Kajian: Minuman Bergas Boleh Menyebabkan Gadis Datang Haid Lebih Awal

Minuman bergas bukan saja boleh menyebabkan obesiti. Penemuan baru juga mendapati risiko lain apabila kanak-kanak perempuan diberi terlalu banyak minuman yang manis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kan sudah terbukti minuman bergas tiada sebarang nutrien, penuh dengan gula dan tidak baik untuk badan.

Inilah sebab mengapa minuman bergas tidak patut diberi kepada kanak-kanak walaupun ramai ibu bapa yang masih pandang ringan tentang perkara ini.

Minuman bergas penyebab anak gadis baligh lebih awal

Pakar mendapati gula dalam minuman bergas boleh memberi kesan pada hormon dalam badan anak perempuan. 

Penemuan tergempar ini adalah hasil kajian penyelidik dari Harvard School of Public Health yang telah diterbitkan dalam Jurnal Human Reproduction 2015.

“Selepas penemuan ini, sekarang kami bimbang tentang jumlah kanak-kanak dan remaja yang mengambil minuman manis di Amerika Syarikat serta di tempat lain,” kata Karin Michels, ketua penyelidik dan profesor di Harvard Medical School, dalam satu sidang akhbar.

Ini adalah kali pertama, penyelidik mengkaji dengan teliti kaitan gula dalam minuman dan jika ia adalah punca utama mengapa gadis-gadis baligh lebih awal.

Di antara tahun 1996 dan 2001, mereka telah mengikuti kehidupan sejumlah 5,583 anak gadis berusia antara 9-14 tahun.

Mereka yang meminum lebih dari 1.5 kali minuman manis dalam 1 hari untuk tempoh 5 tahun, telah datang haid 2.7 bulan lebih awal berbanding dengan anak gadis yang hanya minum 2 kali seminggu.

Sumber: Youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan minuman bergas dalam diet seharian

Apabila seseorang gemar minum minuman bergas, ini biasanya diikuti dengan diet yang kurang sihat

Tapi selepas penyelidik mengambil kira BMI, ketinggian, kalori harian, senaman, dan cara hidup anak gadis ini, mereka mendapati minuman bergas adalah punca utama mereka baligh lebih awal.

Kita harus berhati-hati bahan-bahan yang terkandung dalam minuman bergas kerana ia mampu mengubah hormon wanita. Bahan-bahan tiruan juga boleh memberi kesan kepada kesihatan reproduktif anak.  

Menurut National Women’s Health Network gadis mula datang haid awal sejak 50 tahun yang lalu. 

Di Amerika Syarikat, hampir 50% gadis-gadis Kaukasian mula tumbuh payudara sebelum mereka berumur 10 tahun. Pakar percaya bahawa bahan-bahan kimia dalam minuman bergas adalah puncanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berisiko untuk putus haid lebih awal

Sumber: Big Frog

Apakah keburukan datang haid lebih awal? Menurut kajian, gadis yang datang haid lebih awal mempunyai risiko untuk putus haid lebih awal juga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gita Mishra dari University of Queensland, Australia, dan rakan penyelidiknya mendapati gadis yang baligh sebelum 12 tahun mempunyai lebih dari 31% kemungkinan untuk putus haid lebih awal (antara umur 40 dan 44 tahun).

Sekiranya seorang wanita putus haid sekitar umur 40 tahun, kesuburannya boleh mula berkurang sekitar umur 30 tahun,.

Namun, William Ledger dari Universiti di New South Wales berkata, ibu bapa tidak perlu panik.

“Ya, memang kajian itu telah menemui risiko yang tinggi, tetapi saiz kesannya sangat kecil. Tidak semua wanita yang datang haid lebih awal akan menopaus awal.”

Tetapi jika ibu bapa sudah tahu kesan and risiko terbabit, elakkan dari memberi minuman manis dan bergas kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun risiko kesuburan terjejas sangatlah kecil, risikonya tetap ada! 

Sumber: Medical Daily dan New Scientist

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Akil Baligh: Dekati Isu Ini Dengan Anak Gadis Anda Melalui 6 Cara Berikut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio