Akibat tidak senang ditegur oleh majikannya, seorang pembantu rumah Indonesia menuangkan sedikit minyak kayu putih ke dalam dua paket stok susu ibu untuk “menakut-nakutkan” majikannya di Singapura.
Pembantu rumah berusia 28 tahun itu telah dimarahi oleh majikan perempuannya yang berusia 34 tahun kerana tidak melakukan kerja rumah. Dia tidak berpuas hati dan berharap majikan memberhentikan permit kerjanya dan mengembalikannya ke agensi.
Letak minyak kayu putih dalam susu
Dia menjumpai sebotol minyak kayu putih dan menuangkan sebahagiannya ke dalam susu ibu yang telah diperah. Dia menutup bungkusan dan meletakkannya kembali di bahagian paling dalam peti sejuk, mengetahui bahawa majikannya mungkin akan membawanya keluar terlebih dahulu untuk memberi minum kepada bayi lelaki berusia dua bulan.
Pada hari Selasa, tertuduh mengaku bersalah kerana cuba memberikan sesuatu yang tidak sihat kepada bayi itu, dan mengetahui kemungkinan dia akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
Pembantu rumah tidak dibenarkan siar namanya kerana bertujuan untuk melindungi identiti mangsa.
Menurut laporan The Straits Times, majikannya yang merupakan seorang pengurus, akan mengepam susu dan menyimpannya dalam paket pakai buang dan meletakkannya di dalam peti sejuk. Dia akan memberi minum kepada bayinya dalam dua hingga tiga bungkus setiap hari.
Pembantu rumah itu ditinggalkan sendirian di rumah ketika dia melakukan kejadian itu. Dia telah mula bekerja pada 2 Jun, kira-kira tiga bulan sebelum kejadian itu berlaku.
Minyak kepunyaan pembantu rumah sendiri
Ketika keluarga itu pulang petang itu, si ibu sempat mengepam susu badannya dan ingin menambahnya ke dalam bungkusan susu yang sedia ada. Dan ketika dia membuka paket pertama lantas dia terhidu bau yang cukup menyengat.
Menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena, dia memutuskan untuk memeriksa baki lima bungkus susu di dalam peti sejuk. Sebungkus lain mempunyai bau yang menyengat juga.
Pada petang itu, pasangan itu menggeledah barang-barang pembantu rumah dan menjumpai sebotol minyak Purer Aire Eucalyptus atau minyak kayu putih yang diletakkan di atas kabinet. Mereka membuka botol itu dan mendapati bahawa bau itu sama dengan bau susu di dalam paket tadi.
Mereka segera menghubungi polis, dan pihak polis tiba di rumah mangsa tidak lama kemudian dan menahan pembantu rumah tersebut.
Berjanji tidak akan buat lagi
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, meminta kelonggaran, dengan mengatakan dia menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Delicia Tan meminta penangguhan pendek bagi proses pendahuluan.
Tertuduh akan dijatuhkan hukuman pada 15 Januari tahun hadapan. Dia akan dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: The Straits Times
Baca juga:
https://my.theasianparent.compembantu-rumah-mendera-kanak-kanak-dengan-memukul-alat-sulit