Jangan Stres Bila Anak Suka Conteng & Koyak Buku, Ia Proses Pupuk Minat Membaca!

Minat membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil. Mungkin awalnya mereka akan koyak buku atau menconteng, sebagai ibu ayah perlu tahu caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman sekarang segalanya sudah berubah. Sehingga pendedahan terhadap pengetahuan baharu turut diperoleh hujung jari sahaja sehingga ibu ayah sukar memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.

Mana tidaknya, sejak dari bayi sudah diberi telefon pintar sehingga si manja ketagih melayari saluran youtube dan menonton cerita kartun tanpa batas. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana usia anak masih kecil dan masih sempat untuk membentuk mereka.

Teknik memupuk minat membaca dalam diri si manja

credit to sources

Pernah tak ibu ayah berdepan dengan situasi apabila memperkenalkan buku kepada anak, mereka akan mula mengoyak dan menconteng?

Sebenarnya bukan anda sahaja melalui fasa ini kerana kebanyakan ibu ayah yang lain turut mengakui agak tertekan sehingga hampir berputus asa.

Dalam hal ini, ia boleh diterapkan dengan baik sekiranya anda menggunakan beberapa teknik berkesan dan memberikan anak-anak masa untuk mereka membiasakan diri. Antaranya ialah:

#1. Memilih buku yang sesuai dengan usia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum anda memperkenalkan si manja kepada buku, pastikan terlebih dahulu memilih jenis buku yang sesuai dengan mereka. Anak di bawah umur 3 tahun sememangnya suka mengoyak dan menconteng.

Justeru, anda dinasihatkan untuk elakkan memilih buku nipis dan mudah terkoyak kerana boleh menghentikan keterujaan mereka setelah memperoleh buku kegemaran.

foto: aku dan kafe buku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada ketika ini juga agak sukar mengawal keinginan si manja untuk mengoyak kerana mereka suka meneroka apa yang boleh dilakukan dengan buku tersebut dengan membelik, menarik dan mungkin juga gigit!

#2. Perkataan kurang dan gambar lebih banyak

Buku dengan tulisan banyak tidak menarik perhatian kanak-kanak bawah 6 tahun kecuali mereka sudah boleh membaca dengan lancar. Bagi anak yang belum boleh membaca, perhatian akan tertumpu pada gambar sepenuhnya.

Hal ini boleh merangsang pemikiran si manja untuk memahami jalan cerita buku tersebut dan menceritakan kembali menggunakan ayat-ayat mereka sendiri. Ia adalah salah satu kebolehan asas untuk anak mula membaca melalui kefahaman serta mengembangkan idea anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Melibatkan pelbagai deria

Pada usia awal, kanak-kanak sememangnya cenderung untuk belajar melalui pelbagai deria seperti rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat. Dalam setiap sesi membaca bersama anak-anak, ibu ayah perlu benarkan mereka terlibat secara aktif dengan pegang sendiri buku dan menerokainya.

Sesetengah buku dicipta khas untuk merangsang deria si manja bagi membuatkan anak teruja menyentuhnya seolah-olah seperti ia hidup seperti di bawah ini.

#4. Tunjukkan contoh yang baik

Kebiasaan ataupun tabiat ibu ayah adalah perkara yang paling senang untuk berjangkit pada diri anak-anak. Sebab itulah jika anda suka bermain telefon pintar setiap hari di hadapan si manja, maka ia turut akan melekat pada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika anda setiap hari suka membaca buku dan duduk bersama anak-anak, lama kelamaan ia akan berjangkit pada si manja. Mereka akan mendekati dan ingin pegang buku yang ada pada anda. Justeru, jadilah role model terbaik kerana pengaruh ibu ayah dalam hidup anak-anak adalah sangat besar.

#5. Beri kebebasan kepada anak setelah memperoleh buku

Setelah mendapat buku, anak-anak pastinya akan ‘panjang akal’ untuk memikirkan apa sepatutnya mereka buat dengannya. Antara salah satu mungkin anak buat ialah menconteng buku. Dalam hal ini, ibu ayah perlu memilih jenis buku yang boleh diconteng.

Biasanya buku dari luar negara banyak dilengkapi bersama marker pen kerana kertasnya sudah diletak plastik. Jadi anak-anak boleh conteng kerana sifatnya boleh dibersihkan semula.

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga perlu mengasingkan buku untuk mereka conteng dan baca. Apabila sudah diterapkan disiplin ini dari awal, mereka sudah tahu buku yang mana boleh diconteng. Kesannya, anak akan rasa seronok kerana keinginan mereka untuk menerokai buku tidak disekat.

Sebagai kesimpulannya, ada pelbagai cara memupuk minat membaca dalam diri si manja. Ibu ayah perlulah kreatif dan tidak memaksa anak untuk menghadap sepenuh masa dengan buku sehingga mereka rasa terbeban dan hilang minat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Puan Farhan, A mom journey

Kredit foto: blogmazeer

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhobi-membaca