Misteri Kanak-Kanak Menangis Air Mata Darah

Seorang kanak-kanak perempuan dengan penyakit misteri telah menakutkan ibu bapanya kerana menangis air mata darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Ahana Afzal, 3 tahun. Kanak-kanak ini telah mengalami situasi ini sejak dua tahun yang lalu.
 
Bermula dengan pneumonia dan demam panas, hidungnya berdarah. Kini darah keluar melalui mulut, telinga dan mata hampir setiap hari.
 
Walaupun tiada sebarang kesan luka, dia tetap berdarah menyebabkan kanak-kanak ini kelesuan dan mendapat sakit kepala yang teruk.
 
Ibu bapanya, Nazima Begum, 28 dan Mohamad Afzal, 33, telah menghabiskan ribuan dollar untuk pelbagai ujian bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan anak mereka jadi begini.
 
Namun, masih tiada diagnosis rasmi tentang keadaan anak mereka. Dan mereka terdesak untuk mengetahuinya.
 
Para ahli perubatan mengesyaki Ahana mengalami keadaan yang unik, iaitu hematidrosis.
 
Ia adalah sejenis penyakit di mana penghidapnya berpeluh darah. Ahana yang awalnya ceria kini sentiasa berada di dalam keadaan letih dan lesu.

Ahana tidak lagi dapat ke sekolah akibat keadaan yang dihidapinya.

Keluarganya yang hanya mendapat gaji 90 dollar sebulan terpaksa mengeluarkan 2,300 dollar untuk ujian medikal bagi mengenal pasti keadaan anak mereka.

Bapa Ahana bekerja dua shif sehari namun masih belum mampu mengumpul wang sebanyak itu.

Foto ehsan SWNS

Menurut bapa Ahana, pihak medikal menyatakan yang hanya selepas membuat ujian tersebut barulah mereka dapat memastikan sama ada ini ialah kes stigmata.

Ibu bapa Ahana buntu bagaimana mereka boleh mengumpul dana untuk membantunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan SWNS

Mereka telah disarankan untuk membuat derma kilat jadi mereka memulakan laman untuk mengumpul dana.
 
Ibu Ahana juga merayu kepada sesiapa yang mengenali kanak-kanak lain seperti anaknya untuk menghubungi mereka.
 
Dan beliau juga merayu kepada sesiapa yang mampu untuk membantu menyelamatkan anak mereka.
 

Foto ehsan SWNS

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Sirisha Rani merupakan salah seorang ahli paediatrik di Rainbow Children Medicare Hospital berpendapat Ahana menghidap hematidrosis. A

hana telah menjalani beberapa ujian namun siasatan lanjut diperlukan. Ahana juga terpaksa mendapatkan pemindahan darah akibat darah yang banyak keluar.

Bagi yang berminat untuk menderma, bolehlah melayari Milaap, sebuah laman sesawang GoFundMe versi negara India.

Sedikit perkongsian tentang apakah itu hematidrosis.

Hematidrosis

Hematidrosis merupakan satu keadaan di mana penghidapnya akan berpeluh mengeluarkan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sungguh jarang terjadi hingga ada yang beranggapan ia tidak wujud. Malah hematidrosis tidak dapat difahami sepenuhnya kerana ianya sangat jarang terjadi.

Punca

Menurut pakar medikal, hematidrosis ialah salah satu reaksi unik seseorang itu terhadap sesuatu situasi.

Contohnya terlalu stress, takut atau panik. Sama seperti reaksi badan mengeluarkan hormon cortisol atau adrenalin ketika di dalam keadaan mencemaskan.

Seperti reaksi badan mengeluarkan hormon tertentu, di dalam kes hematidrosis, kapilari darah akan pecah.

Di sebabkan kapilari darah merupakan saluran darah yang halus dan juga terdapat berhampiran liang peluh, darah keluar melalui liang peluh tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, dari luar ia kelihatan seperti penghidap hematidrosis sedang berpeluh mengeluarkan darah.

Terdapat juga punca lain yang mungkin juga menyebabkan hematidrosis.

Iaitu vicarious menstruation, di mana badan mengeluarkan darah haid selain melalui uterus.

Serta psychogenic purpura di mana badan akan luka dan lebam secara tiba-tiba tanpa punca.

Sumber: newyork post, healthline

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma