Ya Tuhan tak sangka di akal manusia, bayi yang masih kecil boleh diberi minum arak hingga meninggal dunia. Apa yang terjadi ini, benar-benar mengejutkan semua orang!
Sambutan bulan penuh atau full moon celebration yang juga dikenali dengan nama Man Yue merupakan salah satu tradisi Cina bagi memberkati bayi atau meraikan kelahiran ahli keluarga baru sehingga insiden ngeri ini berlaku.
Di Beijing China, sambutan tersebut telah menjadi satu bencana apabila seorang bayi lelaki meninggal dunia kerana datuknya memberi minum arak pada hari pesta tersebut.
Menurut Sin Chew Daily, ramai saudara mara datang bagi meraikan parti ini bersama-sama dengan keluarga bayi tersebut dan semua mereka dalam keadaan mabuk sambil berbual-bual.
Datuk beri bayi minum arak
Datuknya dengan gembira mendukung dan membawa si kecil itu menemui semua saudara mara. Kemudian, salah seorang dari mereka berseloroh lalu mencadatangkan agar si datuk memberi si kecil itu minum arak.
Namun, datuknya mengambil gurauan tersebut dengan serius, lantas memberikan cucunya yang baru berumur sebulan itu minum arak demi menjaga air mukanya.
Kemudian ibunya yang melihat kejadian tersebut marah dan membawa si kecil itu ke dalam dakapannya. Manakala bayi tersebut berterusan menangis.
Selepas 30 minit, bayi tersebut kehilangan nafas dan ibunya bergegas membawanya ke hospital. Tetapi malangnya bayi itu tidak dapat diselamatkan selepas menerima beberapa jam rawatan kecemasan.
Bayi terkena alergi alkohol
Ketika menerima rawatan, doktor mengatakan bayi tersebut mengalami alergi alkohol dan dia juga memarahi datuk yang tidak bertanggungjawab itu.
Dalam keadaan yang sangat sedih dan kecewa, ibu bayi tersebut menampar bapa mertuanya berkali-kali meskipun bayi tersebut tidak dapat dikembalikan semula.
Lebih menyedihkan lagi, ibu tersebut pernah dilayan buruk oleh ibu mertuanya kerana lambat hamil sekitar tiga tahun menunggu cahaya mata. Namun semuanya hancur berkecai gara-gara insiden ini.
Kesan minum alkohol pada kesihatan diri
- Mudah marah dan pertuturan jadi tidak lancar.
- Hilang imbangan semasa berjalan dan kecelaruan fikiran.
- Kesan kekal pada otak dan saraf seperti hilang ingatan dan kebas.
- Penyakit kanser, sirosis, Anemia, kekurangan zat makanan dan lain-lain.
- Kemurungan, kecenderungan untuk membunuh diri, perubahan personaliti dan lain-lain.
- Tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan dengan baik.
- Terlupa maruah diri dan keluarga.
- Semasa mabuk tidak dapat mengawal diri dan tingkah laku.
- Kurang berminat untuk bekerja dan sering kali cuai dalam menjalankan tugas serta
Kesan bagi wanita mengandung minum alkohol
- Bayi dilahirkan dengan berat badan yang rendah
- Ukuran kepala lebih kecil
- Bayi terencat akal
- Wajah dan fizikal bayi cacat
Diharap ibu dan ayah bayi tersebut menerima takdir itu dengan redha.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: World Of Buzz
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesan-alkohol-kepada-anak