Ramai yang percaya mitos menyusui bayi dengan susu badan akan menaikkan berat badan para ibu. Adakah ianya mitos atau fakta sebenar, dan apakah implikasi-implikasi bagi para ibu yang percaya bahawa penyusuan badan dapat menaikkan berat badan?
Seperti yang kita ketahui, ketika hamil, memang normal untuk para ibu menjadi lebih berisi terutamanya ketika bulan-bulan akhir kehamilan. Ini kerana berat badan bayi yang semakin bertambah termasuklah cecair-cecair (air) yang berada di dalam badan untuk menyediakan perkara-perkara untuk peredaran darah dan oksigen pada bayi, plasenta bayi serta cecair amniotik.
Tetapi, setelah lahirnya cahaya mata anda, sepatutnya berat badan anda menurun, kan? Tetapi, setelah ditimbang anda perasan bahawa angka-angka pada mesin penimbang menunjukkan bahawa berat badan anda semakin menaik.
Ia tentu akan membuatkan anda rasa kecewa, terutamanya jika anda telah menjaga pemakanan serta melakukan senaman. Oleh sebab itu, ketahui punca-punca berat badan anda menaik disebabkan penyusuan badan atau dari faktor lain.
Mitos Menyusui Bayi & Fakta
#1. Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi
Anda mungkin merasakan bahawa pengambilan makanan yang banyak akan menghasilkan lebih banyak susu badan. Walaupun ianya betul, tetapi ia juga akan menambah lemak dan berat badan anda sekiranya makanan yang diambil kaya dengan kalori dan bukan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk membuatkan ibu kekal sihat.
#2. Kelaparan ketika menyusu badan
Menyusu badan adalah satu proses yang memenatkan dan boleh menyebabkan lapar yang teramat bagi si ibu. Ini kerana dalam proses penghasilan susu badan, ia sudah menggunakan nutrien-nutrien yang berada dalam badan anda.
Malah, si manja juga sedang menghisap keluar segala nutrien yang berada dalam badan ibu melalui susu badan tersebut. Jadi mitos menyusui badan boleh dipercayai dalam konteks ini? Tidak ya, apabila kita makan kemudian menyusu bayi, kalori-kalori dalam badan juga terbakar tau!
#3. Kurang tidur dan rehat
Si manja anda mungkin hendak menyusu dengan kerap (baguslah!) terutamanya ketika mereka sedang membesar, tetapi ia tentu akan menjejaskan waktu rehat dan tidur anda. Kekurangan tidur akan menyebabkan selera anda bertambah terhadap makanan berkalori tinggi.
Disebabkan kita berada pada fasa di mana kita penat secara fizikal, mental dan emosi, pasti kita akan merasakan kita berhak untuk makan makanan yang menyelerakan seperti ayam goreng dan sebagainya. Ya, memang anda berhak! Tetapi, beringatlah bahawa kalori-kalori inilah sebenarnya yang menyebabkan berat badan anda naik.
Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah ini yang menjadi punca berat badan anda naik, jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaian dan kami akan kongsikan di bawah!
#4. Memakan lebih makanan bernutrisi
Seringkali kita mendengar bahawa telur akan menyebabkan luka lambat sembuh. Ini adalah mitos ya, puan-puan! Telur kaya dengan protein, jadi ia akan menyebabkan luka pembedahan anda sembuh dengan baik sekali.
Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, pengambilan telur dapat membantu memberi nutrisi yang secukupnya termasuklah dengan daging tanpa lemak, bahan tenusu serta kekacang.
#5. Jangan terlalu mengikut nafsu
Sekiranya anda sudah lepas berpantang, pasti anda hendak makan segala makanan yang telah anda terpaksa tahan selama 3 bulan, kan? Tetapi, jangan terlalu mengikut nafsu! Mengikut nafsu dalam pemakanan adalah penyumbang terbesar mengapa ibu-ibu akan menambah atau tertambah berat badan ketika menyusu.
#6. Memakan snek ketika lapar
Seperti yang telah dikongsi, menyusu badan pasti akan membuatkan si ibu lapar kerana nutrien-nutrien di dalam badan telah diserap oleh si kecil anda. Tetapi, anda masih boleh memakan snek sekiranya anda lapar.
Tetapi, pastikan anda memakan snek yang berkhasiat dan bernutrisi seperti biskut-biskut yang kurang gula dan kaya dalam bahan-bahan yang dapat menambah kandungan susu badan ibu atau jika anda hendak mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh memakan lobak merah atau buah epal.
Secara kesimpulannya, mitos menyusui bayi menyebabkan berat badan anda naik bukanlah hanya sebuah mitos. Ia terjadi, tetapi bergantung kepada cara ibu tersebut menjaga dirinya sendiri.
Bukan semata-mata sebab kita menyusukan badan ya! Jangan salah faham. Saya mempunyai dua orang onak, dua-duanya menyusu badan dan Alhamdulillah berat badan maintain seperti sebelum beranak. You are what you eat, macam tu.
Akhir kata dari kami, kami berharap bahawa puan-puan sentiasa menjaga diri dan mendapat nutrisi yang cukup untuk penyusuan anak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Joyful Messes
Baca juga: Penipuan Menyusu Badan, Bagaimana Menyusu Boleh Menaikkan Berat Badan, Tak Benar!