10 Minuman Yang Patut Dijauhkan Dari Anak Anda

Hati-hati ibu bapa semua. Ada 10 jenis minuman yang tak baik untuk kanak-kanak dan mampu mengganggu tumbesaran mereka. Mari kita elak dan jauhkan, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 minuman tak baik untuk kanak-kanak

Minuman manis dan berwarna-warni sering menarik perhatian dan menjadi pilihan orang ramai. 

Apatah lagi buat kanak-kanak yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat.

Namun, tahukah anda minuman-minuman ini sebenarnya bahaya untuk anak anda?

Saccharine merupakan salah satu gula dengan nama lain yang sangat tidak bagus untuk kanak-kanak! 

Sebelum kita bincang mengapa minuman-minuman ini wajar dijauhkan dari anak anda, mari kita lihat antara 10 minuman yang biasa kita jumpa dan patut dijauhkan dari anak anda:

Kredit gambar: Suara Pemikir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Air bergas 

Minuman bikarbonat bukan sahaja langsung tiada khasiat.

Malah ia berasid, sangat bergula dan mengandungi bahan pewarna.

Ia mengandungi lebih kurang 9 sudu kecil gula yang pasti akan merosakkan gigi anak anda!

2. Milkshake

Susu kocak atau lebih popular dengan nama milkshake memang sangat digemari kanak-kanak kerana rasanya yang penuh berkrim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ia mempunyai kandungan gula serta lemak tepu yang tinggi.

Jika anak anda sukakan milkshake, cuba buat sendiri mengggunakan bahan yang lebih diyakini.

Contohnya gunakan susu dan buah-buahan segar. Malah coklat organik juga boleh didapati dengan mudah sekarang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Beritacenter.com

3. Kafein

Minuman berkafein tidak terhad pada kopi sahaja. 

Teh dan minuman bergas juga mengandungi kafein. Ia juga boleh menyebabkan ransangan terlampau pada anak anda.

4. Minuman tenaga

Minuman ini mengandungi sejumlah besar kafein dan pemanis tiruan yang tiada khasiat.

Ia juga boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk pada kanak-kanak yang sedang membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Youtube

5. Minuman atau manisan tempatan

Mana-mana minuman mahupun manisan tempatan seperti cendol dan air batu campur (ABC) juga mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. 

Malah, bahan pewarna yang digunakan dalam minuman tersebut bagi menjadikan ia tampak lebih menarik juga tidak bagus untuk kesihatan.

6. Minuman diet

Namanya mungkin kedengaran ‘sihat’ namun sebenarnya ia jauh dari sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minuman diet selalunya mempunyai kandungan bahan kimia dan pemanis tiruan yang sangat bahaya.

Kredit gambar: La Maison Thai

7. Jus di dalam tin

Nampak macam sihat juga, bukan? Hanya kerana ia ditulis sebagai jus buah-buahan atau jus sayuran, anda mungkin perlu membaca label nutrisi minuman tersebut dahulu.

Anda pasti akan terkejut melihat betapa tinggi kandungan gula di dalam minuman ini!

8. Minuman yogurt

Satu lagi minuman yang kelihatan ‘sihat’ namun sebenarnya jika anda baca labelnya, kandungan gula dalam minuman ini sangat tinggi.

Selain itu, kebanyakkannya menggunakan perasa dan pewarna tiruan.

Kredit gambar: Tastelike

9.  Minuman berjeli

Minuman berjeli seperti cincau, ‘nata de coco‘, puding dan ‘bubble’ sebenarnya tidak sihat untuk anak-anak. 

Ia bukan sahaja mengandungi gula yang tinggi, malah ada kalori yang tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan anak.

10. Minuman isotonik

Kandungan gula di dalam minuman ini adalah tidak bagus untuk perkembangan anak-anak.

Nama lain bagi gula dalam minuman yang tak baik untuk kanak-kanak

Mari kita lihat nama lain bagi gula yang banyak memberi kesan buruk berbanding baik terhadap kanak-kanak:

  • pemanis jagung (corn sweetener)
  • sirap jagung (corn syrup)
  • dekstrosa
  • fruktosa (gula dari buah-buahan)
  • pati jus buah (fruit juice concentrates)
  • glukosa
  • laktosa (gula dari susu)
  • maltosa (gula dari bijirin)
  • sirap malt (malt syrup)
  • gula asli (raw sugar)
  • sukrosa

Sama-sama kita menjauhkan minuman-minuman ini dari anak kita, ya? 

Sumber: theAsianParent Singapore dan Huffington Post 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-penyebab-kanser-keluarga/

Penulis

Aqma