Miss V bau busuk kerana 6 kesalahan ini yang anda sering lakukan!

Sering kali kita terlepas pandang tentang penjagaan dalaman wanita terutamanya kawasan miss V yang harus dijaga, dibelai dan dicantikkan oleh anda setiap hari

Secara umumnya, Miss V wanita tidak hanya berfungsi sebagai alat reproduksi sahaja, tetapi ia juga berpengaruh besar dalam penjagaan kesihatan para ibu.

Hal ini kerana, penjagaan yang salah dan biasa dilakukan setiap hari akan membuat miss v wanita itu menjadi tidak sihat.

Oleh disebabkan itu, anda harus menghindari dari berbuat 6 keburukan penjagaan miss v wanita ini. Antaranya seperti:

6 cara penjagaan miss v wanita yang salah

#1. Memakai seluar dalam terlalu lama 

Bagi wanita dan kaum ibu yang suka bersukan seperti jogging, berbasikal, dan senaman aerobik, sebaiknya anda perlu kerap bertukar pakaian terutamanya seluar dalam. 

Hal ini kerana, mereka yang terlalu lama memakai seluar dalam ketat tidak sedar kawasan miss v wanita berpeluh dan menyebabkan bakteria terkumpul.

Ini sekaligus menyebabkan miss v wanita terkena jangkitan kuman.

Justeru, adalah lebih baik selepas saja bersukan atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, terus gantikan dengan pakaian dan seluar dalam yang baru dan bersih. 

#2. Memakai seluar dalam korset dan tidak menyerap peluh

Ya benar, memakai seluar dalam korset yang ketat mampu membuatkan wanita kelihatan lebih seksi.

Namun, ada baiknya anda tidak kerap memakai seluar dalam jenis korset ini kerana ia boleh membuatkan miss v wanita tidak sihat dan berbau! 

Begitu juga bila anda memakai seluar dalam yang tidak dapat menyerap cecair seperti peluh. Lantas ia menyebabkan vagina lembab dan mengakibatkan jangkitan serta iritasi terjadi. 

#3. Miss v wanita tak boleh bernafas dengan baik

Penting untuk setiap wanita tahu tentang perkara ini. Aliran udara yang keluar masuk dalam miss v wanita boleh membantu keseimbangan PH.

Disebabkan itu, anda tidak disarankan memakai seluar dalam ketika tidur supaya vagina dapat bernafas dengan baik. 

Namun, ada orang yang lebih selesa pakai seluar dalam semasa tidur. Sebaiknya, anda memilih celana yang longgar dan dapat menyerap peluh. 

#4. Abaikan rasa kurang selesa di bahagian vagina dan penggunaan ubat tanpa saranan doktor

Ini nak ingatkan. Kalau rasa gatal-gatal atau naik ruam bintik merah sekalipun di kawasan miss v wanita, segera berjumpa doktor. Jangan malu untuk dapatkan rawatan daripada yang lebih pakar bagi merawat vagina anda.

Jangan mengabaikan masalah ini kerana vagina wanita harus dipelihara dan dijaga dengan baik. Hal ini kerana, jika diabaikan anda boleh mendapat penyakit yang berkaitan dengan miss v wanita seperti berlendir, keputihan, kudis, gatal-gatal dan lain-lain. 

#5. Terlalu kerap pakai sabun kewanitaan

Ketika membersihkan kawasan miss v wanita, cukup dengan hanya bilas ia dengan air. Anda tidak boleh dan perlu menghindari penggunaan sabun kewanitaan yang boleh menyebabkan iritasi dan menggangu keseimbangan PH vagina. 

Bersihkan secara lembut dan menyeluruh di kawasan itu. Ini termasuk di dalam area vagina tanpa menggunakan sabun. 

#6. Malas tukar tuala wanita ketika haid 

Kredit: Wolipop

Ini satu lagi hal bila dah malas! Sanggup pakai tuala wanita yang semakin kembung dengan darah haid hampir berjam-jam lamanya. Aduhai! 

Ketika haid atau datang bulan, gantikan dengan kerap tuala wanita sekiranya sudah lembab sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sekali. Kalau anda lihat penuh, gantikan saja, jangan bertangguh. 

Sama juga dengan anda yang memakai pantyliner. Minimum untuk ditukar sebaiknya dua hingga tiga kali sehari. Ia bertujuan menghindari keburukan zat kimia yang terdapat dalam produk itu pada vagina anda.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Inforand 

Sumber: penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga

15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda