Selamatkah Panaskan Makanan Bayi Dalam Microwave? #5 Tips Ibu Kena Tahu

Cepat dan laju ini terpakai untuk semua benda termasuklah dalam menyediakan makanan anak. Jadi adakah selamat gunakan microwave panaskan makanan bayi? 

Seperti kita semua tahu, ibu-ibu zaman sekarang adalah ibu ekspres. Semuanya mesti cepat dan laju. Cepat dan laju ini terpakai untuk semua benda termasuklah dalam menyediakan makanan anak. Jadi adakah selamat gunakan microwave panaskan makanan bayi? 

Microwave atau ketuhar gelombang mikro ini banyak kita dengar mengenai kebaikan dan keburukannya. Tetapi memang tidak dinafikan ia sangat membantu dalam mempercepatkan urusan harian terutama bagi mereka yang sibuk.

Dalam konteks dewasa, kesan penggunaan ketuhar gelombang mikro ini mungkin minimum kerana kita sudah mempunyai antibodi dan segala sistem dalam badan sudah matang, tetapi bayi bayi, adakah selamat untuk kita gunakan alatan elektrik ini untuk memanaskan makanan mereka?

Microwave panas makanan bayi, adakah selamat?

Kredit: Healthline

 

Mungkin ramai yang percaya bahawa memanaskan makanan dalam microwave boleh mematikan nutrien yang terdapat dalam makanan? Ia mungkin benar tetapi jika digunakan mengikut arahan keselamatan yang betul, ia selamat untuk digunakan. 

Memang ada kajian mengatakan memanaskan makanan dalam microwave akan mengubah nutrisi makanan dan mana-mana makanan mentah yang mengalami proses penyejukan atau pemanasan mempunyai perubahan dalam ciri fizikalnya, struktur kimia, dan bentuk pemakanan.

Biasanya, ibu-ibu cenderung berada dalam dilema ketika menggunakan microwave untuk memasak atau memanaskan makanan bayi. Tetapi setakat ini tidak ada penyelidikan yang membuktikan bahawa memasak atau memanaskan makanan bayi dalam microwave boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Cuma, benda cepat ini kadangkala banyak protokol perlu kita ikut bagi memastikan ia benar-benar selamat dan tidak memudaratkan. Nak cepat mestilah kena ikut peraturan kan? Jika tidak guna saja cara konvensional seperti rendam dalam air panas atau panaskan di atas dapur saja. 

5 tips panaskan makanan bayi dalam microwave

Kredit: Freepik

Seorang pakar kanak-kanak dari Indonesia mengatakan tidak salah memanaskan makanan bayi menggunakan ketuhar gelombang mikro tetapi ada beberapa perkara perlu diambil perhatian. 

Walaupun tiada kajian yang menemukan memanaskan makanan bayi dalam microwave terbukti boleh memudaratkan kesihatan mereka, ada beberapa perkara yang perlu ibu pastikan sebelum menggunakan alatan elektrik itu sebelum memanaskan makanan bayi.

#1. Tutupkan bekas makanan

Pastikan anda tutup makanan di dalam bekas itu menggunakan peralatan yang selamat digunakan dalam microwave. Jangan biarkan bekas dan makanan terdedah ketika pemanasan dilakukan dalam ketuhar gelombang mikro itu. 

Apabila ditutup ia akan membantu mengekalkan kelembapan dalam makanan. Jadi jangan sekali-kali lupa menutup bekas makanan jika memanaskan makanan bayi menggunakan alatan ini.

Anda juga mungkin boleh praktikkan untuk makanan dewasa. 

#2. Lebih elok gunakan bekas kaca

Kredit: SR Nutrition

Lebih elok gunakan bekas kaca yang tahan haba. Anda juga boleh gunakan bekas yang selamat digunakan dalam microwave. Ada bekas plastik yang selamat digunakan dalam microwave. Bekas plastik biasa tidak elok kerana ia boleh memindahkan bahan kimia berbahaya kepada makanan ketika dipanaskan. 

Penggunaan plastik biasa semasa memanaskan atau memasak makanan bayi dalam microwave boleh membahayakan kesihatan bayi.

#3. Pastikan makanan bayi dipanaskan dengan sekata

Pastikan makanan bayi anda dipanaskan dengan baik dan sekata. Jika tidak bakteria dalam makanan yang disejukkan boleh menyebabkan keracunan pada bayi.  

Setelah makanan selesai dipanaskan, alihkannya ke bekas atau pinggan lain ia bagi membolehkan suhu panas yang terkedap dalam makanan dikeluarkan dan tidak membahayakan bayi anda. 

Pastikan anda memeriksa terlebih dulu suhu makanan sebelum memberikannya kepada bayi anda. 

#4. Gunakan suhu yang sesuai

Kredit: Yummy Toddler Food

Untuk mencairkan kiub makanan beku, anda perlu meletakkan gelombang mikro dalam mod pemanasan selama 15-20 saat. Kacau makanan bayi sentiasa kerana microwave tidak memberikan pemanasan sekata.

Baca manual ketuhar gelombang mikro yang anda beli untuk memastikan tahap mana yang sesuai untuk memanaskan makanan bayi. 

Sentiasa baca dan ikuti manual yang didatangkan dengan ketuhar gelombang mikro anda  untuk mengelakkan sebarang kecelakaan sama ada kepada anda atau bayi.

Buat kajian dan banyakkan membaca kerana anda akan memperoleh pelbagai maklumat daripada bacaan.

#5. Jangan panaskan telur, daging

Panaskan makanan ini di atas dapur, kerana makanan ini mengandungi kadar lemak yang tinggi dan microwave memanaskan lemak lebih cepat dari bahan lain. Memanaskannya dengan menggunakan microwave mungkin boleh menyebabkan ia terpercik dan terlalu panas. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: kumparan, momkidzone,fda

Baca juga: Idea Makanan Bayi 7 Bulan Bergoreng & Tumis, Ibu Jangan Risau Si Manja Pasti Suka!

Penulis

Lala Annuar