana mesin akan dihentikan secara automatik sebaik sahaja pakaian mencapai tahap kekeringan yang optimum.

Malah, fabrik tidak mudah reput dan dalam masa yang sama dapat memastikan pakaian tidak terlalu kering sehingga keras. Hal ini sangat dititikberatkan oleh pengguna ketika memilih dryer kerana ia merupakan salah satu keburukan penggunaan dryer.

Menariknya lagi, mesin berkapasiti 7 kg ini mempunyai 16 jenis program dimana setiap program mempunyai fungsi yang berbeza serta mempunyai sistem anti-kedut untuk cucian kering.

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai ciri keselamatan, butang sistem child lock supaya kanak-kanak tidak mudah membuka mesin pengering ketika mesin sedang beroperasi.
  • Mempunyai panel LED digital untuk memaparkan sistem dengan jelas dan pusingan knob juga direka ergonomik untuk memudahkan anda memilih program.

Midea Dryer MD-100A70

Dryer Terbaik Tanpa Merosakkan Fabrik

Mesin ini merupakan jenis mesin pengering berventilasi yang menggunakan pemanas termostat yang selamat dalam mengeringkan pakaian anda dengan cekap tanpa merosakkan fabrik pakaian kesayangan anda.

Berat 7 kg sangat sesuai untuk kegunaan ahli keluarga kecil dan bagi yang mempunyai anak kecil tidak perlu risau kerana mesin ini mempunyai child lock.

Anda boleh lihat baju anda dikeringkan melalui penutup pintu transparent dan bleh melihat status progrom melalui paparan E-LED.

Walaupun harganya tidak sampai RM1,000 ke bawah tapi mempunyai 16 program berbeza untuk proses pengeringan baju malah terdapat warranty selama 10 tahun untuk bahagian motor, 3 tahun untuk control panel dan 2 tahun untuk semua bahagian mesin. 

Apa yang kami suka :

  • Keringkan pakaian secara bersih
  • Anti kedutan
  • Cepat kering tak perlu menunggu lama
  • Menyegarkan dan menghilangkan bau busuk pakaian

LG Dual Inverter Heat Pump Dryer with Auto Cleaning Condenser VD-H9066WS

Dryer Terbaik Dengan Sistem Smart Diagnosis

Dryer LG TD-H9066WS juga merupakan salah satu mesin pengering baju terbaik di Malaysia kerana dilengkapi dengan dual inverter heat pump bersama teknologi TrueSteam and Sensor Dry  yang mampu mengenal pasti kelembapan pakaian secara automatik.

Dalam masa yang sama, dapat mengekalkan kualiti fabrik dan memberikan proses pengeringan sangat efisien.

Menggunakan teknologi True Steam, mesin pengering baju terbaik ini dapat mengeringkan pakaian anda sambil mengeluarkan alergen dan habuk dengan berkesan.

Dryer LG ini turut mempunyai sistem Two-way Tumbling dimana akan berpusing berselang seling mengikut arah jam dan berlawanan bagi mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain dan berkedut.

Ia juga mempunyai sistem Smart Diagnosis dimana anda boleh menyambung aplikasi ini dengan telefon pintar untuk mengenal pasti masalah mesin yang dihadapi.

Dengan teknologi Dual Inverter Heat Pump, LG TD-H9066WS adalah mesin pengering baju terbaik di Malaysia. Ia memiliki tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan masa pengeringan yang lebih singkat. 

Apa yang kami suka :

  • Sistem ini hanya untuk kegunaan 4 program saja; Cotton, Easy Care, Mixed Fabrics dan Refresh.
  • Mempunyai 8 jenis sensor canggih dan setiap sensor itu fungsinya berbeza.
  • Jenis heat-pump dryer, anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja di rumah anda tanpa perlu mendekati ventilator untuk saluran udara luaran.
  • Tenaga elektrik dan masa dapat dijimatkan malah ia mengurangkan 99.9% masalah habuk dan hama.
  • Penggunaan teknologi The Eco Hybrid yang mempunyai 2 pilihan berbeza; Energy Mode dan Time Mode.

Samsung Dryer Crystal Optimal Dry Heat Pump Dryer DV80TA220AE/FQ

Dryer Terbaik Dengan Penapis 2 Dalam 1

Teknologi Energy Efficiency dapat mengurangkan penggunaan elektrik biarpun kapasiti mesin pengering baju ini mampu memuatkan muatan sebanyak 8kg kain.

Tapi jangan risau, kepanasan automatik dikawal mengikut kesesuaian kelembapan kain supaya kain tidur mudah reput, berpintal mahupun kedut.

Apa yang menariknya lagi, mesin ini mempunyai sistem The Quick Dry 35′ dimana dapat mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit dengan kepanasan yang tinggi dalam kuantiti kain yang sedikit. Jimat masa!

Malah, penggunaan penapis pada mesin ini adalah penapis  2 dalam 1 yang mana  dapat mengoptimumkan prestasi pengeringan dengan baik.

Apa yang kami suka :

  • Jimat masa dan jimat tenaga
  • Mempunyai 3 jenis sensor canggih
  • Mampu mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit sahaja
  • Pintu boleh balik, anda boleh memilih untuk membuka pintu mesin dari arah mana tidak kira di mana anda meletakkan mesin ini.

Khind Vented Tumble Clothes Dryer CD819

Dryer Terbaik Harga Murah

Walaupun dryer machine Malaysia ini berharga lebih murah berbanding dryer dengan kapasiti sama jenama lain namun ianya sangat berbaloi untuk dimiliki kerana mempunyai elemen PTC Heating, iaitu pakaian boleh kering sepenuhnya tanpa menggunakan suhu panas yang maksimum.

Dengan berat 32 kg, dryer ini mempunyai 7 program individu yang telah ditetapkan seperti sterilization, fine, underwears, jeans, heavy, standard dan super dry.

Bahagian penapis pula, mesin ini boleh mengumpul habuk halus dan bulu benang yang ada pada baju. Sekaligus mesin pengering akan lambat rosak.

Apa yang unik tentang mesin ini, pintu direka khas bersaiz besar bagi memudahkan anda memasukkan dan mengeluarkan kain. 

Apa yang kami suka :

  • Pintu penutup yang besar dan tahan karat
  • Harganya yang murah dengan kapasiti besar
  • Pakaian tidak mudah berkedut
  • Paparan LED digital yang mudah digunakan
  • Menggunakan kaedah sterilization dengan suhu 60 darjah selsius untuk pembersihan baju yang optimum

Haier Dryer Series Vented Dryer HDV70E1

Dryer Terbaik Mudah Digunakan

Didatangkan dengan kualiti yang hebat dan harganya mampu milik, Haier HDY70E1 adalah mesin pengering baju pilihan terbaik. Pilih salah satu daripada 7 program yang ditetapkan agar bersesuaian dengan fabrik yang ingin anda keringkan. 

Di samping itu, ia juga turut dilengkapi dengan teknologi sensor automatik untuk mengesan dan mengoptimumkan tetapan haba dan masa yang optimum.

Mesin ini juga direka khas supaya dapat mengeringkan pakaian sambil menjimatkan elektrik dan menjadikan pakaian kurang berkedut, kelihatan licin dan cantik selepas proses pengeringan. Anda boleh segera memakai pakaian selepas dikeluarkan daripada pengering.

Apa yang kami suka :

  • Mudah digunakan dengan operasi ringkas
  • Harga yang berpatutan
  • Menghapuskan bakteria dan hama
  • Pakaian cepat kering, menjimatkan masa dan tenaga

Beko Dryer AquaWave Drum Anti-Crease OptiSense Sensor Condenser Dryer DTLCE70051W

Dryer Terbaik Dengan Sistem Melembutkan Pakaian

Pengeringan baju mungkin menjejaskan pakaian anda jadi dryer machine ini memperkenalkan kaca pintu melengkung sistem AquaWave dan dayung direka khas yang menggerakkan pakaian dalam aksi seperti gelombang di dalam dram, menjadikan pakaian dengan lebih lembut dan meningkatkan prestasi pengeringan. 

Mempunyai 15 ciri program, dengan fungsi tersebut anda boleh mengeringkan pelbagai jenis fabrik termasuklah pakaian sukan dan seluar jeans menggunakan suhu yang sesuai dan telah ditetapkan jadi pakaian anda tidak akan rosak akibat proses pengeringan yang terlalu lama.

Apa yang kami suka :

  • Dryer jenis condenser
  • Paparan LED
  • Pintu jenis opaque anda tidak perlu melihat keadaan baju di dalam mesin

Perbandingan Harga Mesin Pengering Baju Terbaik

Jenama Berat Harga
Electrolux 8.5kg UltimateCare 300 Venting Dryer with Hygienic Care EDV854J3WB 8.5 KG RM1979.00
Toshiba Sense Dry Tumble Dryer TD-H80SEM 7 KG RM870.21
Midea Dryer MD-100A70 7 KG RM859.00
LG Dual Inverter Heat Pump Dryer with Auto Cleaning Condenser VD-H9066WS 9 KG RM3499.00
Samsung Dryer Crystal Optimal Dry Heat Pump Dryer DV80TA220AE/FQ 8 KG RM2198.00
Khind Vented Tumble Clothes Dryer CD819 8 KG RM791.01
Haier Dryer Series Vented Dryer HDV70E1 7 KG RM840.51
Beko Dryer AquaWave Drum Anti-Crease OptiSense Sensor Condenser Dryer DTLCE70051W 7 KG RM2159.00

Kelebihan Penggunaan Mesin Pengering Baju

Dryer machine dicipta untuk mempercepatkan proses pengeringan pakaian supaya anda tidak perlu bersusah payah mengeringkannya di tempat berangin. Berikut adalah antara kelebihan yang boleh diperolehi apabila anda menggunakan mesin pengering pakaian khas ini;

1. Menjimatkan masa

Mempunyai dryer sudah tentu akan menjimatkan lebih banyak masa. Mana tidaknya, kelajuan menjemur pakaian yang ditawarkan oleh mesin ini memang sangat laju, ia mungkin mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk mengeringkan pakaian di dalam mesin, manakala jika ia berada di bawah sinar matahari, pakaian itu boleh mengambil masa berjam-jam untuk kering sepenuhnya.

2. Tidak perlu bimbang dengan cuaca buruk

Musim hujan menyebabkan cuaca tidak menentu. Apabila hujan lebat sepanjang hari, pakaian yang berada di bawah sinar matahari pun belum tentu kering jadi menggunakan pengering pakaian boleh membuatkan anda tidak perlu risau tentang cuaca buruk. Pakaian yang baru dibasuh masih boleh kering sepenuhnya dalam mesin ini.

3. Bebas bakteria

Tanpa disedari, menjemur pakaian di tempat berangin boleh menyebabkan pakaian mudah berkulat. Angin yang melalui boleh membawa bakteria yang menyebabkan pertumbuhan bakteria pada pakaian. Sementara itu, jika anda bergantung pada mesin pengering, pakaian anda tidak akan mudah berkulat kerana ia tidak terdedah kepada bakteria bawaan udara.

Semoga artikel ini membantu anda!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedang Mencari Sabun Basuh Baju Baby Yang Bagus? 13 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja

Baca juga: Nurse Kongsi Rahsia Basuh Baju Sekolah Anak Agar Kekal Putih Sepanjang Tahun, Tanpa Perlu Sental

Baca juga: Mesin Basuh Terbaik Untuk Kediaman, Pilih Yang Paling Berbaloi Jadi Tak Perlu Ke Dobi Lagi!

Penulis

Nursyamimi