Milo dikatakan tidak baik untuk kesihatan? Jadi, wajarkah ia diberi pada kanak-kanak?

Adakah Milo betul-betul tidak baik untuk kesihatan? Menurut Health Star Ratings, ini mungkin benar. Mari ketahui pendapat agensi ini mengenai Milo - produk bintang Nestle ini.

Video kandungan gula dalam Milo – wajarkah ibu bapa beri Milo untuk kanak-kanak?

Pada bulan Januari tempoh hari, seorang warganegara Malaysia bernama Vishen Lakhiani, telah berkongsi video mengenai kontroversi kandungan gula dalam Milo.

Video tersebut tular di kalangan netizen dan ramai orang kini tertanya-tanya jika milo sebenarnya baik untuk kesihatan. Satu lagi, wajar ke ibu bapa beri milo untuk kanak-kanak? 

keburukan milo untuk kanak kanak, milo untuk kanak-kanak, adakah milo baik untuk kesihatan, milo

Sumber gambar dari laman Facebook  Vishen Lakhiani

Disebabkan kontroversi ini, syarikat Nestlé terpaksa menurunkan pengiktirafan Health Star Rating (HSR) mereka dari 4.5 ke 1.5 di Australia baru-baru ini!

Beberapa kumpulan kesihatan awam juga telah menuduh syarikat itu memasarkan minuman coklat dengan kandungan gula yang tinggi sebagai minuman yang ‘sihat’.

Ketua Bahagian Hubungan Korporat, Margaret Stuart dari Nestlé Oceania telah mengesahkan perubahan ini untuk serbuk Milo yang dijual di Australia dan New Zealand melalui e-mel yang dikongsi oleh ABC News Australia.

Dalam siaran akhbar mereka, syarikat itu juga menyatakan keputusan untuk menurunkan kadar pengiktirafan HSR pada produk Milo ialah untuk mengelakkan kekeliruan.

Sehingga pihak kerajaan boleh menentukan sistem HSR untuk membandingkan produk kedai, syarikat Nestlé akan menanggalkan pengiktirafan tersebut.

Jadi, patut ke ibu bapa beri milo untuk kanak-kanak? 

keburukan milo untuk kanak kanak, milo untuk kanak-kanak, adakah milo baik untuk kesihatan, milo

Kredit: mremersoncooks.com

Milo untuk kanak-kanak bukan minuman yang sihat, jika ia dibancuh bersama dengan bahan-bahan lain. 

Menurut Nestlé, cara betul untuk membancuh secawan Milo ialah 3 sudu teh serbuk Milo bersama dengan secawan susu skim

Tapi ramai pengguna tidak membancuh minuman milo mengikut cara ini kata Choice Australia sebuah organisasi yang menyokong kesihatan awam dan menuduh syarikat itu meletakkan label yang tidak tepat.

Kebanyakkan pengguna membancuh milo untuk kanak-kanak dengan susu penuh krim. Akhirnya kanak-kanak itu mendapat lemak tambahan dari susu penuh krim bersama dengan 46% gula dari serbuk Milo! 

5 alternatif yang lebih sihat dari beri milo untuk kanak-kanak 

Di bawah antara beberapa resipi minuman untuk anak yang tidak suka rasa susu lembu biasa: 

1. Serbuk koko dengan susu

Anak anda mungkin sudah biasa dan suka minum susu coklat. Tapi itu juga minuman yang diproses. Apa kata kalau ibu bapa cuba buat sendiri dengan serbuk koko dan susu rendah lemak.

 
Serbuk koko asli adalah pilihan yang lebih baik dan baik untuk jantung anak. Ibu bapa juga boleh mengawal jumlah gula dalam minuman anak.

2. Serbuk kunyit dengan susu 

keburukan milo untuk kanak kanak, milo untuk kanak-kanak, adakah milo baik untuk kesihatan, milo

Susu dengan kunyit sudah lama dinikmati oleh orang Asia turun temurun. Ia kaya dengan curcumin, ada unsur-unsur antibiotik dan antioksidan yang baik untuk penyembuhan luka, baik untuk pencernaan serta boleh melawan selsema!

Serbuk kunyit juga merupakan rempah yang sedia ada di rumah.

3. Badam dan kacang pistachio

Kacang seperti badam dan pistachios adalah makanan yang baik untuk otak. Ianya juga boleh membantu mengukuhkan tulang dan baik untuk rambut dan kulit.

Kisar sendiri kedua-dua kacang ini kemudian campurkan dengan susu untuk minuman yang baik untuk kesihatan! 

4. Kurma dengan susu 

Jika anak suka susu yang rasa manis, cuba berikan minuman susu yang dikisar dengan buah kurma. Kurma adalah pilihan yang baik kerana ianya kaya dengan kalsium, zat besi, fosforus, sodium, zink, kalium dan magnesium.

Kurma juga mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Selain itu kurma juga mempunyai vitamin seperti riboflavin, vitamin A dan K, yang semuanya membantu melegakan masalah pencernaan, anemia, masalah jantung dan cirit-birit.

Pilihlah minuman-minuman ini dari memberi milo untuk kanak-kanak. Bersama-sama kita boleh memberi yang terbaik untuk kesihatan anak dan mengurangkan risiko mereka obes dan mendapat kencing manis.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda sekeluarga 😉

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sources: NestléHealth Star RatingABC , theAsianparent Singapore

Baca juga:

Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda – mengikut umur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!