Hati-hati Ibu Menyusu Yang Suka Minum Teh, Ia Boleh Pengaruhi Kualiti Tidur Bayi!

undefined

Walaupun teh memberi banyak manfaat, namun adakah anda pasti ia selamat untuk si kecil anda yang masih menyusu itu?

Teh merupakan minuman kegemaran setiap keluarga dan ia biasanya diambil ketika sarapan atau di waktu petang sambil menonton tv. Namun, bagaimana jika minum teh semasa menyusu bayi? Adakah ia selamat bagi si kecil itu atau akan timbul kesan sampingan yang membahayakan? 

Tidak kira ibu hamil atau wanita yang masih menyusukan bayi, anda disaran untuk mengurangkan pengambilan kafein dalam apa jua bentuk sama ada melalui makanan atau minuman. 

Meskipun teh ini kaya dengan antioksidan, namun rupa-rupanya ada juga beberapa jenis teh yang tidak aman untuk diambil oleh sesetengah ibu menyusu. 

Adakah selamat minum teh semasa menyusu? 

minum teh semasa menyusu, minum teh, minum teh ketika menyusu, keburukan minum teh, kebaikan minum teh, manfaat minum teh, keistimewaan minum teh, teh, khasiat teh pada ibu, bahaya minum teh

Kredit: Genetic Literacy Project

Bagi anda yang memang penggemar setia teh, jangan bimbang untuk mengambilnya. Namun ia perlu dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan seperti yang disarankan iaitu dua atau tiga gelas sehari. 

Dalam pada itu, anda juga disarankan minum teh selepas menyusukan bayi supaya dapat menghindari kafein teh masuk dalam susu badan. Adalah lebih baik sekiranya anda minum teh setelah bayi berumur sekitar enam bulan ke atas dan mengambil teh herba yang bebas kafein. 

Dengan pengambilan teh herba ini juga dapat mengatasi beberapa masalah menyusu seperti membantu menghasilkan produksi susu badan dan lain-lain. 

Keburukan minum teh semasa menyusu 

Pengambilan kafein pada ibu menyusu boleh mempengaruhi masalah kesihatan si kecil yang menyebabkannya merengek, menangis dan sukar tidur malam. 

Sebelum mengambil teh semasa menyusu ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu: 

  • Pastikan teh tersebut tidak mengandungi kafein dan tak mengambilnya lebih tiga cawan setiap hari. 
  • Pastikan kandungan di dalamnya selamat untuk diminum bagi ibu yang masih menyusukan si kecil.
  • Pastikan ramuan teh tidak memberi pengurangan kepada penghasilan susu badan. 
  • Hindari serbuk teh yang boleh menyebabkan reaksi alahan.
  • Membaca label pada kotak teh supaya bahan-bahan yang digunakan selamat dan aman untuk ibu menyusu. 
  • Elakkan minum teh herba yang aktif secara farmakologis. 
  • Konsultasi dengan doktor sebelum minum teh herba semasa menyusu. 

Senarai teh yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu 

minum teh semasa menyusu, minum teh, minum teh ketika menyusu, keburukan minum teh, kebaikan minum teh, manfaat minum teh, keistimewaan minum teh, teh, khasiat teh pada ibu, bahaya minum teh

  • Bladderwrack
  • Buckthorn
  • Chaparral
  • Coltsfoot (Farfarae folium)
  • Dong Quai (Angelica Root)
  • Elecampane
  • Ephedra / Ephedra sinica / Ma Huang
  • Ginseng (Panax ginseng)
  • Evodia
  • Black Cohosh
  • Valerian
  • Snakeroot India
  • Kava-kava (piper methysticum)
  • akar Petasit
  • Phen-fen
  • akar Rhubarb
  • Star adas
  • Tiratricol (TRIAC)
  • Uva Ursi
  • Wormwood
  • Akar Sophora
  • Ginkgo
  • Coptis
  • Aloe
  • Senna
  • Borrage
  • Licorice
  • Basil dan Rue

Juga senarai jenis teh yang boleh mengurangkan penghasilan susu ibu seperti berikut: 

  • Sage
  • Menthol
  • Teh peppermint. Akan tetapi kandungan peppermint selamat diambil dalam jumlah kecil dan sering digunakan untuk mengurangi penyakit kolik semasa menyusu. 
  • Walnut Hitam
  • Chickweed
  • Cocoa
  • Herb Robert (Geranium robertianum)
  • Lemon Balm
  • Oregano
  • Peterseli (Petroselinum crispum)
  • Ramuan Periwinkle (Vinca minor)
  • Sorrel (Rumex acetosa)
  • Thyme
  • Yarrow

Teh yang selamat diminum oleh ibu menyusu 

peristiwa lucu

  • Teh halia 
  • Teh bunga atau teh limau 
  • Teh ros yang mengandungi vitamin C tambahan.
  • Teh kayu manis 
  • Lemon 
  • Teh raspberry 
  • Fenugreek 

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compemakanan-ibu-menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!