Misha Omar Selamat Melahirkan Anak Sulungnya, Muhammad Idris Ezzwa

Misha Omar selamat bersalin anak sulungnya yang bernama Muhammad Idris Ezzwa. Sekalung tahniah diucapkan kepada artis kegemaran ramai ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misha Omar bersalin malam tadi tepat pukul 10.20 malam

Penyanyi tanah air Malaysia; Misha Omar telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki; Muhammad Idris Ezzwa di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada jam 10.20 malam, 24 Ogos 2016 lalu.

Bayi seberat 2.05 kilogram adalah hasil perkahwinan Misha dan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly, 34, yang diijab kabulkan pada 2 Mei 2014. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Bayi itu dilahirkan secara normal, tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan selepas Misha, mengadu tidak selesa sebaik selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib.

Disebabkan bayi dilahirkan tiga minggu lebih awal, doctor beliau menasihati beliau supaya tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan tetamu untuk memastikan bayinya bebas daripada masalah kesihatan.

Walaupun, tidak dibenarkan menerima tetamu, Misha Omar telah memutuskan untuk berkongsi kebahagiaannya dengan keluarga, kawan dan peminat beliau dengan mengongsi foto kekasih hati terbaru beliau; anak kesayangannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesihatan bayinya semakin meningkat dan telah dibenarkan pulang ke rumah selepas ditahan di hospital selama seminggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dan artikel dipetik dari Astro Awani

Penulis

Michelle Goh