Betul ke minyak pati bayi boleh sebabkan payudara kanak-kanak lelaki membesar?

Lambakan minyak pati di pasaran ada yang bagus dan ada yang tidak, jadi ibu bapa harus lebih teliti membaca kandungan minyak pati tersebut sebelum beli ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minyak pati bayi boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki “tumbuh” payudara?

Baru-baru ini, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat dan kajian tersebut menemui minyak pati bayi mengandungi bahan kimia tertentu yang boleh mengganggu hormon dan menyebabkan kanak-kanak lelaki “tumbuh” payudara!

Minyak pati bayi mencapai populariti yang tinggi sekarang kerana ia dikatakan mampu membantu menangani masalah pernafasan anak-anak.

Walaupun ada kebaikan namun minyak pati bayi, tetapi ia juga mengandungi sisi keburukan dan penyebab kepada beberapa masalah.

Apakah benar minyak pati bayi berisiko terhadak kanak-kanak lelaki?

Penyelidik kajian mendapati minyak pati bayi mengandungi bahan kimia yang menyebabkan pertumbuhan payudara yang tidak normal di kalangan anak-anak lelaki. Kajian juga mendapati 8 bahan kimia dalam minyak ini mampu mengganggu hormon!

Bahkan, ia juga mampu meningkatkan paras estrogen dan menghalang testosteron. Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab untuk perkembangan wanita semasa akil baligh, manakala testosteron adalah untuk perkembangan lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minyak pati bayi boleh didapati dalam syampu, sabun, produk rambut dan lotion badan. Menurut J. Tyler Ramsey, Institut Sains Kesihatan Persekitaran Kebangsaan Amerika Syarikat, masyarakat kita menganggap penggunaan minyak pati bayi adalah penting.

Namun begitu, ia mengandungi bahan kimia yang harus digunakan secara berhati-hati kerana ia boleh mengganggu horman lelaki. Seperti minyak pati yang dihasilkan daripada pokok teh dan daun lavender.

Minyak pati berisiko pada kanak-kanak lelaki, apa yang perlu dilakukan ibu bapa?

  • Penggunaan yang betul adalah penting ketika menangani minyak ini kerana kandungannya pekat.
  • Minyak ini tidak boleh digunakan terus ke kulit.
  • Minyak pati juga tidak boleh digunakan pada kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.
  • Wanita hamil juga harus berjumpa doktor terlebih dulu sebelum menggunakan mana-mana jenis minyak ini.
  • Adalah penting untuk menggunakannya dengan kawasan tubuh yang betul kerana ia dapat memberikan manfaat terhadap kesihatan.

Ibu bapa perlu lebih berhati-hati, perkara penting adalah sebelum membeli, penjual minyak berkenaan haruslah memaklumkan terlebih awal tentang kebaikan dan keburukan menggunakan minyak tersebut.

Jika tidak diguna secara betul, ia memudaratkan di kemudian hari. Kini, minyak pati bayi masih dalam penyelidikan. Walaupun kesan negatif belum terbukti sepenuhnya tetapi ia idea baik untuk ibu bapa lebih waspada sebelum menggunakannya kepada kulit bayi dan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: BBC

Foto kredit: Pixabay

Artikel asal: theAsianparent Philippines

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comtalkum-kanser-ovari

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan