Menurut Mizz Nina, kejayaan seseorang itu bukan terletak pada tittle suami, isteri atau sama ada kita ada anak atau tidak tapi akhirat adalah segalanya.
Siapa yang tak kenal dengan pengacara dan aktivis popular Mizz Nina yang merupakan isteri kepada vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh ini? Kehidupan mereka banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.
Selepas berkahwin, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula mengenakan hijab dan meninggalkan dunia seni sebagai penyanyi.
Namun, dalam tempoh perkahwinan itu, mereka diuji apabila masih tidak punya zuriat seperti mana pasangan suami isteri yang lain.
“Kejayaan seseorang itu adalah akhiratnya ” – Mizz Nina
Bagi wanita berusia 38 tahun ini, sukses seseorang itu adalah sejauh mana dia meletakkan sepenuh rasa syukur terhadap pemberian Tuhan kerana apa yang diperlukan oleh manusia itulah yang terbaik dan cukup.
Walaupun tiada rezeki anak, namun Mizz Nina bersyukur dengan apa seadanya malah kehidupan mereka suami isteri tetap bahagia seperti mana pasangan lain.
Pernah cuba teknik rawatan IVF
Meskipun begitu, dia dan suami tak pernah berputus asa untuk ada anak kerana dia selalu titipkan doa dan melakukan usaha lain seperti cuba teknik rawatan persenyawaan in-vitro IVF. Tapi, ia belum ada hasilnya.
Baginya, mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi kerana disebabkan itulah dia boleh memberi fokus kepada kerja yang dilakukan kini.
Apa yang menarik tentangnya, dia sangat aktif dengan misi kemanusiaan di negara Syria dan Palestin. Selain mengacara program Into Taqwa, dia juga bergelar pelajar yang mengambil kelas atas talian dalam bidang Taklim Al-Quran di Al-Huda International.
Kami di theAsianparent Malaysia berharap Mizz Nina tetap bahagia bersama suami dan keluarga hingga ke hujung nyawa kerana Allah SWT tahu bila masa sesuai untuk seseorang itu miliki cahaya mata.
Di sini merupakan beberapa tips cepat hamil yang mungkin boleh dilakukan oleh suami isteri di luar sana yang cuba ingin hamil. Semoga ia bermanfaat.
Tips cepat hamil
- Melakukan hubungan intim semasa waktu subur atau ketika proses ovulasi berlaku.
- Lakukan hubungan kelamin tiga hingga empat kali seminggu.
- Pasangan suami isteri perlu bijak mengawal orgasma masing-masing jika ingin hamil.
- Semasa cuci vagina selepas hubungan seksual, hindari dari menggunakan cecair pembersih kerana ia bersifat toksik kepada sperma. Sebaiknya, cuci guna air suami atau air paip saja.
- Hati-hati memilih pakaian dalam.
- Bagi suami jangan terlalu kerap mandi air panas
- Jauhi tekanan dan stres
- Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat
- Doa, ikhtiar dan jangan putus asa
Semoga artikel ini turut memberi inspirasi kepada orang lain yang masih tunggu kehadiran si comel dalam hidup.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Kredit gambar : Astro Gempak
Sumber : Kosmo
Baca juga:
https://my.theasianparent.comdugaan-tiada-zuriat/