Ingin Mewarna Rambut Semasa Hamil? Boleh Saja Kalau Gunakan 5 Jenis Pewarna Selamat Ini

Wanita hamil selalunya sangat terbatas dalam penggunaan produk kecantikkan. Bagaimana pula dengan mewarnakan rambut?

Sesetengah wanita pasti tertanya-tanya, bolehkah kalau ingin mewarnai rambut semasa hamil? Adakah ia akan membahayakan janin di dalam kandungan?

Sebenarnya, wanita hamil tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang produk yang mengandungi bahan kimia, apatah lagi mewarnakan rambut. Ini kerana kebanyakkan produk ada bahan kimia yang berbahaya yang meresap melalui kulit, dan boleh membahayakan janin.

Namun kini, mujurlah ada beberapa produk yang direka selamat dan organik untuk wanita hamil. Ibu pun tak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya kerana kebanyakkan daripada produk ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan diproses menggunakan bahan yang lebih semula jadi.

Walau bagaimanapun, sangat disarankan agar anda berjumpa doktor sebelum mewarnakan rambut ya.

Isi kandungan:

  • Memilih Produk Mewarnai Rambut Yang Selamat Untuk Wanita Hamil
  • 5 Produk Yang Selamat Bagi Mewarnai Rambut Semasa Hamil
    • Naturtint Permanent Hair Color – Natural Chestnut

    • Herbatint Permanent Haircolor Gel – Light Chestnut

    • Indus Valley Bio Organic Henna Hair Colour

    • Organic Henna Paste Original by Hennaline

    • Wella Color Touch

  •  Perbandingan Harga
  • Tips Mewarnakan Rambut Dengan Kaedah Semulajadi

  •  

Memilih Produk Mewarnai Rambut Yang Selamat Untuk Wanita Hamil

Membeli produk mewarna rambut bagi wanita hamil perlulah mengikut penelitian dan baca label sebelum membeli, jadi perhatikan beberapa perkara berikut:

  • Kandungan pastikan kandungan produk adalah semulajadi dan bebas daripada penggunaan bahan berbahaya. Ini termasuk alkohol, ammonia dan sebarang kandungan yang menjadikan alahan kepada pemakai.
  • Pastikan bahan semulajadi 
  • Dapatkan pendapat pakar perubatan sebelum menggunakan apa-apa sahaja produk baru.

5 Produk Yang Selamat Bagi Mewarnai Rambut Semasa Hamil

#1 Naturtint Permanent Hair Color – Natural Chestnut

Produk mewarnai rambut dari Naturtint ini bebas dari segala bahan yang berbahaya, malah diperbuat daripada bahan-bahan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang lebih selamat.

Bagi pewarna rambut kekal dengan liputan yang baik, Naturtint mengandungi 1% atau kurang dari p-phenylenediamine atau PPD.

Walaupun jumlah ini tentunya sangat kecil, jika anda alah kepada PPD, elakkan penggunaannya ya!

Apa yang kami suka?

  • Bebas dari ammonia, parabens, wangian tiruan, resorcinol, logam berat, natrium lauril sulfat dan natrium lauret sulfat.
  • Bahan tumbuhan yang diperkaya seperti Oleic Acid (daripada buah zaitun) dan Meadowfoam Seed Oil untuk menyuburkan dan melembapkan rambut untuk menambah kelembutan dan bersinar.
  • Liputan sehingga 100% untuk hasil jangka panjang dan kelihatan semula jadi dengan
  • 32 warna berbeza yang boleh dicampurkan
  • Vegan dan bebas kekejaman haiwan

#2 Herbatint Permanent Haircolor Gel – Light Chestnut

Memberikan warna semula jadi dan sekata, pewarna tanpa amonia kekal ini dibuat dengan ekstrak herba organik. Ia mampu melitupi 100% uban untuk ton semula jadi dan warna dan highlights yang terang.

Bukan sekadar warna, ia juga berfungsi untuk mengembalikan kecergasan dan rambut yang lebih sihat dan semula jadi cantik.

Apa yang kami suka?

  • Diuji secara klinikal dan dermatologi pada kulit sensitif
  • Dibuat dengan bahan bebas gluten, bukan GMO.
  • Formula mesra alam dan lembut yang dibuat tanpa amonia, resorcinol, parabens dan bebas wangian alkohol.
  • Melawan ujian haiwan dan sesuai untuk vegan
  • Formula yang konsisten dan tidak berbau

#3 Indus Valley Bio Organic Henna Hair Colour

Buat yang gemarkan penggunaan inai, anda boleh menggunakan inai keluaran Indus Valley ini. Ia merupakan 100% inai organik yang memberikan warna gelap yang tampak semulajadi yang sesuai dengan kulit orang Asia. Sememangnya selamat dan halal.

Apa yang kami suka?

  • 100% inai organik
  • Bebas racun perosak, tanpa baja, tiada bahan kimia.
  • Memberi warna wambut hitam / gelap yang kelihatan semula jadi.
  • Gabungan inai, inai tidak berwarna dan indigo.
  • Serbuk berkualiti tinggi mikrofin halus.
  • Sesuai dengan semua yang alah kepada orang yang hypoallergic.
  • Pengganti semula jadi pewarna atau warna rambut kimia.
  • Halal dan diperakui KKM

#4 Organic Henna Paste Original by Hennaline

Produk inai daripada Hennaline ini bukan sekadar mencantikkan rambut, malah menjaga rambut dengan merawat kulit kepala, rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Tiada campuran pengawet, produk ini mampu mengekalkan warna rambut agar tahan lama sehingga 6 bulan.

Apa yang kami suka?

  • 100% bahan semulajadi
  • Mengandungi minyak amla, minyak kelapa, minyak afgan morroco, minyak essential tropika
  • Serbuk henna premium
  • Halal
  • Rambut menjadi lebih lembut dan tidak kering
  • Merawat rambut

#5 Wella Color Touch

Color Touch adalah pewarna rambut dengan komitmen rendah, dengan kandungan warna bebas amonia*, warna rambut separuh-kekal ini sesuai untuk wanita yang lebih kerap menukar warna rambut. Produk ini sesuai digunakan hanya semasa trimester ke 3 kehamilan.

Apa yang kami suka?

  • Tanpa amonia
  • Penyelenggaraan rendah
  • Pertumbuhan semula akar rambut
  • Warna demi-kekal yang cerah
  • Tahan sehingga 24 kali syampu
  • Kilauan tinggi 

Perbandingan Harga

Jenama Harga
Naturtint Permanent Hair Color – Natural Chestnut  RM49.00
Herbatint Permanent Haircolor Gel – Light Chestnut RM80.00
Indus Valley Bio Organic Henna Hair Colour RM29.88
Organic Henna Paste Original by Hennaline RM38.00
Wella Color Touch  

Penafian:  Harga yang tertera adalah berdasarkan laman web rasmi dan laman Shopee. Sebarang perbezaan harga adalah tertakluk pada perubahan semasa.

Tips Mewarnakan Rambut Dengan Kaedah Semulajadi

Bagi ibu yang ingin mencuba mewarnakan rambut dengan bahan semulajadi, jangan risau, ibu boleh saja gunakan bahan-bahan di dapur sahaja tau! Walaupun kesannya tidak berpanjangan, namun yang pasti ia lebih mudah dan mudah!

Jus lobak merah


Bergantung pada warna rambut anda, warna boleh bertahan selama beberapa minggu.

  • Campurkan jus lobak dengan minyak pembawa seperti kelapa atau minyak zaitun.
  • Sapukan campuran tersebut secara rata ke rambut.
  • Balut rambut dengan plastik, dan biarkan campuran sekurang-kurangnya sejam.
  • Bilas dengan cuka epal dan ulangi pada hari berikutnya jika warnanya tidak cukup kuat.

Jus lemon


Jus lemon dapat membantu menghilangkan pigmen rambut dengan perlahan, melunturkannya dari masa ke masa. Namun harus diingatkan yang hasil penggunaan jus lemon adalah kekal ya.

Ini bermakna pigmen pada bahagian rambut yang disapukan jus lemon akan hilang. Anda boleh menghilangkan rambut yang berubah warna ini dengan memotongnya ya.

  • Tuangkan jus lemon ke dalam botol semburan.
  • Semburkan jus secara bebas ke rambut.
  • Gunakan sikat untuk menyebarkan dan memisahkan jus secara merata ke rambut.
  • Duduk di bawah cahaya matahari untuk hasil yang optimum.
  • Biarkan jus lemon sekurang-kurangnya satu jam, dan kemudian basuh.
  • Anda boleh melakukan ini beberapa kali untuk mendapatkan kesan yang diinginkan jika perlu. Ia berfungsi dengan perlahan, dan mungkin memerlukan beberapa sesi ulangan.

Jus bit


Sekiranya ibu mahukan warna merah yang lebih dalam dengan nada yang lebih sejuk, pilih jus bit dan bukannya jus lobak merah.

  • Campurkan jus bit dengan minyak pembawa.
  • Sapukan campuran tersebut secara bebas ke rambut, dan kemudian balut rambut anda.
  • Biarkan campuran selama sekurang-kurangnya satu jam sebelum mencucinya.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pencuci Muka Terbaik & Selamat Semasa Hamil, Jangan Ragu-Ragu Guna 7 Produk Ini!