Pemakaian sarung tangan dan sarung kaki yang lebih dikenali sebagai mittens & booties kepada bayi baru lahir adalah biasa dalam kalangan ibu dan bapa yang baru saja menimang cahaya mata.
Namun, tahukah anda tindakan ini boleh mengundang bahaya pada bayi jika anda memakaikan mereka mittens dan booties terlalu lama.
Ada yang risau bayi akan cakar muka dan sebagainya, tetapi anda boleh pastikan kuku bayi anda pendek untuk elakkan dia mencakar mukanya dan mendatangkan bahaya.
Mittens & booties boleh buat kecederaan pada bayi
Jika anda tidak pernah tahu, mohon ambil tahu mengenai perkara ini ya. Jangan apabila sudah terjadi baru nak menyesal memang tiada gunanya.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, ada sebabnya mengapa pemakaian kedua-dua aksesori ini harus dihadkan kerana ia dikhuatiri boleh menganggu perkembangan bayi.
Jadi doktor ini kongsikan apa yang ibu ayah perlu ambil tahu sebelum pakaikan anak dengan mittens & booties.
3 perkara ini perlu ibu ayah ambil tahu
Penting untuk ibu ayah sentiasa menambah ilmu mengenai bayi baru anda supaya anda tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya terjadi sesuatu. Bukan untuk mendoakan yang tidak baik, tetapi adalah lebih baik untuk bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
#1. Anak perlu diberi peluang teroka deria sentuhan
Bayi kita tu sebenarnya suka sangat kalau dapat explore ‘sense of touch’ sejak lahir lagi. Dengan jari halus tu sebolehnya dia nak sentuh semua benda sebab bila dia dapat pegang pelbagai objek dan tekstur, deria sentuhan baby akan lebih terangsang.
Lepas tu bila baby kita tu mula belajar masukkan tangan dan benda kat dalam mulut, maka rangsangan berlaku pulak pada deria rasa. Ransangan tu semualah yang nanti buatkan perkembangan otak si kecil tu jadi lebih hebat.
Jadi jika kita pakaikan anak mittens dan booties terlalu lama, sehari suntuk bagaimana untuk anak ini meneroka apa yang sepatutnya untuk perkembangan mereka. Bagaimana untuk mereka belajar hisap jari dan sebagainya.
Justeru, disebabkan itulah perlunya mereka ini diberi ruang untuk dibiarkan jari mereka bebas.
#2. Bayi baru lahir tak sedar pun dia ada tangan
Tahu tak mata baby kita yang baru dilahirkan tu tak sensitif sangat dan belum dapat nampak persekitaran dengan jelas macam pandangan kita orang dewasa ni. Dia pun tak sedar yang dia ada dua belah tangan sebenarnya.
Sebab tu once dia dapat lihat dan rasa tangan dia tu, baby akan gunakan tangan dan jari dengan lebih kerap.
Jadi janganlah mak ayah pelik pulak kalau tengok si comel tu ‘kagum’ sangat dan boleh je duk seorang diri sambil bermain dengan tangan sendiri.
Jadi adalah lebih baik biarkan saja tangan dan jari anak anda bebas meneroka kerana ia sangat baik untuk merangsang perkembangan mereka.
#3. Salur darah boleh tersekat kerana terlilit benang mittens atau booties
Benda paling menakutkan sebenarnya ialah bila jari baby bertukar jadi warna hitam legam akibat salur darah tersekat dan terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan gara-gara terjerut atau terlilit benang stoking (Hair Tourniquet Syndrome).
Sia-sia saja kita datangkan sakit pada anak sedangkan ia sebenarnya boleh dielakkan. Ada yang kata takut anak sejuk, tetapi sebenarnya boleh saja selimutkan anak jika khuatir dia kesejukan.
Memang kadang tu parent dan pengasuh tak sedar pun jari si comel tu dah tercedera kerana asyik terkurung je dalam sarung kaki dan jarang diperiksa. Tahu-tahu baby kita dah jadi mangsa terkena Hair Tourniquet Syndrome macam dalam gambar tu.
Disebabkan itu katanya, seeloknya mittens dan booties, tidak dipakaikan terlalu kerap. Jangan mudah-mudah terpengaruh apabila ada yang kata nanti bayi masuk angin, kembung perut dan sebagainya. Mengarut saja kata doktor ini.
Paling bagus sebenarnya, bila mak habis berpantang, baby kita tu pun terus berpantang dari benda-benda ni. Biarkan je tangan dan kaki dia belajar meneroka apa yang boleh supaya otak si comel tu dapat berkembang jadi lebih dasyat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Kredit foto: romper
Baca juga: Cara Jaga Bayi Newborn Supaya Kurang Fussy & Lebih Berdikari! Ibu Bapa WAJIB Baca
Baca juga: Bagaimana Memandikan Bayi Anda
Baca juga: Lampin dan Najis