MFGM, INOVASI TERBARU BAGI PEMAKANAN KANAK-KANAK

Fokus terbaru bagi pemakanan kanak-kanak selepas DHA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian intensif yang dijalankan bertahun lamanya telah membolehkan pembekal nutrisi kanak-kanak serta ibubapa memahami keperluan perkembangan unik kanak-kanak. Sebagai contoh, nutrien seperti DHA (asid dokosahesenoik), Kolina, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B12, Vitamin D dan Zink dikenalpasti sebagai nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak yang sihat. Penggabungan nutrien-nutrien yang disenaraikan di atas telah membantu pertumbuhan kanak-kanak di samping meningkatkan status pemakanan kanak-kanak.

Melalui kajian yang berterusan, satu lagi komponen yang juga penting untuk menyokong perkembangan awal kanak-kanak: komponen bioaktif yang dikenali sebagai MFGM, atau Membran Globul Lemak Susu.

Pembentukan MFGM

MFGM merupakan satu sistem kompleks yang terdiri daripada membran protein, lipid dan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar mamalia, seperti yang terdapat pada lembu yang menyusu1.

Semasa proses laktasi lembu, asid lemak terhasil dan terkumpul dalam bentuk titisan kecil. Apabila titisan kecil ini bergerak ke permukaan kelenjar susu, mereka akan dipisahkan kepada beberapa lapisan secara beransur yang akhirnya akan diselaputi oleh membran plasma apabila mereka dirembeskan2. Globul yang terhasil mempunyai tiga lapisan ketara yang dikenali sebagai MFGM1.

MFGM – Pelbagai kebaikan untuk Si Manja anda

Kaya dengan fosfolipid (PLs), MFGM terhasil daripada gabungan dua kumpulan fosfolipid yang utama: Sfingomyelin (SM), dan Gangliosida (GGs) yang khasnya penting untuk perkembangan otak3,4. Sphingomyelin dengan Gangliosida berfungsi secara sinergi untuk menstabilkan dan menyalut sel-sel saraf otak (proses ini dikenali sebagai myelinasi), untuk membolehkan maklumat dihantar dengan lebih cepat3,4,5. Ini dipercayai akan memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan memori6, sekaligus membina asas perkembangan mental dan emosi kanak-kanak apabila mereka membesar.

Sebagai contoh, dalam satu kajian klinikal, kanak-kanak diberikan susu formula berperisa coklat yang diperkaya dengan MFGM untuk tempoh empat bulan. Selepas tempoh tersebut, ibu bapa diminta untuk menilai emosi, keupayaan untuk menumpu perhatian serta perlakuan anak mereka. Keputusan kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberikan susu formula yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan keputusan yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang diberi susu formula tanpa MFGM7.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, kebaikan MFGM juga menyokong kesihatan usus kerana ia melawan kuman secara aktif di samping dapat meningkatkan imuniti kanak-kanak3.

Dalam kajian sama, keputusan menunjukkan kanak-kanak dengan susu formula yang diperkaya dengan MFGM mempunyai episod demam yang lebih rendah7.

Berasal dari sumber yang asli, MFGM juga terbukti selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada kanak-kanak 7.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakanan dan Stimulasi

Sudah pastinya, masih ada banyak perkara yang perlu diterokai lagi. Namun, sehingga kini, kajian-kajian yang dijalankan membuktikan kesan nutrisi dan fungsi makanan yang diperkaya dengan MFGM, di mana kesemua ini boleh membantu kanak-kanak untuk mencapai potensi penuh dalam perkembangan tubuh badan.

Oleh itu, dengan adanya MFGM bersama dengan DHA, kanak-kanak sekarang boleh menerima nutrisi yang diperlukan untuk menyokong perkembangan otak mereka menuju ke arah IQ8 dan EQ7 yang seimbang, dan seterusnya membina asas perkembangan mental dan emosi mereka yang akan berlanjutan ke alam dewasa.

Satu lagi faktor penting yang dapat menyumbang kepada perkembangan otak dan sistem saraf pusat adalah persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan9. Kajian menunjukkan perkembangan dan pembentukan sinaps otak (rangkaian perhubungan yang membantu dalam penyaluran informasi) banyak bergantung kepada bagaimana kanak-kanak menggunakan deria untuk meneroka dan menimba pengalaman daripada persekitaran mereka9

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika stimulasi tidak diperolehi secukupnya pada tahap perkembangan kritikal, terdapat bukti mencadangkan potensi perkembangan yang optimum tidak dicapai pada tahun yang seterusnya9.

Oleh itu, di samping pemakanan yang optimal, ibubapa dan penjaga kanak-kanak boleh memainkan peranan mereka dengan menggalakkan aktiviti yang merangsang otak dan perkembangan fizikal seperti membaca, bermain dengan alatan permainan yang berunsurkan pembelajaran serta meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan anak10.

Untuk maklumat lanjut mengenai MFGM atau bagaimana anda boleh menjadikan MFGM sebahagian daripada pengambilan makanan anak anda, rundinglah dengan pakar kanak-kanak anda hari ini juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Baca artikel dalam versi Bahasa Inggeris di sini.


1Vanderghem, C. et al. Milk fat globule membrane and buttermilks: from composition to valorization. Biotechnologie, Agronomie, Société et Environnement/Biotechnology, Agronomy, Society and Environment, 2010, 14(3). popups.ulg.ac.be/1780-4507/index.php?id=5828
2Wu, CC. et al. Proteomics reveal a link between the endoplasmic reticulum and lipid secretory mechanisms in mammary epithelial cells. Electrophoresis, 2000, 21(16):3470-3482
3Contarini, G. and Povolo, M. Phospholipids in Milk Fat: Composition, Biological and Technological Significance, and Analytical Strategies. Int J Mol Sci, 2013, 14(2):2808-2831.
4Schengrund, CL. Gangliosides: glycosphingolipids essential for normal neural development and function. Trends in Biochemical Sciences, 2015, 40(7):397-406
5Chevalier, N. et al. Myelination Is Associated with Processing Speed in Early Childhood: Preliminary Insights. PLoS ONE 10(10): e0139897. doi:10.1371/journal.pone.0139897
6Howland, J. and Wang YT. Chapter 8 Synaptic plasticity in learning and memory: Stress effects in the hippocampus. Progress in Brain Research, 2008, 169:145-158
7Veereman-Wauters, G. et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition, 2012, 28(7-8):749-752
8Montgomery, P. et al. Low Blood Long Chain Omega-3 Fatty Acids in UK Children Are Associated with Poor Cognitive Performance and Behavior: A Cross-Sectional Analysis from the DOLAB Study. 2013. PLoS ONE 8(6), dx.doi.org/10.1371/journal.pone.0066697
9Kolb B. et al 2011. Brain Plasticity and Behaviour in the Developing Brain. J Can Acad Child Adolesc Psychiatry. 20(4): 265–276
10Abedin, S. Brain-Boosting Activities for Your Preschooler. www.webmd.com/parenting/features/preschooler-brain-boosting-activities#1